Monday, December 3, 2012

3 ekor.


UMNO arah supaya semua bilik gerakan petiundi dibuka mulai sekarang sehingga PRU13. Itu tanda-tanda pembubaran Perlimen akan berlaku pada bila-bila masa dan paling akhirnya bulan April 2013. Iatu tarikh yang sedang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Tarikh bagi menentukan parti mana yang akan menguasai pemerintahan kerajaan. Mungkinkah berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Banyak tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan BN pada PRU kali ini, yang terbaru apa yang berlaku semasa Persidangan Agong UMNO Malaysia ke 66 baru-baru ini. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah gagal menarik minat pengundi-pengundi supaya ghairah menyokong UMNO pada PRU nanti kerana tidak ada perkara yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada pembangkang. Isu-isu hambar dan ejakan yang kurang memberi semangat juang kepada ahli saja kedengaran.

Kenyataan sokongan untuk kebajikan rakyat tidak memberi impak yang besar bagi mengalihkan sokongan rakyat yang sekarang begitu bersemangat menyokong pembangkang kepada UMNO dan BN. Hanya dua perkara yang tidak akan dinikmati keseluruhan kepada pengundi iaitu tambahan pinjaman wang TEKUT dan kaji semula akta kebengkrapan.

Apa yang ditonjol disepanjang persidangan berlangsung tidak banyak yang boleh dibawa pulang oleh perwakilan untuk dihayati apabila sampai dikampung-kampung. Isu-isu lapuk masih dicanang oleh para pembahas. Tidak ada teguran yang meresahkan para pemimpin kerana budaya bodek masih tebal dikalangan UMNO.

Semua juru cakap terarah untuk memuja dan memuji Presiden Parti. Isu-isu terkini yang akan menjahnamkan UMNO tidak dibincang untuk diambil perhatian oleh pucuk pimpinan bagi membaiki akan kelemahan. Kesilapan demi kesilapan berlaku dalam pentadbiran kerajaan dan hala tuju UMNO sudah tentu akan mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Dengan selesainya persidangan UMNO yang kosong itu, berlampang dadalah pihak PR. Tanda-tanda kemenangan yang besar PR dalam PRU kelak telah terpancar seperti terbitnya matahari diwaktu pagi yang indah dan damai. PR tak payah bersusah-susah lagi kerana UMNO sendiri mengalak ahli-ahli dan penyokong 'mengajar' keegoaan pemimpinnya.

Ahli-ahli UMNO telah melahirkan perasaan kecil hati dan sakit hati kepada Presiden mereka Dato' Seri Najib Tun Razak secarap senyap setelah kegagalan beliau untuk mengawal diri dengan secara ego melahirkan rasa tidak puas hati kepada Naib-Naib Presiden iaitu Shafie Afdal, Hishamuddin Tun Husein dan Zaid Hamidi dengan memanggil mereka itu '3 ekor'. Tiga ekor apa itu?.

Saya sebagai kawan kepada ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu, Shafie, Hisham dan Zaid cukup terasa hati dengan ungkapan Dato' Najib itu, mana boleh didalam satu perhimpunan yang besar itu yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat, Presiden tidak menunjukkan rasa hormat kepada anak buahnya, sedangkan diwaktu ini ketiga-tiga yang disebut 3 ekor itu adalah pemimpin rakyat.

Presiden sendiri tidak menunjukkan hormat kepada anak buahnya, bagaimana rakyat keseluruhan mahu menghormati mereka. Yang tinggal menghormati kepada 3 ekor itu nanti ialah ahli-ahli UMNO yang tidak memikirkan soal maruah yang sanggup menerima apa saja trade mark yang boleh mengaibkan kerana mahu mendampingi bagi tujuan peribadi.

Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri, walaupun mereka datangnya dari negeri dibawah bayu tapi mereka ada pemimpin dalam UMNO. Mereka dulunya menghormati kepada Shafie Afdal dan UMNO sebab itu UMNO boleh menang di Sabah dan Shafie boleh menang Naib Presiden UMNO.

Kini Shafie Afdal adalah salah seekor dari 3 ekor yang disebut oleh Dato' Najib dalam Persidangan Agong UMNO lalu, Penghinaan UMNO terhadap rakyat Sabah itu tentunya tak boleh diterima oleh arang-orang Sabah yang bermaruah dan apakah Shafie Afdal ada maruah, atau hanya membiarkan dirinya dihina semata-mata mahu mengekal jawatan Menteri.

Apabila UMNO sudah tidak menghormati rakyat Sabah, apakah rakyat Sabah mahu berdiam diri, sedangkan sudah menjadi rahsia umum, rakyat Sabah tidak murah dan boleh dicucuk hidung. Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri dan bagi mengiakan bahawa rakyat Sabah ada harga diri tentunya akan diterjemah dalam PRU 13 nanti.

Dan bagaimana pula penerimaan  rakyat Johor dan Perak terhadap penghinaan UMNO kepada pemimpin dari negeri mereka ia-itu Hishamuddin Tun Husein Onn dan Zaid Hamidi. Akan bersambung.






No comments: