Saturday, November 1, 2008

daruratkan UMNO Kelantan.

Negeri Kelantan diperintah oleh PAS. Selepas pilihanraya umum yang baru lalu, kerajaan PAS terus berkempen dengan mengadakan ceramah dan aktibiti lain bagi mempastikan rakyat kelantan akan terus menyokong PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti.

UMNO adalah parti pembangkang di kelantan, tapi malangnya sejak kalah teruk dalam pilihanraya lalu tidak banyak aktiviti parti dijalankan sama ada diperingkat perhubungan ataupun diperingkat bahagain. yang nyata setiap pemimpin diperingkat bahagian menyusun cawangan cawangan supaya mereka kekal dipilih sebagai pemimpin di bahagian.

ekoran daripada itu, hasilnya beberapa bahagian didapati ketuanya menang tanpa bertanding dan tak kurang juga berlaku pertandingan yang agak hangat seperti bahagian pasir puteh dan pasir mas. Bahagian yang ketuanya menang tanpa bertanding dikira o.k, tapi bagaimana bahagian yang ada calun nak bertanding tapi dikalahkan sebelum bertanding seperti bahagian kota bharu, pengkalan chepa, kubang kerian, tanah merah, dan kuala krai. Apa agaknya hasil yang akan diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang?.

Inilah persoalan besar hasil daripada kesalahan teknikal yang berlaku dibahagian yang mana ketuanya menang tanpa bertanding tapi lawannya kalah belum bertanding, hasil daripada aturan dan peraturan yang dicipta oleh pembesar UMNO tanpa memikirkan implikasi kepada keutuhan parti untuk menang pilihanraya nanti, kerana buka ahli parti yang tidak menyokong UMNO tapi orang luar yang melihat cara dan keadah pemimpin UMNO bahagian membunuh politik ahli ahlinya sendiri yang membuat mereka itu muak untuk menyertai UMNO dan menyokong UMNO.

Buat apa wahai pemimpin, menang sorok. (tapi sebenarnya pemimpin yang macam ini tak kisah pun soal parti menang atau kalah, kerana mereka hanya perlu mendapat jawatan untuk menagih kuasa dan memperkosa harta dunia).

Dengan cara menafikan hak ahli untuk menawar diri bertanding diperingkat bahagian, UMNO Kelantan sekarang ini dah punah ranah, maka wajarlah pucuk pempinan mencari keadeh baru supaya UMNO kelantan akan kuat untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Cadangan saya, daruratkan dulu UMNO kelantan, Majlis tertinggi ambil alih perhubungan dan berkuasa melantik ketua ketua bahagian yang diyakini boleh membantu memperkuatkan parti dan pilihlah orang orang yang bersih dan gigih untuk berjuang bersekali dengan rakyat untuk mempertahankan ketuanan melayu.

Jangan biarkan rakyat kelantan serik untuk menyokong UMNO. kerana jentera penerangan UMNO kelantan tak dapat membedzakan yang mana dulu antara tuak dengan tuking.

No comments: