Monday, November 17, 2008

UMNO, LARUT & MALANG.


UMNO

Mengapa orang bercakap pasal UMNO, kerana UMNO adalah sebuah parti yang menjadi tunggak kepada Barisan Nasional dalam pentadbiran negara. Perdana Menteri adalah dari parti UMNO, suka tak suka, sokong ataupun tidak cerita lain, realitinya. UMNO tetap jadi perhatian rakyat malaysia, dulu dan kini, masa depan belum tahu.

UMNO dah selesai proses pemilihan pemimpin, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan diistihar sebagai Presiden UMNO pada 24hb. Mac, 2009 nanti di Dewan Merdeka, PWTC, dan selepas daripada itu apabila dapat perkenan daripada Yang Di Pertuan Agong beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Setelah Dato Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka beliau akan membariskan jemaah menteri dibawah pentadbirannya. Disini akan melihatkan kemampuan Dato' Najib sebagai seorang Perdana Menteri. Bersih kah Menteri yang dilantik, atau mereka yang telah ditolak oleh rakyat akan terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. 2009 akan menentukannya.

LARUT

Walaupun proses pemilihan pemimpin hampir 100% selesai, tapi ada lagi 5 Bahagian sedang meniti arus, bagaimana nasib yang akan diterimanya, Ibu Pejabat UMNO sedang berkarang skrip bagi dilakunkan oleh watak watak yang akan diberi peranan, kerana parti UMNO sekarang telah terpesong dari matlamat asalnya supaya bersikap ADIL.

UMNO akan larut pengaruhnya, seperti sebutir garam, dari masim sudah terasa payau dan tentunya air garam itu tidak akan dapat dibeku semula sekiranya mesin teknologi tidak diampungkan, untuk menyelamatkan garam supaya beku semula, IBU PEJABAT UMNO kenalah diperbetulkan.

Supaya UMNO Bahagian Larut dapat diselesaikan dengan cara kemanusian dan kekeluargaan. Jangan biarkan tangan tangan halus meraba kesucian perjuangan ahli ahli UMNO disana, kerana tangan tangan halus itu seperti racun yang teramat bisa. Dia boleh menentukan ikut kehandak hatinya, ikut kemahuan kaum kerabatnya. untuk menunjukkan kerakusan kuasanya. Kelak nanti UMNO yang akan punah ranah dan membuat melayu sudah serik untuk menyokong UMNO.

Jangan biarkan UMNO akan hilang dalam kelarutan.


MALANG


Maka malanglah nasib orang melayu yang menjadi ahli parti UMNO untuk menyerah nasib bangsanya kepada perjuangan yang bermoto "BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT," YANG MENGHARAPKAN KEPADA PEMIMPINAN MELAYU YANG BERUGAMA ISLAM. dan bertambah malang lagi sekiranya pemimpin yang dilantik yang diharapkan menjalankan kerja dengan setia dan usaha telah memesongkan akidah perjuangan kerana hanya menghitung keuntungan peribadi dengan menafikan hak hak ahli secara adil.

Apabila ahli merasa nasibnya akan malang bersama UMNO, maka ia akan tinggalkan perjuangan itu, buka dia seorang tapi bersekali dengan anak bini, keluargan, sahabat dan pengikutnya sekali, dan apabila ini terjadi maka UMNO lah yang akan diLARUTkan menjadi nasib yang MALANG.

Siapakah orangnya, yang membuat UMNO, LARUT ,MALANG sudah terang lagi bersuluh.

No comments: