Thursday, November 6, 2008

tikus & labu di Ibu Pejabat UMNO.

UMNO punah berpunca dipejabat Setiausaha AGONG. Double Standard. Tidak prihatin kepada masaalah sebenar, ada pilih kasih dan kroni. tidak telus dan banyak lagi perbandingan yang boleh diucap bagi mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku di IBU PEJABAT UMNO. Ramai yang jadi mangsa termasuk saya.

Terbaru semalam saya terbaca berita berkenaan UMNO Bahagian Larut. Ketuanya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mempertikai kebenaran yang telah di keluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO yang membolehkan YB.Datuk Hamzah Zainuddin bertanding walaupun baru berpindah ahli dari Bahagian lain ke Bahagian Larut semata-mata nak bertanding Ketua UMNO Bahagian.

Kemudahan Datuk Hamzah berpindah ahli kerana beliau adalah kawan rapat dengan Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO, tiap waktu masa lapang beliau sentiasa bersama di restoran uncle don di Hartamas. Mudah dan senang kerja Datuk Hamzah manakala kedudukan Datuk Seri Raja Ahmad dalam delima, yang patut boleh menjadi Ketua bahagian dengan mudah tiba-tiba agak terancam sekiranya MT membenarkan Datuk Hamzah layak bertanding di Bahagian Larut. Datuk Tengku Adnan rujuk kepada perlembagaan bagi memperkuatkan hujahnya.

Tapi dalam kes saya, perlembagaan tidak diutamakan, melihat kes pun tak mahu, diserah bulat bulat kepada Setiauasah Kerja UMNO, tak layan langsung, apabila sempat bercakap melalui telepon seorang kawan beliau hanya memberi jawapan "kes kamu tu aku serah pada Annuar Musa". Oh hebat Setiausaha AGONG UMNO, bayangkanlah bagaimana saya akan mendapat keadilan, apabila kes saya diserah kepada Ketua Bahagian saya supaya diselesaikan. Saya disuruh merayu kepada orang yang telah menghukum saya.

Apabila kita orang kecil, kita tidak akan dilayan, budaya inilah yang akan melemahkan sokongan rakyat biasa kepada parti UMNO, hari ini keluarga saya kecewa dengan perbuatan orang hebat ibu pejabat UMNO, mungkin esok keluarga Datuk Seri Raja Ahmad pula kecewa, dan berapa ramai lagi yang akan turut kecewa kerana tidak ikhlasnya penjawat di Ibu Pejabat UMNO. Perlembagaan diguna ikut kehendak puak yang disukai saja.

Sekiranya perlembagaan dan peraturan diguna pakai, maka saya layak untuk bertanding kerana PERKARA 2, KUASA PERATURAN 2.2 dalam peraturan mesyuarat jelas mengatakan bahawa:

Jika persidangan atau mana mana mesyuarat jawatankuasanya didapati gagal mematuhi Peraturan Persidangan maka ini hendaklah dikira sebagai satu perkara luar aturan dan ianya tidaklah boleh membatalkan perjalanan Persidangan atau Keputusan yang telah dibuat.

Banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh Presiden parti terutamanya di Ibu Pejabat UMNO supaya parti untuk orang melayu berlindung akan terus didokong oleh rakyat dan tidak akan punah.

Jangan sampai terlambat!.

No comments: