Monday, January 3, 2011

Bukan Anak 'PERMATA'.


Tahun 2011 sudah bermula. Rakyat sedang menanti segala pengumuman daripada Kerajaan yang boleh memberi semangat untuk terus menyokong BN dalam piliharaya umum ke 13. Rakyat tidak mahu kerajaan yang disokong sejak lebih 50tahun lalu tumbang. Rakyat mahu melihat kesenabungan corak kepimpinan hari ini dapat terus membawa mandat rakyat iaitu Kerajaan BERSIH, CEKAP, AMANAH yang berteraskan kepada menjiwai masaalah rakyat, yang tahu membalas budi rakyat, yang setiap masa menyumbang tenaga untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Apakah Kerajaan BN hari ini mampu menonjolkan bahawa Menterinaya mengamalkan sikap BERSIH dalam pentadbirannya, apakah setiap projek yang diluluskan mengikut konsep tawaran tender yang telah ditetapkan, tidak ada kroni yang dapat projek melalui tender terhad dan tidak ada projek yang dibatalkan kerana kroninya tidak disenaraikan untuk mendapat projek?.

Apakah Pegawai Kerajaan dibawah BN hari ini dapat menjalankan tugasnya dengan CEKAP tanpa digangu gugut oleh menteri yang hanya mahu melihat cadangannya saja yang betul tanpa membeti peluang kepada pegawai menguruskan organisasinya dengan wibawa pegawai tersebut.

Apakah masih ada Menteri dan Pegawai Kerajaan yang pro BN melaksanakan tugas dengan penuh AMANAH sedangkan segala projek ratusan juta ringgit hanya dimonopoli oleh kroni Menteri dan Kroni PegawaI Kerajaan disetiap Kementerian.

Semuanya itu rakyat sedang memerhati. bukan rakyat tak tahu apa yang sedang berlaku disetiap Kementerian, bukan rakyat tak tahu sudah ratusan juta ringgit wang kerajaan dibelanjakan untuk kepentingan orang-orang tertentu, bahkan berbillion ringgit projek telah ditawarkankan kepada kroni-kroni melalui tender terhad. Semuanya sedang ditimbang oleh rakyat.

Mahu tidak mahu, pada pilihanraya umum ke 13 kelak rakyat akan membuat keputusan, sama ada pilihanraya akan cepat berlangsung atau pun lambat rakyat sudah tanda dalam 'cakrol' untuk membuat pilihan. Makin cepat pilihanraya diadakan makin tidak selamat kerana fikiran rakyat masih lagi tidak percaya bahawa Menteri yang ada hari ini semuanya BERSIH dan AMANAH.

Sekiranya pilihanraya umum diadakan serentak dengan pilihanraya Serawak. Itu tandanya keberanian BN kerana sekiranya rakyat masih berpihak kepada BN inilah masanya yang paling sesuai tapi risikonnya amat besar, sekiranya andaian tidak berpihak kepada BN maka inilah sejarah seorang Perdana Menteri yang paling pendek usianya mentadbir negara.

Anak-anak yang kesekolah hari ini tidak mahu tercatit dalam sejarah bahaw Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling pendek berkhidmat untuk Negara.

No comments: