Untuk mempastikan Pasukan "Harimau Jadian Melaya" berjaya menuju ke pertandingan Olyampik, pemain-pemain terpaksa dikurung dan diberi latihan serta pendedahan secukupnya, makan cukup, tidur cukup, tektik cukup dan tidak didedahkan dengan sebarang kegiatan sosial yang boleh menjejaskan imej, kesihatan dan tercekup oleh undang-undang. (walaupun undang-undang itu bukan tempat mendapat KEADILAN).
Begitulah persiapan yang dituntut bagi memastikan satu-satu kejayaan itu, kena ada perancangan, kena ada pantang larang dan kena ada kesungguhan dan keputusan. Begitulah juga harus berlaku dalam politik Malaysia hari ini, masing-masing parti politik perlu buat persediaan sebelum 'gong' pilihanraya umum ke 13 dipalu oleh Dato' Seri Najib.
Diwaktu ini parti-parti politik melayu masih cabar mencabar, dedah sana, aib sini dikalangan pemimpinnya yang tentunya merugikan orang-orang melayu dimasa yang akan datang, parti politik keturunan cina sudah buat persediaan dan telah kenal pasti siapa calunnya yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.
Parti DAP, MCA dan Gerakan telah pun 'mengurung' calun mereka untuk diberi latihan yang cukup mantap bagi menghadapi setuasi pilihanraya umum nanti, mereka disediakan dengan keterampilan yang akan disukai oleh pengundi termasuk pengundi melayu. Mereka dibekalkan dengan ilmu politik bagi menarik minat pengundi untuk menyokong peribadinya.
Parti DAP tahu, pilihanraya musim ini bukan soal parti mana yang bertanding, tapi lebih kepada siapa yang akan menjadi wakil rakyat, yang dilihat bersih, cekap dan tidak bergelombang dengan dosa dan noda. Bebas daripada gejala rasuah, ego, rakus dan perompak matawang dengan cara menghalalkan cara.
Apakah parti-parti melayu sudah mengenal pasti siapa calun yang akan diserahkan kepada rakyat untuk dipilih dalam PRU nanti, atau masih bernostalgia dengan kroni-kroni dan orang yang pandai mengampu pemimpin saja yang akan dipilih walaupun rakyat sudah menolak secara terbuka.
UMNO, PAS dan PKR nampaknya masih berbalah soal isu-isu peribadi pemimpin, mereka seakan-akan lupa bahawa kuasa akan menentukan pentadbiran negara dapat berjalan dengan sempurna. Mereka masih lagi berlagak dengan hanya kuasa yang sedikit masih ada, mereka lupa bahawa kuasa akan hilang bila-bila masa apabila percaturan politik melayu tidak disatukan.
Dalam politik demokerasi hari ini, angka adalah peneraju dan penentu, yang jelas DAP dan parti politik bukan melayu yang lain akan mencalunkan orang-orang yang telah dipersetujui oleh rakyat setempat tapi tidak kepada parti-parti melayu, khasnya UMNO.
Kalau dilihat sekarang adalah teramat rumit kepada UMNO untuk memilih calun pilihanraya, kerana sudah jarang ahli-ahli UMNO setia kepada pemimpin dan parti, mereka lebih mementingkan kedudukan peribadi. Biar pun mereka tahu mereka agak sukar untuk menang pilihanraya tapi mereka masih lagi mahu mencuba, sekiranya pucuk pimpinan tak pilih, mereka akan protes dan ugut.
Yang mengakibatkan pemimpin UMNO seperti Mustapha Mohamed takut untuk membuat keputusan, walaupun beliau tahu Ketua UMNO Bahagian tidak lagi popular untuk dipilih sebagai calun tapi kerana ada tekanan dan ugutan beliau terpaksa 'merelakan' buat keputusan yang boleh mengalahkan calun UMNO.
UMNO yang kerusi Parlimen selamat sekarang hanya ada sebanyak 55, tapi akan terus hanyut dan akan kalah kerana masih belum memastikan calun yang akan menang untuk bertanding dapat dipilih. Oleh kerana lambat memberi latihan dan buat persediaan dan persiapan, seorang pemain yang baik tidak akan dapat melahirkan prestasi yang cemerlang kerana kekurangan latihan, peralatan dan pakaian.
UMNO dalam kempen politiknya takut kuasa melayu akan hilang sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya umum, tapi bagaimana mahu menang sekiranya UMNO masih meletakkan harapan kepada orang yang rakyat telah 'muak' untuk menjadi wakil rakyat dan pentadbir negara.
Bagaimana UMNO akan pertahankan kuasa sekiranya kawasan Parlimen yang patut menang tapi diletak calun yang rakyat paling benci. Orang yang disukai oleh rakyat tidak dicalun dan diketepikan kerana bukan kroni, tidak rasuah dan tak ada jawatan penting dalam parti. Nasib kamulah wahai UMNO, terbujur ditanah air sendiri.
Slogan Dato' Najib, ' bahawa saya akan mengunakan kuasa sebagai Pengerusi BN untuk memilih calun dalam PRU 13 tidak mengira kedudukan seseorang itu dalam parti' sebenarnya merupakan satu semangat saja. Kita lihat nanti siapakah calun Parlimen BN di Parlimen KETERAH. Betulah Dato' Najib mahu melihat UMNO menang di Parlimen KETEREH. hahahaha.
No comments:
Post a Comment