Dato' Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pengganas pula dah, belum selesai fitnah liwat untuk memenjarakan Anwar Ibrahim kini tuduhan yang liar digembar gembor pula supaya Anwar Ibrahim boleh ditangkap tanpa bicara.
Menjadi talibarut pengganas adalah isu sensitive terutamanya negara Amerika yang boleh mengakibatkan seseorang itu ditahan tanpa bicara dan akan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Itulah barangkali yang hendak diperkenakan kepada Anwar Ibrahim.
Satu lagi isu 'takut' kerajaan terhadap Anwar Ibrahim. Kenapa takut?. Dan sebagai sebuah Kerajaan yang dianggap betul-betul kebal kerana mendapat sokongan rakyat, kenapa perlu takut kepada Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar Ibrahim telah diaibkan sebegitu rupa.
Kenapa Kerajaan takut kepada seorang yang telah dipenjara kerana penyalahgunaan kuasa, dan sekarang sedang menghitung hari apakah akan berakhir dipenjara. Biarlah Anwar Ibrahim 'enjoy' dengan matlamatnya, biarlah dia bergerak ligat untuk bertemu rakyat menghidangkan program 100 hari apabila Pakatan Rakyat jadi Kerajaan.
Kerajaan BN pula hendaklah menyakinkan rakyat seperti hari ini bahawa negara kita sedang pesat membangun, aman damai, rakyat segar bugar. Adalah mustahil rakyat akan menolak Kerajaan BN sekiranya rakyat masih percaya kepada kebijaksanaan YAB Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia. BN akan kalah sekiranya ahli-ahli sekutu BN tidak setia dan para menteri UMNO masih dipercayai oleh rakyat terbanyak.
Persoalanya, BN tidak akan kalah kerana Anwar Ibrahim seorang, jadi cukuplah UMNO menghina dan mengaibkan beliau dan keluarganya, tapi BN akan kalah dalam PRU 13 nanti sekiranya parti-parti kompenan BN menjadi gunting dalam lipatan terutamanya MCA dan MIC. Adakah parti tersebut masih jujur kepada UMNO?.
Esok di DUN Tenang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah dan siapa yang akan menjadi wakil rakyat. Pada saya PRK DUN Tenang ini, Cikgu Mala sudah menang, menang dari segi moral dan perjuangan. Sebagai seorang perempuan beliau sanggup dan mampu menghadapi jentera Kerajaan BN yang serba ada berbanding dengan kemampuan yang beliau ada.
Dan tidak ada siapa yang berani meramalkan bahawa Cikgu Mala akan menang, kerana ini Pilihanraya Kecil yang biasanya selalu dimamah dan dirantah oleh BN. Boleh jadi begitulah hakikatnya di DUN tenang ini. Dan adakah kemenangan BN nanti adalah kerana konsep 1 Malaysia, bukan kerana UMNO Tenang memang sudah kuat.
Sepertilah juga kemenangan BN di PRK DUN Galas lalu, kemenagan itu kerana rakyat Galas menerima konsep 1Malaysia bukan kerana pengaruh Tengku Razaleigh, kata sesetengah pemimpin UMNO. Entahlah belalang.
No comments:
Post a Comment