Tuesday, January 4, 2011

Saya juga terasa malu.

Sultan lebih cerdik daripada mereka.


Sikit-Sikit buat lapuran POLIS, dituduh DERHAKA, tangkap dan siasat. TAK ADA KERJA LAINKAH budak-budak YB. Dato' Paduka Ibrahim Ali. Kasihan tujuan dan matlamat penubuhan PERKASA adalah murni dan jitu untuk memartabatkan bangsa, menjunjung perlembagaan negara tapi dijual oleh budak-budak yang tidak faham erti perjuangan PERKASA.

Saya tahu keikhlasan Dato' Ibrahim Ali pada mula penubuhan PERKASA dan saya kenal Dato' Ab. Rahman Bakar mempunyai niat yang baik apabila menyertai PERKASA, Keikhlasan mereka berdua untuk melihat bangsa melayu tidak dijajah sekali lagi ditanahairnya sendiri patut mendapat sokongan. Tapi sayangnya diakhir-akhir ini budak-budak yang menyertai PERKASA telah menjaja dan mejual PERKASA kepada NGO lain.

Apa tidaknya, aktibiti PERKASA sejak akhir-akhir ini asyik buat lapuran polis, berhimpun empat lima orang buat bising dan buat lapuran polis, kini buat lapuran polis terhadap seorang Yang Berhormat yang dituduh derhaka kepada Sultan. Tahukah budak-budak PERKASA itu, apa ertinya derhaka, tahukah mereka itu perbuatannya boleh memalukan Sultan sekiranya polis tidak dapat mendakwa orang yang dituduh derhaka itu.

Oleh itu sudah sampai masanya Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Abdul Rahman Bakar tidak membiarkan nama PERKASA dijual dan dijaja oleh budak-budak yang hanya mahu suka-suka dan terlopong suka apabila gambarnya dipapar dimedia pro kerajaan. Kerana sekiranya ada orang yang bercakap tidak elok tentang PERKASA saya juga terasa malu kerana Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Rahman Bakar adalah sahabat saya walaupun saya bukan ahli PERKASA.

1 comment:

emaswarisan said...

Sama-sama kita renung kembali ucapan YB tsb...

“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

"Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.”