Friday, January 28, 2011

Pembela Mustapha Mohamed 'arose' kini.

Dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang. Itulah ayat yang boleh dipakai bagi menyamakan keputusan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dalam mengantur startegi bagi merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan daripada PAS sekarang ini.

Cerita'koyal' nak 'kalar; supaya UMNO Kelantan dilihat kuat nampaknya tidak menjadi, apabila UMNO Kelantan sehingga kini belum dapat menyelesaikan isu pokok yang boleh meletakkan parti tersebut mendapat kepercayaan rakyat terbanyak. Isu pembahagian beras percuma dan Khairat Merdeka (untuk orang mati) belum boleh dilupakan oleh rakyat jelata.

Terutamanya yang telah mengisi borang dan telah mengeluarkan perbelanjaan. Ada banyak lagi isu yang telah dijanjikan tapi tidak ditunaikan oleh UMNO Kelantan. Orang melayu Kelantan tidak kisah sekiranya tidak ada surat perjanjian tapi mereka amat kuat memegang pada janji. Manakala faktor calun telah jelas tidak berpihak kepada UMNO. Contohnya di DUN Selising Pasir Puteh dan DUN Bunut Payung, Kota Bharu.

Sudah tergambar bagaimana ahli-ahli UMNO ditempat tersebut tidak puas hati dengan perlantikan jentera pilihanraya, anak tempatan diketepikan dan Ketua Bahagian mengunakan kuasa vito dalam memberi mandat persediaan jentera pilihanraya. Tindakan tersebut dilihat seolah-olah pihak pimpinan UMNO didalam Bahagian tidak mahu kemenangan tapi lebih bersikap nak tunjuk kuasa dan menaikkan kroni dalam politik Bahagian.

Jadi komen dibawah ini yang dihantar oleh peminat blog newkk tidak mengambarkan keadaan UMNO Kelantan yang sebenarnya kerana Dato' Mustapha Mohamed pun bermain politik dengan anak buahnya sendiri di Kelantan. Apatah lagi UMNO akan lebih susah untuk menyakinkan rakyat Kelantan apabila sebuah akhbar mingguan iaitu SIASAH dimuka depannya mendedahkan kehilangan wang berbillion ringgit. (baca SIASAH minggu ini).

Komennya begini:
Masalah pengundi luar rasanya kali ni boleh ditadbir dengan lebih rapi. Guideline dah diberi dan individu yang terlibat melesapkan wang pengundi luar dulu telah diketepikan. Muka baru yang ada nampaknya tangkapmuat sahaja. Sebenarnya masih belum tahu lagi hatibudi dan kebolehpercayaan AJK baru dalam hal-hal pitihmah dan gerakkerja. Namun kali ini, pihak atasan berazam untuk mempastikan tiada lagi elemen sedemikian. Rampasan kuasa biasa nya berlaku disaat akhir dan sdr juga tahu bila rampasan kuasa dari kita dalam JK Pengundi Luar PRU yang dulu. Isu Mustapha tipu Najib adalah masaalah politik. Selaku Pengerusi BPUNK, beliau terpaksa optimis walau `air dah takat hidung'. Patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh, bertahankan dada. namun lawan tetap lawan. Itu tagline orang perjuangan. Tipu tu biasa lah dimana-mana pun berlaku walau dalam masjid sekalipun. Tipu Najib tu tak dosa besar lagi, hak tipu tuhan lagi kes berat. Saya percaya Mustapha bukan niat nak tipu Najib tapi nak `kalar' biar nampak comel tu ada lah rasanya. `Feel Good factor' ni ada dalam diri kita semua, samatelah dalam UMNO sebab dah lama duduk dalam zon selesa. Mustapha pun ada strategi politik dia jugak. Boh Yi pun tahu.Yang pasti Jeli kena menang.Tok Nujum politik ni tak semestinya `Mat Rongok Tere' atau `Yiddin Baruh Tunjung' tapi ore ngaji pun boleh jugak jadi Tok Nujum `Pok' bele e-bele!!

No comments: