Semacam ada satu benda yang tersembunyi sedang berlaku dalam negara kita (Malaysia) sejak akhir-akhir ini, Sejak Dato' Najib Tun Razak istihar PUTRAJAYA akan dipertahankan dengan apa cara sekali pun, sejak pengumuman supaya persidangan Agong UMNO ditangguhkan selama 18bulan.
Macam-macam isu sensitif dilapurkan oleh media, macam-macam tulisan keras dan pedas diluahkan didalam blog-blog dan sudah banyak kenyataan daripada Sultan-Sultan dikaitkan dengan parti-parti politik. Terbaru sedang panas dan hangat berlaku di Selangor.
Macam-macam cadangan telah dibuat supaya YB. Suhaimi diambil tindakan, dipenjara hatta digantung sampai mati, ianya kerana dituduh derhaka kepada SULTAN Selangor. Natijahnya kerana YB. Suhaimi adalah wakil Rakyat dari Parti KEADILAN dan bukan dari anggota polis yang ada kekebalan.
Rata-rata bercakap mahu mempertahankan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, adalah menjadi tanggongjawab rakyat Malaysia mempertahankan maruah RAJA-RAJA MELAYU supaya jangan dihina dan diaibkan, sesiapa yang cuba menghina Raja-Raja Melayu harus ditentang dan diambil tindakan. Apakah tulisan YB. Suhaimi itu sudah sampai kekemuncak menghina SULTAN Selangor sehingga banyak desakan dibuat supaya YB. Suhaimi dihadap kemahkamah dan dihukum seberat-beratnya.
Kalau kesalahan yang dilakukan oleh YB. Suhaimi itu dengan menulis dan bercakap sudah menjadi perkara yang amat besar sehingga tak boleh dimaafkan dan sepatutnya beliau dipenjara ataupun dihukum gantung dan berita tulisan dalam blog YB. Suhaimi menjadi tajuk-tajuk berita media massa arus perdana, bagaimana pula dengan berita perlakuan tindakan polis UTK terhadap SULTAN Kelantan.
Kenapa media massa arus perdana, NGO-NGO yang mendabik dada berjuang untuk mempertahankan maruah RAJA-RAJA MELAYU diam seribu bahasa apabila Tuanku Ismail Petra, Sultan Kelantan disekat oleh pasukan polis UTK dengan menggunakan senjatapi dan dilakukan terhadap SULTAN Kelantan seperti mengepung 'Penjenayah Yang Amat Merbahaya'. Sehingga kini pun rakyat tidak diberitahu kisah kejadian tersebut.
Mana Surat kabar yang bebas bersuara, mana TV dan Radio yang sekarang ini hari-hari keluarkan berita supaya YB. Suhaimi diambil tindakan kerana dikatakan menghina SULTAN tapi pada masa yang sama apabila Sultan Kelantan dihina semuanya diam tak berkata-kata.
Perlu diingat, apa yang saya tulis ini bukan soal tahta, tapi soal tindakan dan perbuatan yang menghinakan institusi raja-raja kita. Oleh itu diharap kepada rakyat Malaysia, sekiranya hendak mempertahankan maruah Raja-Raja kita, maka hindirkanlah Raja-Raja dilibatkan dalam isu-isu politik kepertian.
No comments:
Post a Comment