Saya pergi ke Bachok disana ada pantai yang dinamakan pantai irama dan apabila ada pantai tentu ada nelayan, dulu nelayan digambarkan masyarakat miskin, kais pagi makan pagi kebanyakannya, tapi kini tidak lagi rata-rata nelayan sudah hidup mewah, Itu semua berkat kegigihan ibubapa mereka dulu mengharungi kehidupan dengan penuh keinsafan dan keimanan. Generasi baru mewarisi tradisi itu.
Tapi malangnya, kegigihan ibubapa dan nenek moyang mereka itu tidak dapat dihayati oleh sebahagian genersi diwaktu ini tentang kepahitan hidup yang dilalui oleh genersi terdahulu. Genersi hari ini lupa kerana didodoi oleh perubahan alam, mereka lupa penat lelah orang tua dulu-dulu, mereka ghairah kerana disuap dengan arus subsidi maka mereka lupa asal usulnya.
Mereka lupa bahawa kehidupan itu datangnya dengan keizinan Allah, mereka cuba menafikan bahawa hidup ini ada pelindungnya, mereka lupa kekayaan dan kemewahan tidak sengaja datang, mereka lupa setiap kejadian itu ada hikmat nya. Jesteru itu mereka sedang memaki alim ulama, merek lupa satu hari nanti mereka juga akan mati seperti nenek moyang mereka.
Diwaktu Najib makin resah, yang mana PRU akan tiba berbagai-bagai fitnah dilemparkan oleh mereka yang pro Kerajaan BN terhadap PR. Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dihina dan dimaki hamun, mereka sudah hilang pertimbangan ugama semata-mata mahu menegakkan sebuah kerajaan yang hampir runtuh.
Di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur parti PR masih gah yang tidak mampu diubah oleh BN manakala Negeri Sembilan, Perak, Trengganu dan Sabah sudah boleh dikira akan jatuh kepihak PR dan Johor, Melaka serta Serawak sebahagiannya telah dapat ditembusi oleh PR.
Nelayan dan Petani masih setia dengan PR walaupun BRIM dan Subsidi dicurahkan untuk memikat undi oleh BN begitu juga dengan Peneroka yang dulunya teguh bersama BN kini mula goyang kerana genarsi kedua tahu nasib mereka tidak terbela hanya dengan RM5,000 pemberian perangkap samar pilihanraya.
Persoalan sekarang betulkah PRU13 ini, BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen, sekiranya betul maka bernafas lagi lah BN dan masih ada peluang untuk penyangak dalam UMNO mencari peluang untuk memenohi saku dan memperkayakan diri. Dan apakah rakyat masih mahu membiarkan perkara sebegitu berlaku?
Tentu rakyat tidak mahu, para pemimpin BN manjadi rakus. Dan diatas kesedaran itulah anak-anak bangsa yang berada di ibu kota yang tiap-tiap hari melihat kerakusan dan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin politik kerajaan didepan mata akan pulang ke kampung halaman dan memberitahu ayah dan bonda supaya PRU13 jangan lagi sokong BN dan UMNO.
Dengan arus kota ke desa inilah kerusi yang dikatakan dimenangi oleh BN sebanyak 120 kerusi Parlimen akan menurun ke angka 97 kerusi termasuk Sabah dan Serawak. Jadi kesimpulannya keputusan PRU 13 nanti PR akan dapat 113 kerusi, Bebas 12 kerusi dan BN mendapat 97 kerusi. PUTRAJAYA milik PR.
1 comment:
Maafkan aku wahai semua rakyat Malaysia.
Aku seorang manusia yang bencikan perpecahan..aku juga bencikan kekerasan.Namun aku juga tidak suka pada penindasan secara licik dan kezaliman yang terselindong.
Maafkan aku jika aku hanya mampu berdoa.Kerana doa itu 'silahuddin''silahulmukmin'
Aku tidak punya kuasa untuk 'memberhentikan' segala pertelingkahan yg berlaku di dalam negaraku oleh puak2 kontrovesi yg 'besi'..
Yang aku mahu...umat Melayu Islam dan sekelilingnya aman sejahtera dan bersatu.
Aku belajar berdoa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan ahli2nya.
Dan aku juga jadi setuju dan ingin berdoa kerana berdoa untuk kezaliman adalah dibolehkan 'kata Us MAZA'..
Maka aku ingin berdoa kepada ALLAH AZA WA JALLA..,agar kezaliman yang dilakukan oleh puak2 besar ini dapat 'dihentikan'.Agar mereka selepas ini akan duduk bertafakkur dan bermuhasabah diri (jika ia memberi kesan daripada doa ku ini.)
Waktu itu..aku akan mula nampak 'cahaya perpaduan dan ukhuwah' di antara kalian semua yang rakus.
Doa ku begini...:
Yaaa..ALLAH,aku hamba MU yang kerdil,tidak punyai kekuatan apa2 dalam menyatukan umat Muhammad di Malaysia ini..
Aku merasa sungguh terzalim dengan nafsu 'besar' mereka.
Mereka menuduh2 ku kafir dan murtad.
Mereka membutakan mata ku dan hati ku dengan harta yang mereka 'curi'secara diam tapi rakus.
Mereka memecahbelahkan diri mereka sendiri dan umat2 Melayu yang lain.
Sungguh Yaaa ALLAH..nafas ku jadi sesak..hati ku menjadi beku dan sayu..,fikiran ku menjadi celaru..yang berpecah belah itu semuanya saudara mara ku...mereka ini menipu dengan semangat Islam ,
mereka menipu dalam semangat kebangsaan...tetapi mereka juga tertipu dengan diri dan nafsu mereka sendiri.
Mereka kata mereka pembela kepada agama tetapi mereka sendiri menjual agama demi 'kepuasan dan dendam kesumat' mereka.
Mereka rela kencing sambil berlari bersama2..dan ada juga yang 'bersandiwara di dalam selimut...'
Yaa ALLAH...untuk apa 'aman' di negara ku ini andai agama ku terlerai..tergadai..
untuk apa 'aman' negara ku jika banyak pembohongan dan penipuan'
Andai aku boleh berdoa...,perkenankanlah doa ku ini..
Yaa ALLAH..,jadikanlah negara ku seperti Palestin..,umatnya yg selama ini ditindas,dijual,digadai,dipijak,
dihina dan diperkosa.
kerana umat di Palestin dahulu sama juga seperti umat di Malaysia.
Mengabaikan perpaduan dan ukhuwah..mengabaikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat..mengabaikan kejujuran dan keikhlasan..
Mengabaikan penyatuan tetapi merelakan perpecahan dan permusuhan di kalangan seagama.
Maka ENGKAU berikanlah rakyat Malaysia merasai sama seperti rakyat Palestin rasa dan alami skrg ini.
Merasai yg negara mrk terancam dan dizalimi..merasai negara mrk musnah dek kerana dibom/ditembak.dipukul dsb.nya.Rakyat Malaysia suka begitu Yaaa ALLAH..maka KAU berilah mereka rasa.. Rasa tiada masa lg nk ejek mengejek, berdemonstrasi,tiada masa lg nk tidur nyenyak.tiada masa lg nk 'curi dlm senyap'tiada masa nk tuduh menuduh,tiada masa nk saling kafir mengkafir,tiada masa nk bertweet dgn berpuluh ribu rakyat utk berdemo.Tiada masa nak pergi berdebat,Tiada masa nak saling menunding jari.Tiada masa nak tunjuk siapa kuat siapa hebat.Tiada masa nak tegakkan hukum Islam atau nak meruntuhkan Islam.Tiada masa lagi teringin nak duduk di kerusi empuk di PUTRAJAYA.
Maka Engkau tunjukkanlah kpd mrk akibat kedegilan, kerakusan,kefanatikan,ketaksuban,
kezaliman,ketidakadilan,kedunguan dan kedangkalan umat Muhamad di Malaysia ini dgn menjadikn Malaysia..sama seperti Palestin.mrk tahu di Palestin itu menderita,hancur dan musnah..ttpi mrka tdak mampu utk 'nampak' dan tdk mampu utk menolong diri mereka sendiri dan kemusnahan Umat sendiri.Biarlah negara ku musnah sama spt Palestin daripada musnahnya 'pegangan agama' dek kerana kebebalan diri sendiri..amin Yaa ALLAH...
aku akn berdoa begini setiap wkt solat ku.
Post a Comment