Deepavali untuk penganut ugama hindu. Yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat india kini adalah lebih 350,000 orang yang tak ada kad pengenalan adakah akan diiktirah sebagai rakyat Malaysia setelah Hindraf bertemu dengan YAB Perdana Menteri Malaysia nanti.
Bunyi kabar itulah salah satu syarat yang akan digunakan oleh hindraf apabila Dato' Najib menyuarakan untuk bertemu dengan kumpulan tersebut. Besar syarat tersebut dan selalunya apabila satu-satu pertemuan yang hendak diadakan diantara pihak kerajaan dengan kumpulan yang bukan kerajaan pihak kerajaan akan tolak apabila dikenakan syarat.
Apakah akan berlaku pertemuan diantara Dato' Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dengan kumpulan yang digelar hindraf apabila ada syarat-syarat tertentu untuk menjayakan pertemuan itu. Apakah kerajaan begitu terdesak apabila awal-awal lagi pihak hindraf secara spotan memberi syarat untuk menjayakan pertemuan itu.
Dalam hal ini MIC lebih berani daripada UMNO untuk membalas syarat yang dianjurkan oleh hindraf ytang mana kata MIC apa guna adakan pertemuan sekiranya hindraf terlebih dahulu mengenakan syarat. Begitulah sepatutnya kebangkitan diguna oleh UMNO yang menjaga kepentingan negara apabila seramai 350,000 orang dituntut untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dengan memberi kad pengenalan yang asal usulnya entah datang dari mana.
Kenapa UMNO diam membisu.
Kerajaan boleh memberi kad pengenalan kepada rakyat Malaysia keturunan india yang terlepas pandang dan kesilapan kerana kemiskinan dan kemudahan yang tidak terurus tapi untuk memberi kad pengenalan dan mewajarkan mereka sebagai warganegara Malaysia kepada bangsa india yang berada di Malaysia tanpa membuat tapisan dan kajian asal usulnya adalah tidak menasabah dan keterlaluan.
Kerana negara kita sentiasa dicerobohi oleh pendatang tanpa izin, yang mana diantaranya warga india yang paling ramai dan adalah tidak patut kerajaan Malaysia memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada bangsa india yang datang dan duduk di Malaysia secara haram.
Dah lah datang dan masuk ke negara kita secara haram, ada pula kumpulan yang cuba mempengaruhi kerajaan supaya memberi dan mengiktiraf mereka itu sebagai rakyat Malaysia. Dalam hal ini sudah nampak kemana sebenarnya hala tuju hindraf.
No comments:
Post a Comment