Kenyataan berhemah Tok Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS untuk berhasrat bertanding di Parlimen Pekan, Pahang kini menjadi berita yang 'menyusahkan' UMNO. Ini boleh diperhatikan apabila sebilangan pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi membuat andaian bermacam-macam terhadap kenyataan Tok Guru Haji Hadi itu.
Kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO seolah-olah menampakkan ketakutan sehingga terpaksa mengatakan bahawa kawasan Parlimen Pekan adalah kubu kuat UMNO. Nak tahu kuat atau tidak elok pada PRU13 ini, biar Tok Guru Haji Hadi bertanding di Pekan manakala Dato' Najib bertanding di Marang.
Tentunya ada asas apabila Tok Guru Haji Hadi berani menawarkan diri untuk bertanding di Pekan. Mungkin perkiraan semangat rakyat 1999 dijadikan ukuran sehingga Tok Guru Haji Hadi sanggup menerjah Dato' Najib di Pekan ataupun Tok Guru Haji Hadi telah diberi lorong oleh orang-orang tertentu dalam UMNO untuk menamatkan riwayat Politik Dato' Najib di Parlimen Malaysia.
Kerana dalam UMNO budaya 'cah keting' ada dimana-mana terutamanya apabila ada pergeseran dikalangan pemimpin. Kini terdengar ada kucahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat puast, ada yang berselindung disebelah Dato' Najib dan ada yang bergantung disebelah Tan Sri Mahyuddin. Kini berita tersebar.
Jasteru itu ada asas bagi Tok Guru Haji Hadi bersedia sekiranya parti mengarahkan beliau untuk turun bertanding di Pekan pada PRU13, Keyakinan Tok Guru Haji Hadi tentunya akan disertai dengan angka yang dikenal pasti akan memberi sokongan pada hari mengundi. Insya Allah dengan semangat yang tinggi bersama Tok Guru Haji Hadi, keputusan PRU13 di Parlimen Pekan akan berpihak kepada PR.
Jangan terkejut sekiranya rakyat Parlimen Pekan menolak Dato' Najib pada PRU 13 nanti. Pertama. walaupun Pekan sudah lama diwakili oleh UMNO sejak zaman Tun Razak lagi tapi pembangunan sosial ekonomi rakyat dikawasan pekan tidaklah sehebat mana. Kedua Dato' Najib sendiri bermasaalah dengan bekas orang kanannya di Pahang terutama bekas Setiausaha Politik dan bekas wakil rakyat kawasannya.
Orang UMNO di Pekan yang lama-lama masih ada hubungan peribadi dengan Ibnu Hamzah (Tengku Li) yang kini terasa kecewa kerana Dato' Najib tidak memberi tempat yang selayaknya kepada ahli Parlimen Gua Musang itu manakala golongan muda pula tidak mendapat layanan yang baik oleh pegawai-pegawai Dato' Najib di Pejabat Perdana Menteri.
Perlu juga diingat satu lagi kumpulan yang sedang menanti untuk tidak menyokong Dato' Najib dalam PRU13 nanti sekiranya Presiden NGO mereka tidak diberi tempat dan tidak dicalunkan sebagai calun Parlimen yang kini sedang menyandang diatas ihsan YAB Tok Guru Nik Aziz.
Apabila rangkul semua itu nampaklah bahawa kerusi Parlimen Pekan sudah tidak selamat untuk Dato' Najib, apatah lagi sekiranya benar Tok Guru Haji Hadi akan dicalun bertanding di kerusi Parlimen Pekan atas tiket PAS yang sudah pasti Melayu Islam, Cina dan India dikawasan tersebut ingin mengubah rasa aliran politik.
No comments:
Post a Comment