Surat kabar pro BN menyebarkan, berbagai-bagai pihak desak TGNA supaya letak jawatan. Saya nak tanya, berbagai-bagai pihak mana minta supaya TGNA letak jawatan sebagai Menteri Besar. Inilah lapuran yang paling jijik dan binggong telah ditulis oleh surat kabar pro BN, kerana rakyat Kelantan yang waras tidak pernah meminta supaya TGNA letak jawatan dan berhenti jadi menteri besar Kelantan. Binggong.
Yang minta supaya TGNA letak jawatan ialah dikalangan pemimpin UMNO dan balaci UMNO yang tahu dan sedar sekiranya PAS masih menyokong TGNA sampai kiamat pun UMNO tak akan berjaya rampas Kelantan, tapi sebaliknya 'aura' TGNA sedang tersebar ke seluruh pelusok tanahair yang akan menumPASkan kerajaan BN dalam PRU13 nanti.
Kerana takut UMNO tumPAS pada PRU13 nanti, sebab itu berbagai-bagai usaha dirancang oleh UMNO dan BN melalui berbagai-bagai cara supaya TGNA menjadi terdesak dan akan meletak jawatan, kerana UMNO dan BN tahu serta sedar selagi TGNA berada dalam Kerajaan Kelantan dan PR peluang untuk BN mengekal kuasa agak tipis.
Rakyat Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang akan tetap setia bersama Kerajaan PR kerana tak ada isu yang boleh memindahkan sokongan rakyat terhadap PR. Di negeri2 tersebut, tidak ada rakyat yang terdesak kerana penindasan dan kerzaliman yang dilakukan oleh kerajaan, tidak seperti apa yang ditanggong oleh rakyat kelantan diatas perbuatan kerajaan pusat menyekat 'royalti minyak' yang merampas hak negeri dan rakyat kelantan.
Manakala negeri-negeri Perak, Negeri Sembilan dan Sabah sedang bersiap-siap untuk menubuhkan kerajaan baru iaitu kerajaan PR. Ini jelas dapat diperhati dengan perkembangan sokongan rakyat terhadap PR dinegeri tersebut akhir-akhir ini. Setiap program jelajah yang dianjurkan oleh PR mendapat sambutan yang luar biasa, kehadiran orangramai secara sukarela tanpa diangkut dan diupah, tidak seperti program yang dianjurkan oleh UMNO dan BN.
Kekalutan UMNO dan keresahan BN nampak jelas apabila PM Najib 'tergelecah rel' dalam memainkan isu minyak/patronas, yang terbarunya telah mengumumkan bahawa negeri Pahang akan mendapat RM100 juta setahun daripada royalti/ehsan/tunai hasil minyak yang dikatakan terdapat dikawasan negeri Pahang sedangkan bulan lalu PM Najib telah pun mengumumkan bahawa kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa yang wakilnya diperkenan oleh Sultan di tiga negeri untuk pengagihan hasil minyak iaitu Kelantan, Trengganu dan Pahang. Bohong lagi.
Berita bohong oleh media arus perdana yang pro BN dan bercakap bohong oleh pemimpin UMNO dan BN, itulah tanda-tanda keruntuhan sebuah kerajaan. Hari ini telah jelas apabila berita mengatakan TGNA didesak oleh banyak pihak supaya letak jawatan Menteri Besara adalah berita bohong semata-mata yang direka oleh surat kabar pro UMNO dan pengumuman yang pelik dilakukan oleh PM Najib. Itulah tandanya.
Berakhinya sebuah kerajaan yang mungkar dan berkepentingan untuk kroni dan puak-puak pengampu akan menjadi kenyataan pada PRFU13 nanti, apa yang malang sekali apabila ada ahli-ahli UMNO yang menyokong secara membabi buta sebenarnya dijadikan alat seperti 'beruk memanjat kelapa' untuk menyediakan air dan isi kelapa muda kepada tuannya yang tidak berperikemanusiaan.
Siapakah tuan beruk dalam UMNO, dalam MCA ialah Chua SL.
No comments:
Post a Comment