Friday, November 23, 2012

Masih adakah 'maruah' UMNO.

Lembaga Disiplin Umno mengumumkan  pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.


Manakala 4 orang dari negeri Perlis didapati bersalah dan hanya diberi amaran kerana tidak mengikuti perintah-perintah parti dan tidak menjalankan dasar-dasar parti, manakala Dato' Zahidi Zainul Abidin dari Bahagian Padang Besar Perlis tidak bersalah.

Wayang UMNO selalu dimainkan apabila menjelang perhimpunan Agong, ada yang dipecat, ada yang dikenakan pengantungan dan ada yang diberi amaran, tengok bululah. Begitu pun ada juga yang didapati tidak bersalah.

Lihat kes di Sabah, kena pecat dan digantung, siapakah yang dipecat itu, adakah mereka itu melakukan sabotaj parti kerana kemahuan hati atau ada sesiapa dibelakang yang cuba untuk melemahkan kepimpinan Bahagian Semporna yang mana Naib Presiden UMNO iaitu Shafie Afdal adalah ahli Parlimen disitu.

Sekiranya ada permainan politik di Bahagian tersebut, sepatutnya mereka yang merancang disebalik tabir patut diambil tindakan. Atau tindakan yang adil tidak boleh diambil kerana terdapat 'jerung' yang terlibat.

Begitu juga bentuk tindakan yang dikenakan kepada ahli UMNO di Perlis, empat ahli Umno dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Yang peliknya Dato' Zahidi Zainul Abidin dilepas dan dibebas kerana didapati tidak bersalah. Nampak sangat Lembaga Displin UMNO membuat keputusan terpilih seperti kebiasan ditahun-tahun terdahulu. Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan adalah dipercayai nasib Dato' Zahidi baik, sekiranya ada pertandingan boleh jadi beliau juga akan dikenakan tindakan seperti apa yang telah dilalui oleh Isa Samad dan Ali Rustam.

Kenapa hanya di negeri Sabah dan Perlis saja yang diambil tindakan, sedangkan di negeri lain ada terdapat ahli-ahli UMNO bersekongkol dengan parti-parti PR tidak diambil tindakan. Jelas UMNO sebenarnya tidak melaksanakan tuntutan perlembagaan tapi menjadi amalan, siapa yang pemimpin suka akan boleh berbuat apa saja.

Jadi drama Lembaga Displin hanya dipentaskan apabila menjelangnya Perhimpunan Agong dengan pelakun nya dipilih dikalangan ahli-ahli yang tidak disukai oleh pemimpin. Betullah kata Tun Mahathir 'UMNO busuk seperti usus'.

Perhimpunan Agong UMNO kali ini tentunya akan banyak hidangan yang retorik khasnya daripada pemimpin hinggalah ke perwakilan dalam suasana dimana ahli-ahli UMNO di Bahagian Tanah Merah sedang bertanya kabar, apakah UMNO sekarang masih bermaruah?.

No comments: