Terkejut, terima sms pagi ini dari seorang sahabat yang dulunya adalah wakil calun kepada seorang YB Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menceritakan kebimbangan keputusan PRU13 nanti merupakan satu bala kepada PR.
"PRU13: PR hilang deposit?" begitulah bunyi tajuk sms. sejak memerintah UBN telah menunjukkan kehebatan yang bagus, yang menunjukkan tak ada parti lain boleh menandinginya, yang mana menurut sms tersebut, tak payah lah UBN berkempen ke hulu ke hilir kerana rakyat sudah tahu rekod perkhidmatan UBN.
Bunyi sms tersebut 'pelik'. Mana mungkin PR akan hilang diposit dalam PRU13 ini sedangkan rata-rata rakyat sedang bercakap musim kejatuhan BN sudah hampir tiba, kemaraan sokongan rakyat terhadap PR sudah tidak boleh disekat lagi oleh BN. Itulah hakikat sebenar.
Disini nampak benar isi sms tersebut seakan-akan kecewa dengan persiapan PR bagi menghadapi PRU 13 nanti kerana apabila dibandingkan dengan gerakan BN yang begitu aktif mengadakan gerak kerja kempen. Pemimpin UMNO/BN turun kebawah kehulu kehilir berjumpa rakyat menunjukkan cita-cita UBN bagi memenangi kembali kawasan yang tewas sangat serius.
Manakala pihak PR hanya berpesta dengan gerakan ceramah bagi menyampaikan isu-isu yang mana pendedahan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin BN dan Kerajaan Malaysia tidak seperti UBN yang adakan gerakan bersekali dengan kewangan.
Walaupun sms tersebut seakan-akan 'perli' kepada UBN yang hebat mengatur gerak kerja yang tiap2 hari kehulu ke hilir jumpa rakyat tapi tidak mendapat sokongan undi, tapi sms tersebut ada juga massage yang hendak disampai kepada PR apabila perkataan 'hilang deposit' yang sengaja ditulis untuk diperbincangkan.
Erti hilang deposit yang dimaksudkan itu, bukanlah wang pertaruhan tapi angka kemenangan akan hilang apabila calun-calun PR yang pada 2008 dulu menang menjadi kalah pada PRU13 terutamanya calun-calun PR yang kurang memberi tumpuan kepada rakyat. Saya tahu maksud yang tersirat dalam sms tersebut untuk dilahirkan betapa kecewanya seorang bekas wakil calun untuk terus berjuang pada PRU13 nanti.
Sms tersebut ingin mengatakan, tak payahlah UBN berkempen kehulu kehilir sekarang kerana rakyat sudah tahu apa yang UBN buat kerana sudah lebih 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, ertinya kempen UBN adalah sia-sia kerana rakyat sudah pun ada keputusan dalam diri masing-masing yang mana rakyat akan sokong pada PRU13 nanti.
Persoalannya, apa akan terjadi sekiranya amalan 'habis madu sempah dibuang' akan berterusan diamalkan dalam PR yang bercita-cita untuk ke PUTRAJAYA. Ini baru satu contoh.
No comments:
Post a Comment