"Untuk menghalang PR ke PUTRAJAYA"
Oh, banyaknya tajuk berita disurat kabar pro UMNO menghentam 'gadis Islam' Nurul Izzah Anwar berhubung pendapat beliau tentang ayat 256 surah al-Bakarah. PAS dicabar supaya mengeluar kenyataan maka bercakaplah Timbalan Dewan Pemuda PAS sebagaimana yang dilapur oleh Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk Pemuda PAS tempelek Nurul Izzah.
Melihat kepada tajuk berita itu seolah-olah Pemuda PAS bersetuju dengan ulama upahan UMNO untuk mengalih topik perbincangan oleh rakyat iaitu BN mesti di kalahkan pada PRU13 ini. Jelas peranan Utusan Melayu untuk mencalarkan kewibaan gadis Islam melalui asakan berita yang disiarkan.
Tudahan melampau terhadap Izzah telah didendangkan oleh berita2 yang belum disah niat Izzah untuk membenarkan orang melayu bebas memeluk ugama lain dari ugama Isam. Berita yang tak boleh dipercayai langsung kerana tidak mungkin pemimpin wanita Islam itu berani dan sanggup mempergadaikan akidah semata-mata mahu meraih sokongan politik.
Rasuah pun Izzah tidak melakukan mana mungkin sanggup pula bermain dengan akidah. Jelas atas isu ini ada agenda politik oleh penulis berita yang cuba mengalihkan pandangan rakyat untuk terus bersatu bagi menentukan BN dan UMNO tumPAS pada PRU 13.
Sekiranya rakyat masih terpengaruh dengan berita yang memuakkan itu ertinya berita menghina gadis Islam telah dijadikan senjata untuk memusnahkan kecerdikan gadis Islam dalam berhujah menghadapi penganut ugama lain dalam forum-forum yang mana penganut ugama Islam bertegas untuk menegakkan al Quran.
Siapa berani kata Izzah telah terkeluar akidah dan terkeluar Islam? hanya dengan hujah yang beliau lontarkan dalam satu foram baru-baru ini yang telah diputar belit oleh anasir-anasir anti gadis Islam. Bagi mengesahkan akidah Izzah masih kukuh atau telah terpesong dengan Islam maka pihak JAIS hendaklah mengambil tindakan yang adil. Jika sekiranya benar Izzah telah memesongkan rakyat terhadap ugama Islam maka Izzah patut diambil tindakan tegas hatta 'pacung' sekali pun manakala kepada yang membuat tuduhan pula sekiranya tudahan itu tidak benar dan berunsur fitnah maka golongan itu hendaklah disebat dikhalayak ramai untuk dijadi ,pengajaran supaya jangan lagi ghairah mengaibkan dan menghina gadis Islam.
Ketrampilan Izzah dengan wajah ayu dan manis bertudung diikuti oleh gadis-gadis Islam yang lain. Apakah kerana ramai gadis Islam mengikut dan meminati ketrampilan Izzah maka ada golongan dan pihak-pihak ingin memusnahkan kemampuan dan kehebatan Nurul Izzah memikat gadis-gadis Islam supaya 'berjurus'.
Jangan termakan dengan hasutan dan fitnah oleh media pro UMNO. kerana itulah cara mereka bagi memadamkan isu yang boleh merosakkan kepentingan UMNO dan BN untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong PR pada PRU13 nanti dan untuk menghalang PR ke PUTRAJAYA.
No comments:
Post a Comment