Apabila tidak ada Melayu yang dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dalam Kongres DAP Kebangsaan ke 16, maka ada pihak menuduh bahawa DAP menampakkan parti Cauvinis dengan memberi contoh calun melayu yang bertanding tidak seorang pun menang.
Kepada siapa yang hendak disalahkan apabila calun melayu tidak dipilih dalam Kongres DAP semalam. Kita kena salahkan kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, mereka yang bertanding itu adakah untuk menang atau saja-saja bertanding sebagai melayan permintaan beberapa orang kawan didalam DAP.
Sekiranya calun melayu itu bertanding untuk mahu menang, maka adalah teramat malang kerana calun itu tidak menilik dicermin akan kemampuan diri sendiri apabila menyerahkan diri kepada lebih 2000 orang perwakilan yang tentunya ramai kawan cina daripada kawan melayu dalam DAP.
Tidak pelik sekiranya perwakilan tidak pilih calun melayu dalam Kongres DAP tahun ini kerana ahli-ahli DAP mahu seberapa ramai pemimpin cina DAP turun meraih undi dari pengundi bagi memastikan pengundi keturunan cina memilih PR, kerana untuk meraih undi melayu PR sudah ada parti PAS yang dikenali Parti Islam SeMalaysia bagi meraih undi orang-orang melayu dan Islam
Keputusan Kongres DAP adalah jelas tahun ini apabila perwakilan memilih mereka-mereka yang akan mendekati pengundi cina bagi mempastikan pengundi cina akan terus memberi sokongan kepada DAP yang dengan sendirinya akan membantu PR. lihatlah dikalangan bekas anggota jawatankuasa pusat sendiri pun ada yang tidak dipilih itu menunjukkan kematangan perwakilan memilih tenaga kerja untuk DAP menghadapi PRU13 kelak.
Kepintaran PR mengatur parti-parti dalam pakatan bagi menawan kelopok pengundi yang berbagai adalah jelas boleh melemahkan BN ini kerana PR telah memberi perhatian yang khusus bagi menarik pengundi supaya menyokong PR seperti DAP akan memberi tumpuan kepada pengundi cina, PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu dan Islam manakala PKR akan memberi tumpuan kepada pengundi berbagai-bagai bangsa dan ugama.
Kerana merasai akan kehilangan kuasa, mahu tidak mahu pihak UMNO telah mencanangkan melalui berbagai-bagai cara sama ada melalui media cetak dan eletronik, blog, twitter dan Fb yang pro kerajaan dan UMNO supaya mencetuskan kebencian orang melayu kepada DAP dengan melebalkan bahawa DAP adalah cauvinis apabila tidak seorang pun orang melayu dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Pusat dalam Kongres DAP. Yang sebenarnya keputusan yang dibuat oleh perwakilan itu adalah sebahagian startegi DAP untuk meraih undi orang-orang cina bagi mengalahkan BN dalam PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sekarang ini.
Dalam politik, untuk menang bukan perkara yang boleh dilihat ditekankan tapi startegi yang tersirat akan diterjemahkan kepada yang tersurat. Di Kelantan sejak dari dulu lagi UMNO dilihat kuat diluar tapi selalu menerima kekalahan apabila peti undi dibuka dan kini bukan saja di Kelantan ianya akan melimpah ke seluruh Malaysia. Kini UMNO dan BN hanya dilihat kuat diluar tapi kosong dalam penghayatan ummah.
1 comment:
sempoi untuk berfikir......
Post a Comment