Thursday, October 7, 2010

Tg.Razaleigh Hamzah tidak calun DUN Galas?


YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tidak layak jadi calun DUN Galas.

Isu Pilihanraya DUN Galas di Kelantan terutamanya di Kota Bharu masih sejuk dan dingin tidak rancak diperbahaskan di kedai kopi atau pun Coffce Housa, hanya bebeberapa soalan saja tersembur iaitu, YBM Tg.Razaligh akan terima kah perlantikan sebagai Penagarah Pilihanraya dan siapa agaknya calun BN.

Semuanya itu akan terjawab setelah YBM Tg.Razaleigh pulang dari luar negeri seperti mana yang beliau janji akan mengumumkan apabila sampai ketanahair nanti. Ada orang bersetuju sekiranya YBM Tg.Razaleigh terima dan ada orang tidak setuju. Yang setuju terima katanya apabila Tg.Razaleigh terima ianya akan mengurangkan kerenah dalaman dan kepada yang tidak bersetuju mengatakan taraf Tg.Razaleigh sepatutnya hanya jadi PENASIHAT kepada Jentera Pilihanraya.

Bibit-bibit menghalang orang luar untuk masuk berkempen telah pun bermula setelah ada program yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan terpaksa dibatalkan diatas kehendak orang kanan YBM Tg.Razaleigh. Tiba-tiba ada orang yang boleh mengarah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri supaya melarang mana-mana agensi kerajaan supaya tidak dibenarkan membuat apa-apa sebelum mendapat arahan dari orang itu.

Dah mula tunjuk kuasa dan saya percaya akan banyak lagi patang larang yang akan dikenakan kepada orang luar yang mahu masuk membantu BN dalam pilihanraya kecil DUN galas nanti, silap haribulan ada orang yang kena halau. Bersabarkah kepada Timbalan Menteri tersebut yang telah pun sampai ke Kelantan tapi programnya TERPAKSA dibatal atas arahan orang yang berkuasa dalam Bahagian Gua Musang itu.

Pilihanraya DUN Galas akan menjadi pengajaran kepada sesiapa saja yang datang dengan ikhlas mahu membantu. Tidak salah untuk membantu tapi mesti mendapat kebenaran dulu terutamanya kepada orang luar dari Kelantan. Kalau dasar ini terus berlaku yang ramai datang ke Galas nanti adalah sebagai penonton, Kalau BN menang bukan bantuan orang luar, tapi kalau sekiranya BN kalah itu kerana orang luar kelantan datang terlalu ramai dan menyusahkan rakyat Gua Musang.

Begitu juga nasib YBM Tg.Razaleigh sebagai Pengarah, sekiranya UMNO menang dikira OK dan YBM Tg.Razaleigh tidak kemana pun dalam arena politik UMNO hanya layak jadi Wakil Rakyat Parlimen seperti YB. Aziz Kadir Ketereh dan YB.Amran Tanah Merah tapi kalau kalah itu bererti orang Gua Musang pun sudah tolak YBM Tg.Razaleigh dan mudahlah untuk mengugurkan YBM Tg.Razaleigh sebagai calun BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti kerana disifatkan sudah tidak berpengaruh.

Pada pendapat saya YBM Tg.Razaleigh tidak akan jadi calun untuk DUN Galas dan mungkin Pengarah Piliharaya pun beliau tolak. Kerana biasanya dalam pilihanraya kecil sekiranya Ketua Bahagian dilantik jadi Pengarah Pilihanraya maka Pengerusi Perhubungan akan dilantik sebagai penasihat. Ini pelik sikit, Ketua Bahagian Jadi Pengarah pilihanraya, Pengerusi Perhubungan pula jadi Timbalan Pengarah. Hujan dah naik kelangit.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri boleh jadi Timbalan Pengarah Pilihanraya sekiranya Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden jadi Pengarah Pilihanraya. Itu baru logik, baru ada protokol.

No comments: