Lesu di Perhimpunan Agung UMNO membawa kepada lesunya semasa berada di GALAS Gua musang dihari penamaan calun pada 26hb. Oktober 2010 kelmarin. Menunggu untuk masuk ke Pejabat Jajahan Gua Musang dimana tempat pengistihran Calun yang layak bertanding lagi memenatkan. Setengah jam baru lah barisan penyokong PAS yang berarak ke Pejabat Jajahan baru reda itu pun ramai lagi yang tidak ikut serta berarak.
Kehilangan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya BN di DUN Galas selepas perarakan calun BN dan tidak kelihatan kelibat didewan tempat menunggu menjadi tandatanya pihak-pihak dalam BN. Dimana Ku LI? kenapa Ku Li tidak mahu masuk? dan tentunya banyak tukang-tukang pentafsir.
Disamping itu banyak lagi isu-isu yang menjadi persoalan kepada BN di DUN Galas sebelum dapat mengalas kerusi tersebut atau digalas orang diantaranya:-
1. Mampukah BN mengajak pengundi CINA supaya undi BN, walaupun masyarakat Cina dilihat menyokong Ku Li kerana pengundi Cina jua sokong Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan masyarakat Cina ada kepentingan dengan Kerajaan Kelantan terutamanya soal Tanah dan Balak.
2. Betulkah pengundi orang ASLI akan memberi undi kepada BN kerana dikepung oleh JHWOA kerana orang Asli terdahulu daripada ini cukup selesa dengan pemberian oleh Kerajaan PAS terutamanya 'garan tanah dan eluan-elaun khas' sedangkan bantuan 'ajaib' yang diberi oleh BN kepada mereka setelah berlaku pilihanraya kecil.
3. Projek Perumahan Rakyat bernilai RM180 juta yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang akan dibina diatas tanah milik KESEDAR di DUN Galas nampaknya tidak merubah sikap pengundi-pengundi di situ untuk terus berpihak kepada BN kerana rakyat juga sudah 'pening' kerana terdahulu daripada itu Dato' Mustapha Mohamed kata tidak akan ada projek pembangunan kerajaan akan diumumkan bagi menarik pengundi sedangkan Tan Sri Muhyidden Yassin datang ke Galas umum projek semasa nak berlangsungnya pilihanraya kecil.Rakyat Galas terasa mereka sedang ditawar gula-gula seperti budak-budak berhingus.
4. Sumbangan dan tawaran 1000 keping tiket bolasepak bagi menuntun perlawanan akhir bolasepak piala malaysia diantara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil pada 30hb. Oktober nanti kepada khasnya pengundi-pengundi didalam DUN Galas dan menyediakan 40buah Bas, bolehkan menjamin 1000 undi sudah tentu memangkah BN didalam pilihanraya kecil nanti.
Banyak lagi isu-isu yang perlu diselesaikan oleh BN bagi menjamin kemenangan BN di DUN Galas kerana berkemungkinan PAS akan menang dengan mejoreti yang lebih besar lagi pada kali ini. Sekiranya diukur dengan semangat dan gerak kerja teratur berada dipihak PAS hari ini masih sukar bagi pihak BN untuk menang di DUN Galas.
1 comment:
BN KETANDUSAN JENTERA HANYA MAMPU BERKEMPEN DARI RUMAH KERUMAH DAN KEMPEN KECIL KECILAN SAHAJA. PAS BERGERAK DALAM GELOMBANG YANG AGAK BESAR DI PRK DUN GALAS. BN UMPAN PENGUNDI DENGAN BARANGAN MAKANAN RUMAH KERUMAH DAN KEMPEN SMS MEMBURUK KERAJAAN PAS MELALUI TELEPON HP. KEBANYAKAN PENGUNDI SUDAH MUAK DENGAN KEPIMPINAN BN PENTINGKAN DUNIWI SEMATA MATA. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. BN BOLEH BAGI SOGOKAN KEPADA PENGUNDI SECARA TERSEMBUNYI, TAPI PAS SECARA TERANG MAHU BAGI PENGUNDI LUAR DUIT TAMBANG HEBOH SAMPAI KE SPR.
SAYA PENGUNDI DUN GALAS PERNAH BERGIAT DALAM UMNO 15 TAHUN LALU DI GUA MUSANG DAN KENAL SIAPA SDRA ABD AZIZ YUSOFF. SEMEMANG BELIAU ADALAH CALON TERBAIK BUAT BN DAN KU LI MASA INI KERANA BN GUA MUSANG KETANDUSAN CALON. SEMEMANGNYA BN TAK AKAN MENANG PADA 4/11/2010 INI. PAS AKAN MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH KURANG 500 UNDI BERDASARKAN PENGUNDI ATAS PAGAR, PENGUNDI LUAR DAN PENGINDI UMNO TIDAK MINAT KEPADA CALON BN SDRA ABD AZIZ.. KAMI BERDO'A AGAR PAS AKAN MENANG DI PRK DUN GALAS UNTUK MENERUSKAN AGENDANYA. JIKA BN MENANG TIDAK ADA APA PERUBAHAN KEPADA MASYARAKAT GUA MUSANG..BN DI IBARAT MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU. GUA MUSANG MEMBANGUN SEKARANG PUN KERANA KERJASAMA MAJLIS DAERAH DENGAN PIHAK SWASTA.KU LI WAKIL RAKYAT SELAMA INI TIDAK BUAT APA APA..SELAMA BERPULOH TAHUN SEBAGAI AHLI PARLIMEN GUA MUSANG APA YANG DIA LAKSANAKAN JIKA DIBANDING KAN DI TEMPAT LAIN GUA MUSANG SEHARUS MEMBANGUN DENGAN PESAT..TELAH RAMAI PENDUDUK GUA MUSANG BERHIJRAH KE KUALA LUMPU DAN KOTA BHARU.MASYARAKAT MAHU KEMUDAHAN AWAM SEPERTI MANA TEMPAT LAIN SEPERTI KEMUDAHAN BAS,PUSAT BELI BELAH YANG TERATUR, JALAN JALAN YANG SEMPURNA DI KAMPONG KAMPONG DAN BANYAK LAGI DENGAN PEMBANGUNAN YANG TERANCANG. BN SELALU SALAH PAS KERANA TIDAK TAHU MEMERENTAH.. TAPI SELAMA BN INI BUAT APA? ADA AGENSI KESEDAR TAPI TIDAK BERFUNSI SEBAGAI AGENSI LEMBAGA PEMBANGUNAN KELANTAN SELATAN.SEMOGA PAS AKAN MENANG..DI GALAS
Post a Comment