Thursday, October 14, 2010

Dato' Alias Ahmad, Ketua Pengarah Baru.


Jabatan Imigrasen Malaysia mendapat Ketua Pengarah Baru bermula 15hb. Oktober 2010 ini ia itu Dato' Alias Ahmad mengantikan Dato' Ab.Rahman yang ditukar ke Kementerian Dalam Negeri sebagai SUB Bahagian Imigrasen.

Tindakan polis dan SPRM terhadap kakitangan jabatan Imigrasen yang secara rasuah meloloskan pendatang tanpa izin masuk ke negara ini adalah satu tindakan yang amat terpuji dan boleh memulihkan imej jabatan tersebut terutamanya kakitangan jabatan itu yang berkhidmat secara jujur dan amanah.

Berita dibawah ini telah mengesahkan bahawa sudah terdapat warga asing yang masuk ke negara ini secara haram, entah berapa banyak tidak siapa ketahui angka sebenar, tapi tentunya banyak dan mungkin mencecah keangka ratusan ribu orang. Dan tentunya mereka yang datang tanpa izin itu ada berbagai-bagai perangai, ada yang datang untuk bekerja, berniaga, mencuri dan merompok, menipu dan membunuh.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri tahu itu terutamanya Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri, maka adalah elok sekiranya KDN yanag berhasrat untuk melaksanakan 'program pemutihan' kepada warga asing yang haram difikirkan semula ini kerana jika terlaksananya dasar tersebut bererti kita telah mengiktiraf orang yang masuk ke negara ini secara haram dan diberi keistimewaan pula dengan mendapat pengampunan.

Sekiranya kita faham dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa mereka yang diloloskan oleh kakitangan Imigrasen itu berkemungkinan terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam jenayah dan dadah dan boleh mengancam keselamatan negara dan dalam masa yang sama kerajaan memikirkan untuk menghalalkan kedatangan mereka dengan 'program pemutihan', amatlah tidak patut.

Percayalah sekiranya hari ini kita memberi pengampunan kepada mereka yang masuk ke negara ini secara haram lebih kurang 400,000 (agaknya) tidak mustahil dalam jangkamasa 5 tahun yang akan datang akan terdapat hampir sejuta orang yang menjadi pendatang tanpa izin didalam negara ini.

Apakah pada waktu itu mereka juga akan mendapat pengampunan, mahu tidak mahu dengan dasar itu kita seperti membuka peluang kepada warga asing untuk datang ke negara ini secara haram kerana akhirnya mereka akan dapat pengampunan. Oleh itu ADALAH DISARANKAN SUPAYA KERAJAAN melaksanakan konsep 'B O L E H' seperti berikut:-


  • 1 Batalkan hasrat untuk memberi pengampunan melalui 'program pemutihan' kepada PATI.
  • 2. Operasi memburu dan menangkap PATI secara bersungguh-sungguh.
  • 3. Laksanakan undang-undang secara serius.
  • 4 Elakkan amalan pilih kasih penempatan pegawai penguatkuasa dipintu-pintu masuk.
  • 5.Hendaklah melantik ejan-ejan/informa dikalangan orang awam sebagai mata dan telinga.


Berita dibawah ini amat mengerunkan bagi keselamatan rakyat dan negara.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing yang pihak berkuasa percaya mampu menggugat keselamatan negara.

Penahanan kesemua suspek yang dilakukan dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu itu turut melibatkan dua warga asing yang bagaimanapun tidak didedahkan identiti negaranya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan sembilan individu itu sekali gus berjaya membongkar dan mengekang aktiviti sindiket berkenaan daripada terus berleluasa."Pihak polis memandang serius terhadap kegiatan sindiket ini kerana aktiviti pembolosan yang dilakukan telah menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di pintu-pintu masuk negara.

"Kegiatan ini juga bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara malah di rantau ini sekiranya ia dibiarkan terus berleluasa. Jangan sesekali membiarkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah berat merentasi sempadan khususnya aktiviti keganasan, penyeludupan senjata api dan dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Pendedahan polis itu jelas satu tamparan besar kepada Jabatan Imigresen apabila baru-baru ini, tujuh pegawainya ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penglibatan dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ismail menambah, tindakan polis ini juga selaras hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan manusia.

"Malah ini merupakan satu langkah untuk menghalang sebarang cubaan menjadikan negara ini sebagai 'transit point' bagi kegiatan tersebut," ujarnya.Minggu lalu, SPRM menahan dua pegawai Imigresen di jeti Port Dickson kerana dipercayai menyeludup PATI ke negara ini yang dikatakan meraih pendapatan sehingga RM33,600 seminggu.

Selang dua hari kemudian, SPRM menahan seorang pegawai Imigresen dan tujuh individu kerana dipercayai terlibat menyeludup masuk PATI melalui jeti Pulau Ketam setelah menerima suapan dikenali sebagai 'wang tunjuk' daripada kapten kapal. Ia disusuli dengan penahanan empat anggota termasuk seorang wanita. (utusan malaysia).

1 comment:

abdul halim said...

Itu cerita lama tok,,kerja gagaltu sebab banyak sangat berlaku birokrasi dan gejala rasuah, majikan sendiri yang suka bagi rasuah, Oleh tu buka buku barulah 'PEMUTIHAN'; mulai dengan membanci atau kerah majikan sukarela daftar PATI dalam satu2 tempoh tertentu(macan Pemutihan 1996/1998),lepastu barulah bukak buku lama tok tu, kerahkan segala kelengkapan termasuk minta bantuan tentera memburu PATI, di bandar, periksa rumah ke rumah, kedai ke kedai, pasang informer(bagi reward secukupnya), bila ada saja maklumat operasi gempor serta-merta,terutama majikan, boleh juga minta bantuan JKKK/JKKKP, Perstuan2 Penduduk, Belia2, KRT2,
malah sukarelawan dikerah membantu KDN mengapuskan PATI, tangkap dan terus usir jangan simpan lama2 bazir duit, blacklist kan mereka lima tahun tak boleh masuk Malaysia melalui screen wajah dan cop jari tendang, usir semua pelaku jenayah warga asing( walau ada permit sah), hukum seberat2nya pelindung PATI. Saya dah over ni tok......MAAF.