Wednesday, October 13, 2010

Rombongan ke Mekkah dengan BAS.

gambar kenangan semasa dikatil hospital


Musim Haji - Rakyat Malaysia sudah mula menuju ke Mekkah, bagi menunaikan rukun Islam semuga mereka dirahmati Allah dan mendapat Haji Mabrur. Tergerak dihati alangkah bahagianya sekira pada tahun ini sekali lagi saya dapat melihat rumah Allah. Insya Allah.

Pertama kali saya ke Mekkah, ada MSO-Mohd Sayuti Omar dan Isteri serta ada Rosmadi Ismail (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu) dan Isteri, saya juga bersama Isteri dan kali kedua pada tahun lepas (2009) saya ke Mekkah bersama Isteri serta dua orang puteri saya iaitu Rieni Fahada Natasha dan Milissa Nadhira.

Selesai saja mengerjakan Haji saya jatuh sakit, satu penyakit yang pelik yang jarang-jarang berlaku iaitu 'darah beku dalam pembuluh darah' (DBT) yang mengakibatkan bengkak dari paha ke kaki seperti daging masak yang dipanggang. Saya dimasukkan ke hospital King Faizal Mekkah pada sebelah petang dan awal pagi sesudah subuh saya dibawa ke bilik pembedahan.

Lebih kurang 3 jam saya dibilik bedah yang mana doctor membuang seluruh isi daging saya yang bengkak dan masak itu, saya hanya dapat melihat kaki saya berbalut sehingga kebetis. Umur saya masih panjang dan saya dibawa pulang ke Malaysia dalam keadaan luka parah, lesu serta tidak bermaya dan di Malaysia saya dirawat disebuah hospital swasta selama satu bulan. Ramai sahabat dan kenalan juga waris warah serta orang kampung melawat saya, terima kasih kepada mereka.

Semasa saya dirawat di hospital (Malaysia) ada kenangan yang istimewa buat saya dan ianya akan menjadi rahsia peribadi.

Alhamdulillah, sekarang luka pembedahan saya dari paha ke kaki sembuh, dan kini apabila berita pemergian orang ke Mekkah disiarkan melalui akhbar, radio, tv serta melalui blog, keinginan saya untuk ke Mekkah sekali lagi memucak, ke Mekkah adalah menjadi satu kegilaan baru saya kalau tak berkesempatan menunaikan Haji, Insya Allah saya akan menunaikan Umrah.

Ura-ura tahun ini YB. Haji Alwi Che Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga wakil rakyat DUN Kok Lanas akan ke Mekkah tapi pemergian beliau bukan dengan cara biasa iaitu menaiki kapalterbang dari KLIA ke Jeddah, pemergian beliau kali ini melalui darat yang mana menjadi satu sejarah jemaah Haji akan menaiki BAS melalui jalan darat dan mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke Mekkah, seramai 40 orang semuanya termasuk sahabat saya Cikgu Zuni dari kampung Batu Tinggi, Ketereh.

Mudah-mudahan pemergian mereka itu melalui jalan darat akan sampai pada waktunya, semuga tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku, hanya satu persoalan yang saya belum bertemu jawapan, kenapa hendak ke Mekkah melalui jalan jauh dan susah serta memenatkan, apakah kerana hendak mencipta sejarah (cipta sejarah lagi,,,) atau mahu melancong sambil mengerjakan Haji.

Haji Alwi tentu ada jawapannya.

No comments: