Friday, October 8, 2010

Tirulah macam saya, Berani Kerana Benar.

Berada di Kelantan selama dua hari terutamanya mahu meninjau suasana politik bersabit dengan Pilihanraya Kecil DUN Galas, walaupun suasananya agak dingin tapi petugas di Pejabat UMNO Negeri dan pejabat Perhubungan PAS Kelantan telah membuat persiapan. Hari penamaan calun nanti tentunya akan menyaksikan suasana yang agak meriah.

Yang menarik selain dari tumpuan rakyat Kelantan terhadap pilihanraya tersebut yang masih menunggu hari besok (9.10.2010) seperti mana yang semua makluma bahawa YBM Tg.Razaleigh Hamzah akan membuat pengumuman berhubung dengan tawaran UMNO Malaysia untuk melantik beliau sebagai Pengarah Pilihanraya BN, ada lagi cerita kemelut Istana Kelantan.

Kali ini bukan soal Pemasyhuran, tapi soal permohonan Tuanku Ismail Petra dimahkamah berhubung pentafsiran Perlembagaan Negeri Kelantan, kini terdapat ada pihak yang mengelabah yang telah melahirkan kegusaran melalui blog 'Kelantan Insider' yang mana ekoran daripada lapuran yang telah dibuat oleh orang yang bernama Zahari berhubung dengan penulisan dalam blog tersebut soal ada pakatan hendak membawa Tengku Ismail Petra ke Selatan Thailand.

Kegelabahan tersebut boleh dilihat yang mana dituliskan bahawa blog saya newkk.blogspot.com dijadikan sasaran untuk menegak menang basah. Tapi sayangnya penulis blog itu tidak bernama, tidak berani menzahirkan siapakah dirinya. Bacullah kalau mahu mengata orang tapi berselindung disebalik IT. Kepada penulis blog Kelantan Insider sekiranya hujah-hujah yang ditulis itu ada kebenarannya MUNCUL dan Lahirkan Wajah supaya kita sama-sama dapat mengenali, siapakah orangnya.

Buat apa mengelabah dan "memaki hamun" Raja Perempuan Kelantan melalui blog yang tidak tahu kepunyaan siapa dan sekiraanya telus biarlah polis menjalankan penyiasatan seperti mana yang telah dilapurkan oleh orang yang bernama zahari itu.

Buatlah seperti saya yang mengeluarkan pendapat dan pandangan secara jujur dan ikhlas tanpa berselindung. Jangan jadikan blog untuk membaling batu sembunyi tangan.

No comments: