Saturday, October 23, 2010

*Usul Ekonomi tidak membela malayu?


Kelmarin- Persidangan Agung UMNO diselamatkan oleh gelagak Dato' Badaruddin, Pengerusi tetap apabila perbahasan usul ekonomi oleh wakil tiap-tiap negeri agak malap dan membosankan tidak seperti tahun-tahun sebelum daripada ini.

Kebosanan para perwakilan dan 'mengantuk' dapat diubati dengan gelagak pengerusi tetap apabila pengerusi tetap bercakap dalam bahasa 'cina'. Entah apa maksudnya percakapan beliau itu para perwakilan tidak faham dan beliau sendiri pun, boleh jadi tidak faham apa yang beliau cakap itu hanya nampak beliau membaca tulisan dikertas, itu pun belum tentu dikertas itu ada tulisan.

Walau bagaimana pun pujian harus diberi kepada Dato' Badaruddin kerana dengan gelagaknya itu boleh membuat perwakilan hilang 'mengantuk' dan membosankan sekurang-kurangnya dapat mengelak wakil perhubungan negeri di 'boo' oleh perwakilan. Perbahasan usul ekonomi tidak bermaya langsung kerana kebanyakan wakil negeri membaca text dan tidak diselit dengan nada yang boleh menyentuh hati dan buluroma perwakilan.

Hanya satu cadangan yang boleh diambil kira apabila ada wakil negeri yang berucap mensarankan supaya bagi merangsangkan ekonomi negara kerajaan hendaklah meluluskan lebih banyak pembukaan kilang-kilang. Betul itu, tapi sekiranya kilang dibuka tentunya mahu pakai pekerja sedangkan sekarang ini pun tenaga kerja sudah tidak mencukupi, apatah lagi mahu membuka kilang-kilang baru.

Rakyat Malaysia sudah tidak pandang lagi untuk bekerja dikilang-kilang, sudah tidak berminat untuk menjadi 'minah kilang ataupun mat kilang' kerana gajinya tidak sepadan dengan kelulusan yang mereka itu ada, kerana gajinya murah. Hanya ada satu cara saja yang boleh menyelamatkan supaya kilang yang ada tidak ditutup dan yang baru dapat dibuka sekiranya kerajaan membenarkan warga asing datang bekerja sebagai boroh ataupun pekerja am disini.

Memang sekarang ini pun kerajaan telah membenarkan warga asing datang bekerja di Malaysia tapi tidak mengcukupi, tidak cukup kerana dasar kerajaan berubah-ubah. dasar di Kemenetrian Dalam Negeri berhubung dengan pengambilan boroh asing dibuat seperti air bah. Ertinya dasar di KDN Bahagian Boroh Asing dibuat mengikut selera Menteri.

Menteri dulu beri kelulusan, Kerajaan kutip wang levi berjuta-juta ringgit dan apabila datang Menteri baru kemasukan boroh tertentu dibekukan walau pun dah beri kelulusan dan wang levi diambil. Apabila Menteri bertukar lagi ada pula dasar baru iaitu diharamkan kemasukan warga negara asing yang tidak negara sumber. Maka rugilah orang yang terlibat dalam perniagaan membekalkan boroh asing berjuta-juta.

Yang ruginya peniaga melayu, tapi dalam perhimpunan Agung UMNO masing-masing bercakap hendak membantu peniaga melayu dan hendak memertabatkan peniaga melayu sedangkan dalam masa yang sama menteri melayu lebih rela melihat peniaga melayu 'mampus' menanggong hutang kerana dasar diubah-ubah yang dibuat oleh menteri melayu.

Kalau orang melayu nak berniaga betul, macam-macam alasan diberi, sosial problem lah, lebihan tenaga kerja lah, mengugat keselamatan negara lah tapi sekiranya ada cadangan daripada mereka yang tidak mahu berniaga tapi ingin mendapat keuntungan kerana dapat 'kouta' dan menjualkan kepada ejen-ejen haram, maka yang itulah yang diberi keutamaan. Apatah lagi sekiranya cadangan itu datang dari 'Ah Siong atau pun Latuk Lau'.

Kerajaan BN didokong oleh UMNO, yang berniaga adalah ahli UMNO, Perhimpunan Agung UMNO bertepik nak sokong melayu terutamanya melayu UMNO. Tapi apabila melayu ahli UMNO nak minta tolong untuk mengelak dari kerugian perniagaan, Perdana Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri Melayu, Menteri Dalam Negeri Malayu dan Pengerusi Perhubungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu parti orang melayu, tidak mahu melayan untuk menolong.

Sekiranya, peristiwa sedih ini berlaku terhadap anda, bagaimana?.

1 comment:

Ahmad said...

Saya bersetuju tentang perkara ini. Memang nampak cakap tak serupa bikin. Pujian yang dikeluarkan oleh pembahas,rasanya yang empunya diri pun malu nak terima. Patutlah ada blog yang mengatakan perhimpunan puji memuji sudah bermula, merujuk kepada perhimpunan agung UMNO