Thursday, October 21, 2010

Ahli UMNO dah jemu dengan 'Retorik' pemimpin.


Persidangan Agong UMNO akan bermula hari ini. Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah pun selesai kelmarin dengan beberapa rumusan disimpul untuk dilipat dan akan dikalamkan didalam buku penyata tahunan untuk tahun 2011.

Resolusi tahun 2009 belum lagi habis dilaksanakan dan ada yang tidak disentuh langsung oleh pimpinan sayap-sayap tersebut kini modal baru pula dicanang untuk dijual kepada ahli-ahli parti. Maka bertepuklah ahli-ahli apabila wakil daripada negeri-negeri berucap dan tepukan lebih bergemuruh apabila Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri berucap.

Selesailah sudah Persidangan untuk tiga peringkat yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Presiden UMNO dengan mencadangkan setiap pemimpin UMNO Bahagian termasuk Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri berserta dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa akan dinilai prestasi masing-masing dan kepada mereka yang didapati cemerlang akan diberi anugerah.

Bagi menilaikan prestasi tersebut pihak Ibu Pejabat UMNO akan sediakan 'buku rekod' bagi mencatitkan skor mereka, sistem ini sepertilah sistem menilai budak-budak sekolah dizaman dahulu kala, siapa yang dapat markah tertingggi akan diberi hadiah. Hanya yang ahli UMNO kurang pasti buku rekod itu akan dinilai ataupun akan diberi markah oleh siapa?

Dan adakah orang yang menilai untuk memberi markah itu, orang itu juga akan dinilai dalam erti kata sebenarnya 'Siapa yang patut nilai siapa'. Sekiranya Ketua dan Ahli Jawatankuasa dinilai prestasinya dilihat kepada Skor bagaimana untuk menilai Skor terhadap pemimpin tertinggi parti khasnya Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dimanakah letaknya keadilan dalam menilai Skor tersebut nanti, sedangkan Ibu Pejabat UMNO sendiri mengamalkan 'dauble standart' dalam membuat satu-satu keputusan ertinya amalan pilih kasih masih tebal diamalkan oleh Ibu Pejabat UMNO. Kerana walaupun menang Ahli Majlis Tertinggi tidak semestinya mereka itu boleh diterima oleh rakyat ditempatnya.

Sekali lagi suara 'Retorik' pemimpin UMNO berkumandang di dewan PWTC setelah Presiden UMNO sedang mempromosi 'UMNO dan Tranformasi' yang hanya sekadar sebuah ucapan tapi isi dan hala tujunya belum jelas. Banyak sangat ideal dikalangan pemimpin UMNO tapi hanya sekadar ucapan retorik yang mana tidak memberi kesan kepada akar umbi supaya rakyat lebih percaya kepada UMNO bagi menafikan cakap-cakap pembangkang bahawa Pakatan Rakyat akan tawan PUTRAJAYA pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Setelah Mahyuddin Yassin akan menyediakan buku rekod untuk dianalisa bagi menilai pemimpin diperingkat Bahagian dan akan diberi anugerah. Hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, apa pula YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO akan membawa ideal untuk dibahaskan oleh perwakilan bagi dimuatkan dalam catitan supaya dapat dibukukan bagi diberi kepada para perwakilan pada Persidangan Agong UMNO 2011.

Tentunya bag perwakilan UMNO pada tahun hadapan akan lebih berat daripada bag perwakilan pada tahun 2010 ini. Yang ahli-ahli UMNO mahu sekarang bukannya sebuah ucapan yang indah dari pemimpin tapi mereka mahu perlaksanaan pembelaan dan tindakan.


No comments: