Saya tidak faham dengan UMNO Kelantan, seperti sudah tidak ada orang lain yang boleh diberi tugas untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO. Saya sudah membuat saranan supaya pembahas usul tahun ini dipilih dikalangan perwakilan yang tidak menjadi pemimpin UMNO Bahagian. Supaya pembahas itu boleh memberi hujah dengan telus untuk menegur pemimpin yang diatas.
Sekiranya dipilih dikalangan pemimpin UMNO Bahagian walaupun membuat teguran kadang-kadang menjadi 'menempuk air didulang' kerana teguran yang dibuat terhadap pucuk pimpinan itu, itulah amalan sebenar jurucakap itu. Jadi perhimpunan Agung UMNO tidak dapat membuahkan hasil yang benar-benar boleh membantu bagi memperkukuhkan parti.
Dikalangan pemimpin UMNO Kelantan sehingga kini tidak ada seorang pun yang boleh bercakap dalam isu perpaduan, sedangkan perpaduanlah asas utama bagi memperkuatkan parti menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti kerana semua bahagian berhadapan dengan masaalah perpaduan. Sudah teramat teruk perpaduan dikalangan pemimpin UMNO Bahagian di Kelantan dan gejala ini tidak memungkinkan UMNO boleh tawan Kelantan.
Oleh sebab itu, Dato' Mustapha Mohammad tidak meletakkan agenda utama untuk merampas kelantan dari PAS, beliau hanya akan mempastikan Parlimen Jeli berada dalan 'zon selamat' dan memangnya agenda Tok Pa di Jeli itu menjadi. Kerusi Parliem Jeli selamat untuk Tok Pa sekiranya perpecahan dikalangan mereka tidak menjadi arus yang tsumani
Tidak seperti di Bahagian Ketereh, Api dalam Sekam, Gunting dalam Lipatan telah menjadi semakin galak kepada mereka yang sudah tidak suka kepada Tan Sri Anuar Musa, mahu Anuar Musa lepaskan jawatan Ketua Bahagian dengan berbisik-bisik dengan membiarkan dikalangan jawatankuasa Bahagian kritik Anuar Musa secara terbuka di kedai-kedai kopi "station" tempat minum.
Ahli UMNO diperingkat akar umbi mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya, mereka sanggup perhabiskan gula dan beras bagi menjamu orang kampung untuk menyokong UMNO dan ada yang luka dada kerana memanjat pokok kelapa bagi menaikkan bendera BN dipucak pokok, bersemangatnya ahli akar umbi untuk melihat BN/UMNO menang dalam pilihanraya.
Tapi pucuk pimpinan tidak berbuat demikian, mahu menang tapi ikut acuan sendiri tidak mahu ikut apa kehendak akar umbi akibatnya BN kalah dalam pilihanaraya kepada calun pembangkang yang tidak populor. Cara Tok Pa tadbir UMNO kelantan hari ini tidak seperti tahun 2004 lalu, jauh bezanya. Dulu Tok Pa tak ada anak mas sekarang dah ada beberapa anak mas.
Siapa Ikmal Hashim, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, adakah beliau pemilik AP Kenderaan?. dan Siapa Dato' Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, adakah beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang mengeluarkan AP kenderaan?. Semua ini bolehlah tanya Dato' Noor Zahidi, Ketua UMNO Bahagian Tumpat selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
1 comment:
Assalamualaikum Abe Soberi,
Saya amat bersetuju dgn statement bahawa perwakilah Kelantan yg memberi ucapan SEHARUSNYA boleh datang dari SAPA2 sahaja perwakilan dan tidak semestinya KETUA BAHAGIAN.
Itulah antara intipati MODEL POLITIK BARU yg dikehendaki oleh PM yg ternyata awal2 lagi gagal difahami oleh PEMIMPIN UMNO KELANTAN.
Kesian UMNO Kelantan, setiap tahun hampir orang yang sama.....dgn bersuaranya semula Alwi bermakna dia cuba membuat comeback..baik untuk dirinya TETAPI tidak kepada parti UMNO Kelantan keseluruhannya. So di mana TOK PA dalam situasi ini?. Nyata sebagaimana kata Abe Soberi...dia berlabuh enak di Jeli. Indicator kewujudan UMNO negeri Kelantan adalah JELI TETAP MILIK BN. SEDIH...n menyedihkan.
Cuba2 tirulah pendekatan Sothia, jurulatih pasukan The Red Warriors...bgm STREGEI yg beliau gunakan dalam memastikan Kelantan mampu bertahan semasa melawan Kedah dalam keadaan yg cukup kritikal..Be Inclusive!
Post a Comment