Sunday, October 10, 2010

DUN Galas, Ku Li lawan Dato' Bentara Setia?.

gambar hiasan

Setelah YBM Tengku Razalegih Hamzah mengumumkan menerima perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas maka tertutuplah pintu teki teki selama ini berhubung dengan sikap YBM Ku Li terhadap UMNO untuk seketika. Kepada saya kesanggupan YBM Ku Li itu adalah semata-mata untuk melariskan populariti beliau dalam UMNO yang sedikit sebanyak telah dipertikaikan oleh ahli-ahli parti UMNO setelah beliau bersama PAS menuntut royalti minyak Kelantan.

Menang ataupun kalah BN di DUN Galas nanti bukan kerana siapa jadi Pengarah Pilihanaraya yang akan menentukannya ada pengundi disitu, sama ada pengundi masih mahu bersama Kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS ataupun mahu menukar selera setelah diberi kepercayaan kepada wakil PAS dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

YBM Ku Li adalah simbol kekuatan BN di Gua musang kerana sudah hampir 50tahun, YBM Ku Li menjadi wakil rakyat dsitu ertinya sekira beliau terhidu bau peluh seseorang, beliau tahu bau itu siapa orangnya, begitulah serasinya Ku Li dengan rakyat Gua Musang terutamanya pengundi melayu. Tapi tidak pengundi cina, buat masa ini.

Keputusan pilihanraya kecil kelak sekiranya berpihak kepada PAS itu bererti masyarakat melayu yang berugama Islam sudah sebati dengan slogan PAS 'Membangun Bersama Islam' dengan laungan Allahuakbar, laungan yang telah berjaya dibawa oleh Kerajaan PAS yang diketuai oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, masuk ke Istana.

Diharap laungan Allahuakbar akan terus kekal dan elok juga dilaksanakan di Istana-Istana lain yang mana Kerajaan negerinya diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu, Kelantan, Kedah dan Selangor kerana kalimah Allahuakbar adalah kalimah Memuji dan Memuja yang Maha Agung, Allah Rabuljalil. (tulis seorang sahabat).

Dalam Piliharaya Kecil DUN Galas ini juga adalah pentas bagi menentukan kekuatan sokongan rakyat sekiranya pengaruh Ku Li dan Nik Aziz hendak dijadikan ukuran dalam arena politik negeri kelantan, kerana dua orang tokoh ini ada kelebihan masing-masing. Ku Li yang dikenali oleh rakyat kelantan adalah 'Anak Raja Berjiwa Rakyat' manakalah Nik Aziz pula dikenali sebagai Tok Guru yang juga telah menjadi orang kuat Istana kerana baru mendapat gelaran baru iaitu Dato' Bentara Setia.

Walaupun dalam 6 peti undi yang telah sudah saya buat tinjauan berpihak kepada PAS tapi 7 peti undi lagi agaknya BN boleh mengatasi kekuatan PAS. UMNO dijangka boleh menang sekiranya amalan bersatu teguh dilaksanakan di situ oleh keseluruhan penyokong BN. Pihak PAS pula tentunya mengambil pendekatan yang lebih berkesan bagi menyakinkan pengundi di DUN Galas supaya kerusi yang dimiliki itu tidak terlepas.

Sosek-sosek di Gua Musang mengatakan bahawa pengundi orang asli dan orang cina telah beku untuk mengundi PAS, jadi UMNO kena bekerja keras dikelompok itu bagi menrungkaikan pemasaalah kenapa kelompok itu tidak senang dengan UMNO. Sekiranya UMNO berjaya merubah pegangan kolompok itu tidak ada sebab UMNO/BN tidak boleh menang.

Dalam pilihanraya kecil sekiranya BN menang tidak melemahkan semangat pengikut Pakatan Rakyat tapi sekiranya BN kalah dan PR menang ianya akan menyamarakkan semangat rakyat untuk melihat slogan PR menuju ke PUTRAJAYA akan berkobar-kobar.

No comments: