Sunday, January 23, 2011

Hebat sungguh orang Kelantan.

Bangga. Dua Dato' Anak Kelantan sepentas bersama Perdana Menteri.


Hebat sungguh orang Kelantan terutamanya orang politik sama ada yang sedang aktif atau pun yang sudah mahu bersara dan ingin menyerahkan warisan kepada anak lelakinya pula. Inilah yang dapat kita lihat dalam gambar diatas yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana semalam.

Kelihatan dua orang Dato' rakyat Kelantan berada sepentas dengan YAB Dato' Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis di Pekan, Pahang yang mana kawasan Parlimen Perdana Menteri.

Mereka menyampaikan bantuan basikal dan buku-buka kepada pelajar sekolah didalam Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri, kawasan Parlimen yang diwakili oleh orang yang paling berkuasa di Malaysia hari ini, kawasan yang tentunya tidak akan ujud lagi anak-anak sekolah yang miskin.

Entah apa muslihatnya mereka berdua itu tersangat baik hati untuk menyampaikan bantuan kepada anak-anak sekolah didalam kawasan Perdana Menteri sedangkan banyak lagi anak-anak melayu yang miskin terdapat di kawasan Tumpat dan Gua Musang yang memerlukan bantuan persekolahan terutamanya basikal.

Apakah kerana Kerajaan Kelantan ditadbir oleh PAS maka anak-anak yang miskin tidak akan dapat rezeki daripada 'Amanah Raya Berhad' dan 'Persatuan Warga Cinta Negara' yang nampak terlalu prihatin terhadap murid-murid sekolah di Kawasan Pekan Pahang itu.

Kenapa apabila ada orang Kelantan minta bantuan untuk diagih-agihkan kepada anak-anak yatim dan miskin didalam Parlimen Ketereh tidak ada kesungguhan daripada dua orang Dato' Kelantan tersebut untuk menghulur bantuan. Apakah kesudian untuk membantu diambil kira fahaman politik, ketokohan dan kuasa seseorang itu barulah 'Amanah Raya Berhad' akan turun padang bersama-sama Persatuan Warga Cinta Negara.

Apa pun saya hormat 'tapik' kepada Ybhg. Dato' Dasuki Ahmad, Pengerusi Amanah Raya Berhad dan Dato' Izzuddin Ishak kerana prihatin membantu anak-anak sekolah didalam Parlimen Pekan, Pahang dan hendaknya program tersebut akan dicicirkan kepada anak-anak yatim dan miskin dalan Parlimen Ketereh pula. salam.

3 comments:

exnavy said...

bak po hj dok sibuk nya kalu dia nok beri pun apa hj dok doli nya.. hj kan dah jadi pembangkang,,, mapuh gi la orang umno nok wk gapo pun,,, maso hj dok dalam umno di terey,, banyok sangat ko hj dok wat amalannya?
sendiri mau ingat la abe hj tok lebai kelaroh....

newkk said...

exnavy. masih lagi kecut beruk.

ajaklenga said...

salam

1. kalau rajin bincanglah dengan pok nik untuk tubuhkan badan yang sama dengan amanah raya dan badan tertentu uintuk membantu semua penduduk kelantan dalam hal keluar daripada garis kemiskinan kerana ia lebih banyak membantu daripada mengeluarkan kenyataan sebegini rupa yang takkan menyelesaikan masalah.

2. ada rasa buruk sangka antara kawasan Pekan ( yang diberikan bantuan ) dengan seluruh penduduk kelantan. membantu kanak-kanak/ pelajar dapat pahala walau dimana ia dilakukan. jangan fokus tempat.
3. dari segi politik pekan menjadi pilihan kerana najib ada di sana. macam juga pok nik ada membantu penduduk di kawasannya sebagai tanda take care. sama juga dengan isu lembu dg ahmad badawi dengan lembu korban oleh khalid ibrahim di selangor