Thursday, June 30, 2011

300 jutawan baru keluaran KDN.

usir pulang

Hari ini 30.6.2011 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjemput 300 syarikat yang terpilih bagi menjayakan rancangan 6P iaitu memutihkan pendatang tanpa izan yang berada di Malaysia anggaran lebih daripada 3 juta orang.

Usaha Kerajaan Malaysia bagi melindungi rakyat negara ini berada dalam keadaan ketakutan kerana kebanjiran pendatang tanpa izin dialu-alukan oleh seluruh rakyat, malah rakyat mengucapkan terima kasih diatas usaha gigih KDN bagi memastikan selepas 'rancanagan pemutihan' itu dilaksanakan maka negara Malaysia akan BERSIH daripada kebanjiran pendatang tanpa izin.

Daripada 25 juta lebih rakyat Malaysia, Kerajaan akan berjaya melahirkan seramai sekurang-kurangnya 300 jutawan hasil daripada rancangan pemutihan itu yang mana sudah tentu program tersebut akan memberi peluang kepada syarikat (orang) yang terpilih untuk mengutip wang daripada pendatang tanpa izin yang dipaksa mendaftarkan diri kepada syarikat yang terpilih itu.

Sekiranya satu syarikat yang terpilih itu berjaya mendaftarkan 10,000 orang pendatang tanpa izin yang mana pendatang tersebut diwajibkan membayar wang pendaftaran sebanyak RM35.00 seorang berertinya syarikat tersebut dapat mengutip wang percuma sebanyak RM350 ribu dalam masa selama 14hari.

Manakala dengar kabar peringkat keduanya syarikat yang dipilih oleh KDN berhak mengutip sebanyak RM300.00 seorang daripada pendatang tanpa izin sebagai wang pengurusan yang bererti sekiranya syarikat itu dapat menguruskan seramai 10,000 orang maka wang sebanyak RM3 juta ringgit dapat dikumpulkan, maka Kerajaan Malaysia (KDN) berjaya melahirkan 300 orang jutawan dalam masa 5bulan.

Dan tentunya orang yang mewakili syarikat yang dipilih oleh KDN itu datangnya dari orang UMNO yang mendapat sokongan daripada Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Itulah kelebihan sesiapa yang rapat dengan menteri dan menjadi ahli UMNO, tak payah kerja berat dalam sekelip mata sudah boleh jadi jutawan.

Apa yang diharap oleh rakyat rancangan 6P betul-betul dapat menyelesaikan masaalah kebanjiran pendatang tanpa izin kerana apa yang terdapat dalam kertas rancangan 6P masih lagi banyak kelemahan yang tidak boleh menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin kerana apa yang perlu bukan pemutihan yang patut diutamakan tapi sistem yang dibuat oleh menteri terdahulu telah merosakkan dasar yang telah berjalan dengan baik sebelum daripada ini.

Persoalannya berapa ramai dikalangan pendatang tanpa izin yang diputihkan nanti akan boleh tinggal berkerja disini dan berapa ramai pula yang akan diusir keluar kerana sebenarnya kerajaan sendiri pun tidak tahu berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan di Malaysia hari ini dan kalau tahu pun dengan dasar yang dibuat oleh Hishamuddin Tun Husein yang mahu ikutkan hatinya dan masih mengekalkan SUSK (Setiausaha Sulit Kanan) dipejabatnya maka jawabnya kekurangan tenaga kerja tidak akan boleh diatasi dan hasil pendapatan negara melalui tenaga kerja asing akan berkurangan.

Berharirayalah orang UMNO yang dapat surat jemputan untuk mengurus bagi mengusirkan pendatang tanpa izin dan selepas mereka itu diusir tidak berlakukah ketembusan sempadan yang membolehkan mereka datang kembali?.

4 comments:

Belalang said...

satu usaha yg baik sebenarnya...program 6P nanti akan mempasti semua PATI dapat kita rekodkan mereka dalam bentuk biometrik yg mana cop kesemua 10 jarinya kan diambil dan direkodkan diatas nama dan gambarnya yg sebenar....bagi masa kan datang akan jadi susah lah bagi pendatang ini nak masuk ke Mlaysia dgn nama atau passport yg di'recycle'dan kerajaan akan senanng dan mudah memantau semua pergerakan mereka dalam erti kata lain kerajan dah boleh kawal semua pendatang....penguatkuasaan juga dsini amat penting dan unsur2 rasuah tidak lagi boleh berlaku....

Unknown said...

ade sesape yg tau@list kn nama2 syarikat tu ek?
psl karang ni ramai yg dh sebok dok kutip 300 hengget sorg... hahaa
sian PATI ...hukhukhuk..

LutiNamRon said...

Biometik konon!!!!piiirahhh ....sebelum ini sudah ada sistem biometrik melalui Sistem Imigresen Malaysia (SIM) ? Apa jadi (cuba google dlm tahun 2006 itulah sistem terbaik didunia dapat anugerah dan macam-macam lagi)? Tanayalah itu KSU yg sblm ini pun dialah KP JIM...pastu NERS lah pulak (NERS ini lagi teruk..takdak dgr teknologinya, ulasan dari MIMOS kah MAMPU kah alih-alih mau laksana...ini NERS sdn bhd ni entah dari mana muncul)...apa jaminan ianya tak jadi macam SIM...apa-apa pun ini semua adalah bekalan pencen utk yang kat atas sana.....hahah TERBAEK.....

Anonymous said...

Jangan fitnah mengelirukan kita. Pembangkang dengkikan kroni Umno... satu hari nanti, kalau lah Pembangkang berkuasa.. kroninyer pula akan diutamakan.. itulah pemainan politik kita.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagus tapi masih perlu diperbaiki sana sini.

Biometrics yang gagal pada tahun 2006 janganlah disamakan dgn sekarang. Cerita sebenarnya adalah sangatlah lain. Syarikat yang ditugaskan untuk melaksanakan Sistem Imigration Malaysia tidak dapat melaksanakan apa yang dijanjikan kepada KDN pada waktu itu. (If you can't deliver, don't promise)

Apa-apapun, marilah kita doakan untuk kesejahteraan Malaysia yang tercinta. Amin.