Thursday, June 23, 2011

program pemutihan pekerja asing

Malaysia akan mengambil tanggongjawab sosial untuk mengetahui berapa ramai orang asing yang tidak mempunyai dekumen yang sah berada disini terutamanya rakyat asing yang datang untuk mencari rezeki secara halal dan haram.

Untuk itu kerajaan akan memberi kebenaran kepada syarikat yang berpengalaman bagi mengurus pendaftaran orang asing yang berada di Malaysia secara tidak sah untuk diberi pengesahan mereka itu boleh berada dinegara ini secara sah.

Yang tertarik dalam permainan urusan pemutihan itu kelak adalah dua perkara iaitu pertamanya kita boleh tahu seramai mana orang asing berada disini dan sejak bila lagi dan bagaimana mereka boleh hidup di Malaysia secara haram dan bebas daripada pihak penguatkuasa.

Yang keduanya syarikat siapa yang dikatakan berpengalaman yang akan diberi kebenaran untuk mengurus pendaftaran orang asing yang berada di negara ini tanpa izin dan berapa juta ringgit dapat dipunggut daripada hasil pendaftaran itu.

Selain daripada dua perkara diatas ada lagi persoalan yang sensitif yang akan saya huraikan dalam ceramah saya menjelajah Malaysia menjelang PRU 13 kerana ianya ada hubung kait dengan gejala yang boleh merusakan sistem punggutan wang lavi dan kos kelulusan oleh KDN.

Yang paling jelas apa yang hendak dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam isu pemutihan nanti ialah ketelusan memilih syarikat syarikat yang diberi tanggongjawab mengurus pengambilan data peribadi rakyat asing yang berada disini secara tidak sah.

Siapa sebenarnya yang dapat menafaat apabila projek pemutihan itu bermula pada 11hb. Julai ini. Sistem biometrik akan kekal berfungsi sepertimana yang diharapkan atau pun akan bermasaalah apabila masaalah yang dibuat oleh manusia akan bermula.

Dan bagaimana dengan perogol.pembunuh.peragut yang dilakukan oleh orang asing tidak boleh meloloskan diri dengan pemutihan yang hendak dilaksanakan nanti kerana cara pemberian projek menyiapkan sistem boleh dipertikaikan dan cara tawaran untuk melantik syarikat menguruskan orang asing tanpa izin juga tidak telus dan mencurigakan.

Ramai penyokong BN di The Mall sedang menanti PRU13 untuk mengajar UMNO kerana mereka tahu cara pemberian tawaran kepada syarikat untuk membuat pemutihan adalah pilih kasih.
Published with Blogger-droid v1.6.8

3 comments:

Fariz said...

Salam, saya nak berkongsi sedikit dengan Tuan. Maaf ye, bukan nak berdebat.

Isu yang ingin saya bangkitkan di sini adalah keputusan kabinet untuk membenarkan mereka proses terus di Putrajaya dengan alasan tidak mahu membebankan mereka daripada agen-agen yg dilantik serta menyatakan sebut harga.

Saya berasa amat pelik kerana kerajaan harus tolong kita rakyat Malaysia bukan mereka. Saya rasa mereka tak sedar yang mereka telah kecewakan terlalu ramai orang kali ini. Kenapa?

Agen-agen yg dilantik telah melantik beberapa sub-agen untuk mencari peluang untuk mencari extra income. Mereka ini terdiri daripada bapa-bapa yang ingin mencari duit raya, hantar anak pergi Universiti, Hantar isteri buat perubatan, anak-anak muda yang sedang mulakan hidup, bina keluarga dan melangkah lebih jauh. Dan yang menyedihkan adalah, itu hanya lapisan pertama tidak termasuk anak-anak yg ingin hantar duit di kampung kepada keluarga mereka dan sebagainya.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman kerena saya sendiri adalah sub-agen yg dilantik dan semua yang kecewa di atas adalah di depan mata saya sendiri. Saya percaya sangat ramai lagi yang macam saya. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan sekarang mereka telah hilang kepercayaan saya.

Mereka membuat keputusan berdasarkan 'poket yang penuh' dan tidak turun bawah dan tanya org-org yg susah mcm kami. Yang kena bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa. Puas saya minta tolong kerajaan. Sampai sekarang tak dapat.

Kenapa pemimpin sekarang sangat susah di dekati dan berlapis-lapis secretary mereka tak macam pemimpin dulu. YB sekarang pun pagar rumah dan tinggi-tinggi. Kalau saya ada peluang nescaya saya akan bahasakan mereka.

Program Pemutihan ini adalah agenda mereka untuk pilihanraya sahaja. Untuk biayai kempen mereka. Bagi saya, mereka harus beli hati kami dengan perbuatan, bukan dengan wang ringgit!

Salam sebangsa, seagama.

azydaaaa said...

saya juga x setuju

azzaharul azem said...

saya sangat bersetuju dengan hujah faris di atas. untuk pengetahuan tuan, saya juga ingin coret sepatah dua hujan yang mungkin mengubah persepsi sesiapa yang bersetuju dengan PEMUTIHAN ini.

1) program pemutihan ini memperlihatkan peluang untuk RAKYAT ASING terutamanya Indonesia untuk masuk sesuka hati dlm Malaysia yang saya cintai. kita lihat BERATUS RIBU yang telah didaftarkan. lebih sejuta if i'm not mistaken becoz saya tgk Buletin Utama tv3. tak mustahil angka ini bole mengubah kpd berJUTA2 nnt. jadi, rakyat Malaysia sedikit demi sedikit akan hilang pekerjaan kerana syarikat2 bumiputera lebih suka mengambil pekerja asing.

2) sebenarnya RAMAI lagi rakyat asing yang tak didaftarkan dan masih mendiami di kawasan2 perkampungan. ape yang ingin saya ketengahkan di sini adalah keberkesanan imigresen itu sendiri dan juga polis yang sekadar melepaskan batuk di tangga. isu ini sangat berkaitan.rakyat2 asing INDONESIA ini sudah berani hendak menubuhkan "KOMUNITI INDONESIA" untuk menjaga kepentingan mereka padahal mereka hanya orang yang datang secara HARAM. diibaratkan Kaduk Naik Junjung.apakah ini semua?

untuk kesekian kalinya, saya sangat terkilan dengan keputusan kerajaan melakukan proses PEMUTIHAN ini. yang sangat terasa adalah golongan yang lapisan masyarakat seperti kami. setuju juga dengan isu yang saudara fariz mengenai permintaan yang tidak dilayan oleh kerajaan ketika meminta bantuan. same goes t0 me, i didnt have one message reply by them.

so, bukan bermakna saya tak bersyukur dengan apa yang kerajaan beri. saya seorang pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang akan dibayar balik kpd kerajaan dengan peratus yang ditetapkan. so, perkara pemutihan ini sangat tak relevan. terima kasih.