Wednesday, June 1, 2011

Royalti sedang menanti, Mustapha harus pergi.

kelihatan Apandi Mohamed berlegar diruang menunggu pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan memorandum.

Anak Kelantan Perantuan menuntut ditunaikan janji hak royalti rakyat kelantan (Royalti Kelantan) supaya Kerajaan BN membayar Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Itulah bahasa yang terkandung dalam memorandum seperti yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 31hb, Mei 2011 yang ditandatangi oleh Tuan Haji Apandi Mohamed selaku Pengerusi Royalti Kelantan.

Gerakan bagi mempastikan Kerajaan BN membayar Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan akan berterusan sehingga berjaya setelah Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan Perantuan menuntut ditunai janji hak royalti rakyat Kelantan melalui resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara yang telah termaktub dalam perjanjian.

Mengambil kira ucapan Tun Abdul Rahman Yaacob seperti yang terdapat dalam 'hansard' Dewan Rakyat bertarikh 24hb. November 1974 muka surat 2371 semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum yang mengatakan jadual undang-undang meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf, Rang Undang-Undang itu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan.

Manakala Almarhum Tun Abdul Razak Husein, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 telah menzahirkan bahawa mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai Patroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau diluar perairan negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektor.

Sekiranya sifat kejujuran dan keikhlasan yang ada pada Almarhum Tun Abdul Razak itu dapat diterjemahkan oleh PM Najib dalam soal royalti minyak ini sudah tidak timbul soal tuntutan ini ke mahkamah, tentunya Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerimanya dengan baik sepertimana yang dilakukan di Negeri Trengganu.

Apakah kerana dipaksa oleh pemimpin UMNO Kelantan maka PM Najib membelakang prinsip yang diperjuangkan oleh Almarhum Ayahndanya dan sekiranya itulah yang berlaku maka teramat 'jahatlah' kerana ada rakyat Kelantan sanggup menyekat hasil untuk kemajuan rakyat dan kerajaan negeri kelantan supaya tidak diberi.

Oleh itu sudah sampai masanya seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam di Malaysia ini sama-sama turut berjuang bagi mengembalikan 'hak' dari ditindas oleh sebuah Kerajaan yang telah lama menyekat kemajuan negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Tumbang BN dan bertukar Kerajaan di PUTRAJAYA pada PRU 13 nanti maka amanlah rakyat Negeri Kelantan dan seluruh umat Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

kah...kah...kahj....saman...jgn tak saman....