Sunday, June 12, 2011

UMNO Bahagian Tanah Merah digantung?

Berapa ribu tiket pertandingan akhir piala FA antara Kelantan dengan Trengganu yang diberi kepada peminat bolasepak daripada UMNO Bahagian Tanah Merah, dan berapa jumlah wang dibelanjakan untuk urusan pengakutan. Tapi UMNO Bahagiaan Tanah Merah masih lagi berada dalam keadaan tenat.

Walau pun terdapat ada ahli-ahli UMNO yang digantung kerana tidak menjadi pak turut kepada pemimpin UMNO di Ibu Pejabat, tapi sehingga hari ini UMNO Bahagian Tanah Merah masih bergelut dengan krisis, terbaru berhubung dengan kesahihan keujudan cawangan-cawangan UMNO di Bahagian tersebut.

Sudah begitu lama isu ini menjadi penghalang kepada kestabilan politik UMNO Bahagian Tanah Merah tapi ianya tidak diselesaikan sehingga hari ini, yang menyebabkan akan berlaku kegagalan UMNO Bahagian Tanah Merah mengadakan Persidangn Perwakilan Bahagian yang dijangka akan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Dato' Zaid Hamidi.

Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah kabarnya telah menfailkan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan supaya 'membatalkan' pendaftaran UMNO Bahagian Tanah Merah kerana keujudan cawangan-cawangan didalam Bahagian Tanah Merah adalah tidak sah dari segi undang-undang pertubuhan.

Sekiranya apa yang didengar itu benar, maka terbuktilah bahawa tidak ada usaha dan kemampuan dikalangan pemimpin UMNO Kelantan dan Ibu Pejabat UMNO Malaysia untuk menyelesai masalah yang telah lama berlarutan dan rakyat akan dapat menilai kemampuan UMNO sekarang untuk mentadbir. Adalah sudah sampai masanya rakyat menolak UMNO kerana hendak selesai masaalah dalam satu Bahagian pun sudah tidak mampu.

Jelas, Mustapha Mohamed adalah seorang pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan masaalah parti, sebab itulah mejoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kelantan bersunggut bahawa Mustapha Mohamed bukannya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Jeli.

Berjayakah UMNO Bahagian Tanah Merah mengadakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian pada minggu depan dan apa tindakan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan berhubung dengan lapuran yang telah dibuat oleh bekas ahli UMNO Bahagian tersebut. Dan mereka itu mahu Majlis Tertinggi mengambil alih pentadbiran UMNO Bahagian Tanah Merah kerana tidak percaya kepada kepimpinan Ikhmal Hisham yang menjadi kroni politik Mustapha Mohamed.

No comments: