Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Mat Zain Ibrahim kini menulis surat terbuka lagi, kali ini dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkaitan penal Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM kerana membebaskan Peguan Negara Abdul Gani Patail daripada sebarang salahlaku ketika menunaikan ibadat haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.
Mat Zain berkata, tindakan melepaskan Gani Patail itu membuat rakyat merasa bosan dengan SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan Peguan Negara dari didakwa. Surat terbuka Mat Zain itu agak pedas dan boleh mempengaruhi rakyat untuk mempertikaikan keboleh kepercayaan rakyat terhadap SPRM.
Mat Zain Ibrahim sebelum daripada ini telah menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara berhubung 'kes mata lebam' Anwar Ibrahim. Secara terperinci Mat Zain mengemukakan sejarah penahanan dan penyiasatan pihak polis terhadap Anwar Ibrahim. Jelas dari surat Mat Zain itu berlaku perkara yang tidak baik terhadap Anwar Ibrahim terutamanya lapuran beliau yang pada ketika itu ditugaskan untuk mengambil pernyataan dan penyiasatan.
Walau pun Mat Zain sudah berusaha untuk menceritakan apa yang berlaku dimasa beliau menjadi Pegawai Penyiasat kes 'mata lebam' Anwar ibrahim melalui pendedahan dan surat terbuka tapi tidak ada tindakan susulan daripada pihak polis. Ertinya pihak polis terus membisu.
Apakah yang Mat Zain cerita itu tidak benar, dan sekiranya tidak benar mengapa pula pihak polis berdiam diri dengan tidak mengambil tindakan apa-apa sedangkan yang Mat Zain tulis itu boleh menjejaskan nama baik Pasukan Polis D'Raja Malaysia. Atau apa yang Mat Zain tulis itu benar-benar berlaku dan sekiranya benar mengapa pula tidak diadakan penyiasatan terhadap dakwaan Mat Zain itu.
Rakyat tertanya-tanya, kenapa Mat Zain begitu berani mendedahkan segala peristiwa yang melibatkan kerakusan dipihak yang mahu melihat Anwar Ibrahim dipenjarakan sedangkan Anwar Ibrahim telah lama dihumbang ke penjara. Jawabnya mungkin Mat Zain mahu menegakkan kebenaran oleh itulah Mat Zain tidak takut untuk bercerita benar.
Ramai orang percaya cerita yang ditulis oleh Mat Zain itu melalui surat terbuka kerana sekiranya cerita Mat Zain itu tidak benar dan fitnah sudah tentu Mat Zain telah ditahan dan dituduh membuat cerita palsu.
Orang ramai sedang menunggu apa komen pihak polis terhadap tulisan Mat Zain berhubung dengan tindakan polis terhadap Anwar Ibrahim dalam kes 'mata lebam' dulu. Dan apa pula tindakan Gani Patail terhadap Mat Zain yang secara terang-terang mengaitkan namanya.
No comments:
Post a Comment