PM Najib telah bersuara bahawa himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9.7.2011 ini kerana pihak pembangkang takut momentum sokongan rakyat terhadap pembangkang 2008 telah berubah dengan menyokong BN seperti dalam pilihanraya kecil yang lalu.
Sejak BERSIH 2.0 menetapkan tarikh untuk diadakan himpunan pada 9.7.2011 berbagai-bagai pihak telah membuat lapuran polis supaya pihak Kerajaan tidak membenarkan himpunan itu diadakan kerana takut negara jadi huruhara.
Dalam waktu lapuran polis dibuat supaya tidak dibenarkan pihak BERSIH mengadakan perhimpunan yang peleknya mereka yang mebuat lapuran polis itulah mengadakan perhimpunan sebelum membuat lapuran polis. BERSIH nak buat perhimpunan dikatakan perhimpunan haram tapi yang hendak menyekat perhimpunan BERSIH itu buat perhimpunan tak jadi hal.
Yang dok menjerit supaya kerajaan mengambil tidakan terhadap penganjur adalah mereka mereka itu juga dok himpun melayu supaya tunjuk perasaaan apabila ada isu yang mereka tak puas hati. Sudah jelas dalam hal ini nampak benar Melayu tipu Melayu.
Saranan saya kepada Kerajaan dan PM Najib kerana PM Najib pun sudah bercakap bahawa sekarang ini momentum rakyat sudah berpihak kepada BN, jadi adalah masa yang paling sesuai PM Najib buat pengumuman selesai saja sidang parlimen pada 28hb. June ini buburkan Parlimen dan istiharkan tarikh Pilihanraya UMUM ke 13.
Tarikh yang paling elok, PM Najib hendaklah memberitahu kepada SPR supaya tarikh penamaan calun hendaklah diadakan pada 9.7.2011 kerana apabila tarikh itu adalah tarikh penamaan calun maka dengan sendirinya himpunan BERSIH akan dibatalkan kerana ramai yang berjanji akan hadir adalah terdiri daripada calun-calun parti pembangkang, pemuda UMNO dan PERKASA yang berminat nak jadi calun tentunya tidak akan mengikuti himpunan BERSIH dan saya percaya perhimpunan bersih pada tarikh tersebut akan gagal.
Jadi pihak polis tidak payah bersusah nak tangkap orang, tak payah bersusah nak atur anggota bagi menghadapi orangramai, tak payah pakai kereta perisai dan tak payah sembuir air asid, rakyat pun tak akan marah kepada Kerajaan dan kerja Hishamuddin Tun Husein pun akan senang sebagai Menteri Dalam Negeri tak payah guna I.S.A bagi menghadapi kebangkitan rakyat.
Kan dalam PRU setiap parti mahu menang. PM Najib dah nampak konfiden bahawa BN boleh dapat mejoriti, apa tunggu lagi, buat jehlah pilihanraya. Tapi harus diingat mengadakan pilihanraya umum adalah seperti mengadakan pertaruhan kerana PRU 13 ini adalah jalan terakhir untuk BN mempertahankan PM Najib sebagai Perdana Menteri.
Hitung dan hisaplah baik-baik kerana rakyat sebenarnya sedang menunggu tarikh pembubaran parlimen, jawapan parti mana yang mereka mahu pangkah sudah ditanam dalam jiwa dan sanubari, menteri mana mereka mahu lanyak, ahli parlimen mana mereka mahu humban dan negeri mana mereka mahu ambil. Semuanya sudah berada ditangan rakyat, kuasa Perdana Menteri, Kuasa Menteri, Kuasa Menteri Besar dan Exco serta Kuasa Wakil Rakyat sudah hampir berakhir.
Kini kuasa sedang berada ditangan rakyat, kuasa mereka diatas sedang berada dijari rakyat dan PRU 13 nanti dapatlah kita saksikan siapakah yang akan hanyut dan menangis tak berlagu. sekiranya Pakatan Rakyat menang menteri mana yang akan terjun laut Dalam PRU 13 nanti yang pastinya 'Melayu tipu Melayu'.
No comments:
Post a Comment