Thursday, June 30, 2011

300 jutawan baru keluaran KDN.

usir pulang

Hari ini 30.6.2011 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjemput 300 syarikat yang terpilih bagi menjayakan rancangan 6P iaitu memutihkan pendatang tanpa izan yang berada di Malaysia anggaran lebih daripada 3 juta orang.

Usaha Kerajaan Malaysia bagi melindungi rakyat negara ini berada dalam keadaan ketakutan kerana kebanjiran pendatang tanpa izin dialu-alukan oleh seluruh rakyat, malah rakyat mengucapkan terima kasih diatas usaha gigih KDN bagi memastikan selepas 'rancanagan pemutihan' itu dilaksanakan maka negara Malaysia akan BERSIH daripada kebanjiran pendatang tanpa izin.

Daripada 25 juta lebih rakyat Malaysia, Kerajaan akan berjaya melahirkan seramai sekurang-kurangnya 300 jutawan hasil daripada rancangan pemutihan itu yang mana sudah tentu program tersebut akan memberi peluang kepada syarikat (orang) yang terpilih untuk mengutip wang daripada pendatang tanpa izin yang dipaksa mendaftarkan diri kepada syarikat yang terpilih itu.

Sekiranya satu syarikat yang terpilih itu berjaya mendaftarkan 10,000 orang pendatang tanpa izin yang mana pendatang tersebut diwajibkan membayar wang pendaftaran sebanyak RM35.00 seorang berertinya syarikat tersebut dapat mengutip wang percuma sebanyak RM350 ribu dalam masa selama 14hari.

Manakala dengar kabar peringkat keduanya syarikat yang dipilih oleh KDN berhak mengutip sebanyak RM300.00 seorang daripada pendatang tanpa izin sebagai wang pengurusan yang bererti sekiranya syarikat itu dapat menguruskan seramai 10,000 orang maka wang sebanyak RM3 juta ringgit dapat dikumpulkan, maka Kerajaan Malaysia (KDN) berjaya melahirkan 300 orang jutawan dalam masa 5bulan.

Dan tentunya orang yang mewakili syarikat yang dipilih oleh KDN itu datangnya dari orang UMNO yang mendapat sokongan daripada Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Itulah kelebihan sesiapa yang rapat dengan menteri dan menjadi ahli UMNO, tak payah kerja berat dalam sekelip mata sudah boleh jadi jutawan.

Apa yang diharap oleh rakyat rancangan 6P betul-betul dapat menyelesaikan masaalah kebanjiran pendatang tanpa izin kerana apa yang terdapat dalam kertas rancangan 6P masih lagi banyak kelemahan yang tidak boleh menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin kerana apa yang perlu bukan pemutihan yang patut diutamakan tapi sistem yang dibuat oleh menteri terdahulu telah merosakkan dasar yang telah berjalan dengan baik sebelum daripada ini.

Persoalannya berapa ramai dikalangan pendatang tanpa izin yang diputihkan nanti akan boleh tinggal berkerja disini dan berapa ramai pula yang akan diusir keluar kerana sebenarnya kerajaan sendiri pun tidak tahu berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan di Malaysia hari ini dan kalau tahu pun dengan dasar yang dibuat oleh Hishamuddin Tun Husein yang mahu ikutkan hatinya dan masih mengekalkan SUSK (Setiausaha Sulit Kanan) dipejabatnya maka jawabnya kekurangan tenaga kerja tidak akan boleh diatasi dan hasil pendapatan negara melalui tenaga kerja asing akan berkurangan.

Berharirayalah orang UMNO yang dapat surat jemputan untuk mengurus bagi mengusirkan pendatang tanpa izin dan selepas mereka itu diusir tidak berlakukah ketembusan sempadan yang membolehkan mereka datang kembali?.

Wednesday, June 29, 2011

PERKASA, BERSAMA, KITA bertanding PRU 13.

gambar ibrahim ali bersama yusof merah. 'pejuang melayu'.

Mungkinkah pada pilihanraya umum ke 13 nanti PERKASA akan bertanding disemua kerusi yang mejoritinya pengundi Melayu. Memerhati kepada kelajuan PERKASA mengambil bahagian untuk turut berhimpun pada 9.7.2011 bersama BERSIH 2.0 seperti ada 'signal' daripada PERKASA untuk menunjuk kekuatan kepada kerajaan.

Saya memerhati bahawa Presiden PERKASA YB. Dato' Ibrahim Ali mempunyai kekuatan untuk menghimpun orang-orang melayu supaya turun kejalanan bagi turut serta berpesta bersama Ambiga pada 9.7.2011 yang mana sudah beribu-ribu lapuran polis telah dibuat supaya perhimpunan itu disekat oleh kerajaan termasuklah lapuran polis yang dibuat oleh PERKASA.

Saya tidak berhajat untuk mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 tapi ingin saya memuatkan berita berhubung parti-parti yang akan bertanding pada PRU 13 ini. Kepada saya walaupun PERKASA tidak didaftar sebagai sebuah parti politik tapi akan menjadi kenyataan ahli-ahli PERKASA akan turut bertanding sekiranya Presiden mereka tidak diberi tempat untuk bertanding atas tiket BN pada PRU 13 ini.

Ahli-ahli PERKASA tentunya merasa kecewa sekiranya pengerbonan 'bos' mereka yang mempertahankan kerajaan dan BN serta UMNO tidak diambil kira dan diberi tempat untuk bertanding atas lambang dacing kerana untuk mewakili UMNO tentunya tidak boleh disebabkan Dato' Ibrahim Ali telah dipecat keahlian UMNO seumur hidup.

Jadi Dato' Ibrahim hanya ada satu saja talihayat untuk bertanding atas parti kerajaaan iaitu melalui BN, sekiranya talihayat itu tidak menjadi sudah pasti beliau akan bertanding atas tiket bebas yang disokong dan didokong oleh ahli-ahli PERKASA sepertimana yang diwar-warkan di Pasir Mas minggu lalu dalam ceramah bersama Zulkepli Nordin.

Sekiranya itu terjadi maka pilihanraya umum ke 13 ini akan menyaksikan parti dari BN, PAS, PKR, DAP dan lain-lain serta parti KITA dan parti BERSAMA akan turut serta manakala ahli PERKASA akan bertanding diatas tiket bebas bersatu. Seluruh rakyat malaysia sedang menunggu lambang apakah Dato' Ibrahim Ali akan bertanding dalam PRU nanti.

Apakah Dato' Ibrahim Ali akan memecah rekod dunia sebagai seorang ahli politik yang serba boleh mewakili rakyat di parlimen kerana dalam usia politik beliau sudah tiga parti besar di malaysia pernah beliau mewakilinya didalam parlimen.

Dato' Ibrahim Ali pernah jadi ahli parlimen parti semangat 46 (1990), senator UMNO (1998) dan ahli parlimen PAS (2008) kini sebagai ahli parlimen bebas yang mengepalai PERKASA yang memerlukan sentuhan PM Najib bagi membolehkan beliau bergantung kepada UMNO.

Tuesday, June 28, 2011

Selamat berangkat Tok Guru.

Dalam gambar kelihatan penulis bersama YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan akan berangkat ke Mekkah pagi ini bagi menunaikan Umrah melalui Negara Uzbekistan bersama rombongannya termasuk YB. Ustaz Nasaruddin Daud, Spekar dan Mohd Amar Nik Abdullah Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Monday, June 27, 2011

Melayu tipu Melayu?


PM Najib telah bersuara bahawa himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9.7.2011 ini kerana pihak pembangkang takut momentum sokongan rakyat terhadap pembangkang 2008 telah berubah dengan menyokong BN seperti dalam pilihanraya kecil yang lalu.

Sejak BERSIH 2.0 menetapkan tarikh untuk diadakan himpunan pada 9.7.2011 berbagai-bagai pihak telah membuat lapuran polis supaya pihak Kerajaan tidak membenarkan himpunan itu diadakan kerana takut negara jadi huruhara.

Dalam waktu lapuran polis dibuat supaya tidak dibenarkan pihak BERSIH mengadakan perhimpunan yang peleknya mereka yang mebuat lapuran polis itulah mengadakan perhimpunan sebelum membuat lapuran polis. BERSIH nak buat perhimpunan dikatakan perhimpunan haram tapi yang hendak menyekat perhimpunan BERSIH itu buat perhimpunan tak jadi hal.

Yang dok menjerit supaya kerajaan mengambil tidakan terhadap penganjur adalah mereka mereka itu juga dok himpun melayu supaya tunjuk perasaaan apabila ada isu yang mereka tak puas hati. Sudah jelas dalam hal ini nampak benar Melayu tipu Melayu.

Saranan saya kepada Kerajaan dan PM Najib kerana PM Najib pun sudah bercakap bahawa sekarang ini momentum rakyat sudah berpihak kepada BN, jadi adalah masa yang paling sesuai PM Najib buat pengumuman selesai saja sidang parlimen pada 28hb. June ini buburkan Parlimen dan istiharkan tarikh Pilihanraya UMUM ke 13.

Tarikh yang paling elok, PM Najib hendaklah memberitahu kepada SPR supaya tarikh penamaan calun hendaklah diadakan pada 9.7.2011 kerana apabila tarikh itu adalah tarikh penamaan calun maka dengan sendirinya himpunan BERSIH akan dibatalkan kerana ramai yang berjanji akan hadir adalah terdiri daripada calun-calun parti pembangkang, pemuda UMNO dan PERKASA yang berminat nak jadi calun tentunya tidak akan mengikuti himpunan BERSIH dan saya percaya perhimpunan bersih pada tarikh tersebut akan gagal.

Jadi pihak polis tidak payah bersusah nak tangkap orang, tak payah bersusah nak atur anggota bagi menghadapi orangramai, tak payah pakai kereta perisai dan tak payah sembuir air asid, rakyat pun tak akan marah kepada Kerajaan dan kerja Hishamuddin Tun Husein pun akan senang sebagai Menteri Dalam Negeri tak payah guna I.S.A bagi menghadapi kebangkitan rakyat.

Kan dalam PRU setiap parti mahu menang. PM Najib dah nampak konfiden bahawa BN boleh dapat mejoriti, apa tunggu lagi, buat jehlah pilihanraya. Tapi harus diingat mengadakan pilihanraya umum adalah seperti mengadakan pertaruhan kerana PRU 13 ini adalah jalan terakhir untuk BN mempertahankan PM Najib sebagai Perdana Menteri.

Hitung dan hisaplah baik-baik kerana rakyat sebenarnya sedang menunggu tarikh pembubaran parlimen, jawapan parti mana yang mereka mahu pangkah sudah ditanam dalam jiwa dan sanubari, menteri mana mereka mahu lanyak, ahli parlimen mana mereka mahu humban dan negeri mana mereka mahu ambil. Semuanya sudah berada ditangan rakyat, kuasa Perdana Menteri, Kuasa Menteri, Kuasa Menteri Besar dan Exco serta Kuasa Wakil Rakyat sudah hampir berakhir.

Kini kuasa sedang berada ditangan rakyat, kuasa mereka diatas sedang berada dijari rakyat dan PRU 13 nanti dapatlah kita saksikan siapakah yang akan hanyut dan menangis tak berlagu. sekiranya Pakatan Rakyat menang menteri mana yang akan terjun laut Dalam PRU 13 nanti yang pastinya 'Melayu tipu Melayu'.

Sunday, June 26, 2011

It'About Being MALAY.

Mereka juga perlu diberi perhatian.Tarbiah dan dakwah menuju ke akhirat adalah tuntutan yang perlu dipentingkan. MELAYU saja tidak cukup. ISLAM wajib dipertahankan dengan tindakan bukannya kata kata.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, June 25, 2011

roda (tayar)

Apabila saya bertemu dengan rakan-rakan yang sudah bersara (pencen) semuanya berbahasa lemahlembut, berjalan pijak semut pun tak mati. Sunggoh berlainan cara dan hagasnya semasa menjawat jawatan yang berpangkat semasa bertugas.

Terutamanya mereka yang semasa tugasnya ada kuasa. Oh 'hagas sungguh' minta tolong dijebeh, kadang kadang tipu kita apabila tak mahu jumpa, ada dalam pejabat tapi suruh setiausaha kata tak ada, dosa pelawak dipermain dan dipersendakan.

Tak kira siapa,.yang hari ini ada kuasa tentu ada harinya hilang kuasa. Hari ini berpangkat esuk belum tahu. sama ada menteri, ksn, polis, atau siapa saja yang pasti satu hari kamu akan hilang kuasa.

Kalau mereka itu tidak buat baik semasa ada kuasa, besuk orang akan pandang mereka itu seperti tayar buruk tempat budak buat 'jamban' kencing dan berak' dan apabila rakyat tahu perangainya 'mulut manis jubur masam' mereka itu tidak diterima oleh masyarakat sepertilah 'anjing buruk kepala'.

Pengajaran yang harus direnung tentang kehidupan kita lihatlah gambar roda dan tayar yang tidak selalu diatas. Hari ini Allah beri kuasa mungkin esok hilang entah kemana terutama kepada pasukan polis d'raja malaysia, layanlah oranga dengan cara berhemah sesuai dengan slogannya.

Pengalaman mengajar kita. Jangan amalkan sayang bertompok.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 23, 2011

UMNO to PAS

Pak Teh (Saari bin Salleh) adalah bekas Ketua Cawangan UMNO dan bekas Penyelia Pembangunan Mukim UMNO telah keluar UMNO. Beliau adalah ahli UMNO yang berjuang sejak lama dulu dan telah menyertai Pakatan Rakyat mengalahkan calun BN iaitu Tan Sri Anuar Musa pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Beliau akan bersama ahli ahli PAS akan menentukan UMNO akan terus kalah di KETEREH dalam Pilihanraya ke 13 kelak. UMNO tumPAS PRU 13.
Published with Blogger-droid v1.6.8

program pemutihan pekerja asing

Malaysia akan mengambil tanggongjawab sosial untuk mengetahui berapa ramai orang asing yang tidak mempunyai dekumen yang sah berada disini terutamanya rakyat asing yang datang untuk mencari rezeki secara halal dan haram.

Untuk itu kerajaan akan memberi kebenaran kepada syarikat yang berpengalaman bagi mengurus pendaftaran orang asing yang berada di Malaysia secara tidak sah untuk diberi pengesahan mereka itu boleh berada dinegara ini secara sah.

Yang tertarik dalam permainan urusan pemutihan itu kelak adalah dua perkara iaitu pertamanya kita boleh tahu seramai mana orang asing berada disini dan sejak bila lagi dan bagaimana mereka boleh hidup di Malaysia secara haram dan bebas daripada pihak penguatkuasa.

Yang keduanya syarikat siapa yang dikatakan berpengalaman yang akan diberi kebenaran untuk mengurus pendaftaran orang asing yang berada di negara ini tanpa izin dan berapa juta ringgit dapat dipunggut daripada hasil pendaftaran itu.

Selain daripada dua perkara diatas ada lagi persoalan yang sensitif yang akan saya huraikan dalam ceramah saya menjelajah Malaysia menjelang PRU 13 kerana ianya ada hubung kait dengan gejala yang boleh merusakan sistem punggutan wang lavi dan kos kelulusan oleh KDN.

Yang paling jelas apa yang hendak dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam isu pemutihan nanti ialah ketelusan memilih syarikat syarikat yang diberi tanggongjawab mengurus pengambilan data peribadi rakyat asing yang berada disini secara tidak sah.

Siapa sebenarnya yang dapat menafaat apabila projek pemutihan itu bermula pada 11hb. Julai ini. Sistem biometrik akan kekal berfungsi sepertimana yang diharapkan atau pun akan bermasaalah apabila masaalah yang dibuat oleh manusia akan bermula.

Dan bagaimana dengan perogol.pembunuh.peragut yang dilakukan oleh orang asing tidak boleh meloloskan diri dengan pemutihan yang hendak dilaksanakan nanti kerana cara pemberian projek menyiapkan sistem boleh dipertikaikan dan cara tawaran untuk melantik syarikat menguruskan orang asing tanpa izin juga tidak telus dan mencurigakan.

Ramai penyokong BN di The Mall sedang menanti PRU13 untuk mengajar UMNO kerana mereka tahu cara pemberian tawaran kepada syarikat untuk membuat pemutihan adalah pilih kasih.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, June 21, 2011

Genarasi Jalan Tok Semian

Hari ini saya bersama YB. Dato' Cikgu Wan Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu dan MPKB BRI bersama orang ramai turun ke Jalan Tok Semian Kota Bharu meninjau dan bergotong royong membersih longkang tersumbat.

Saya berminat kerana nama Jalan Tok Semian adalah sebuah nama yang tak asing kepada genarasi muda pada tahun tujuh puluhan dulu yang berdekatan dengar pasar kubang pasu.

Disitu pada zaman lalu ada banyak kedai kopi yang menjadi tempat berhimpun anak anak muda dan saya juga sering berada disitu. Itulah sebabnya apabila rakan FB Abdullah Norizan melahirkan pengalaman beliau semasa berada disitu dan memaklumkan terdapat longkang tersumbat dan malamnya beliau tak dapat tidur kerana digigit nyamok saya lantas memaklumkan kepada YB. Dato' Cikgu Wan Rahim.

Ekoran prihatin Ahli Parlimen PAS Kota Bharu itu maka hari ini satu perhatian telah dapat diberi terhadap Jalan Tok Semian dengan harapan genarasi akan datang dapat menafaat diatas keperihatian Kerajaan dibawah Pimpinan Tok Guru Nik Aziz dan wakil rakyatnya.

Harapan rakyat disitu semuga MPKB BRI tidak hanya 'gah' pada nama tapi pelaksanaan sebagai sebuah agensi Kerajaan yang benar benar dapat melaksanakan kehendak kerajaan sebagai Kerajaan Berkebajikan.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, June 20, 2011

Dia mengaku tipu ulama.


Zulkepli Nordin mengikut berita yang disiar dalam UM hari ini bahawa beliau mengaku menipu Ulama tersohor dunia Yusof Qardawi. Dan hari ini jelajah seluruh negara meminta orang ramai jangan mempercayai Anwar Ibrahim.

Adalah terlalu jahil bagi rakyat mahu mendengar cerita Zulkepli Nordin kerana beliau sendiri mangaku bahawa ulama pun sanggup beliau menipu. Manusia yang tak lekat 'unjat' seperti beliau boleh disamakan dengan pampes iaitu pakai buang ertinya dengar boleh percaya jangan.

Kita mahu melihat apakah rakyat di Kulim percaya cerita Zulkepli itu. Jawapan akan kita lihat pada PRU 13 ini. Sekiranya beliau tidak berbohong pasti beliau akan bertanding dalam pilihanraya kelak dan sekiranya rakyat Kulim percaya tentunya beliau akan menang.

Disitulah garis akhir untuk hayat politik Zulkepli. Berarak kehulu kehilir menjual diri dengan memburuk buruk Anwar Ibrahim tapi tidak merasa malu masih mengekalkan jawatan wakil rakyat yang dimenangi atas tiket PKR yang mana Ketua Umumnya Anwar Ibrahim.

Tak apalah. Berilah peluang kepada beliau kerana sekiranya beliau tidak ada huruf YB didepan maka tak ada siap nak dengar cerita beliau menipu ulama yang dibawanya sekarang. Sekurang-kurangnya boleh rakyat nilai siapa Zulkepli Nordin sebenarnya.

Bercakap pasal ugama seperti tak pernah berkenalan dengan perempuan tapi kini tuhan tunjukkan bahawa maruahnya sendiri rela dijatuhkan hanya semata-mata nak suruh rakyat percaya cakapnya. Rakyat mana nak percaya apabila tuan hak sendiri bercakap berbelit belit.

Selepas ini siapa lagi orang yang Zulkepli mengaku ditipu oleh beliau. Mungkin Ketua Pengarang Surat Kabar SIASAH Mohd Sayuti Omar (MSO) adalah antara orangnya.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, June 18, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 16, 2011

Tindakan Imigresen Johor itu betul.

Dato' Alias Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bersama Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Apa besar sangatnya isu 'ketuk ketampi' yang diarahkan oleh Pegawai Imigresen terhadap dua orang perempuan Cina Singapura ketika ditahan kerana telah terbukti perempuan itu telah mencerobah negara kerana tidak ada dekumen yang sah. Sehingga Menteri terpaksa bercakap.

Berita seolah-olah Pegawai Imigresen tidak berlaku adil terhadap dua orang perempuan Cina itu tersiar dan tersebar menyebabkan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad membuat kenyataan bahawa prosedur penangkapan dan penahanan itu dilaksanakan dengan betul dan mengikut undang-undang Malaysia. Tahniah Dato' Ketua Pengarah kerana cepat mempertahankan anakbuah.

Manakala Menteri Keselamatan Dalam Negeri iaitu Hishamuddin Tun Husein pula berjanji akan membuat penyiasatan terperinci berhubung lapuran akhbar mengenai dua orang wanita Singapura yag mendakwa mereka dibogelkan dan diarahkan melakukan ketuk ketampi ketika ditahan jabatan Imigresen minggu lalu.

Tindakan Pegawai Imigresen tersebut betul apabila mengarahkan warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dakumen yang sah dan mencurigakan terutamanya perempuan diminta berbogel membuat ketuk ketampi sekarang ini bagi mempastikan 'pengedaran dadah" melalui jalan darat dapat diintip.

Kita tak usaha cerita panjang, apakah resionalnya dengan diminta berbogel dan membuat ketuk ketampi kerana kita dapat mengetahui cara penyeludupan dilakukan melalui media, apa yang kita perlu bincang, cara isu itu menjadi perhatian, sama ada oleh media dan menteri sedangkan perkara sebegitu telah berlaku dizaman jahiliyah lagi.

Cara isu tersebut dibangkitkan boleh melemahkan kegharihan para pegawai Imigresen untuk memberi perkhidmatan terbaik terutamanya bagi menjaga pintu masuk supaya tidak bolos oleh mereka yang masuk tidak megikut peraturan dan membawa masuk barang haram seperti melarikan cukai dan dadah.

Menteri sepatutnya terus mempertahankan 'kebagusan' para pegawai Imigresen kerana dapat bertindak bagi menghalang pintu masuk diloloskan dan membuat pemereksaan dengan rapi walaupun menelanjangkan pesalah sama ada lelaki ataupun perempuan, Cina, Melayu ataupun India.

Apakah isu tersebut menjadi besar dan dapat perhatian kerana pesalah itu perempuan Cina dan Rakyat Singapura? walaupun telah terbukti kesalahannya memasuki negara kita secara haram. Dan tidak pernah berlakukah cara yang sama dibuat oleh pegawai penguatkuasa Malaysia bagi membuat penyiasatan terhadap pesalah. Tentunya ada bukan?.

Kesimpulannya, tak usahlah hirau soal dua orang perempuan Cina yang disuruh ketuk ketampi itu, mereka tak mahu datang ke Malaysia seumor hidup pun tak rugi, yang perlu diberi perhatian oleh KDN dan Jabatan Imigresen ialah terhadap pegawai-pegawai Imigresen yang lupa diri dan mengunakan kuasa dengan 'mengherdek' anak perempuan saya yang sedang menerima rawatan.

Tuesday, June 14, 2011

UMNO for nothing.

PRU13. Hijau menguasai 2/3.


Sejak Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang menambah wadah perjuangan PAS kearah Negara Berkebajikan semasa memberi ucapan dasar dalam Muktamar PAS yang baru lalu. Maka juak-juak UMNO pun bersuara supaya PAS gugurkan nama Islam dari partinya.

Ini buka pertama kali pemimpin-pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti UMNO mahu PAS mengugurkan nama Islam pada partinya, ia pernah ditimbulkan buat kali terakhir selepas pilihanraya 1999 dulu. Tegas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam facebooknya petang tadi.

Yang peliknya UMNO sendiri masih mengunakan bahasa Inggeris dalam menjenamakan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu. Cakap pasal Melayu tapi nak sebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu pun tak mahu dan masih berselindung disebalik nama bahasa Inggeris iaitu United Malays Nasional Organisation (UMNO).

Semuanya itu adalah kerana takut, cakap orang yang tak ada fokus dalam perjuangan, cakap nak mengampu kerana berbahas mengenai nama sesebuah parti di Malaysia ini tidak dapat mengubah minda rakyat yang cerdik. Nama PAS sudah lama ujud.

Sekiranya orang UMNO tidak mahu nama Islam digunakan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, senang saja, minta kerajaan BN melalui Suruhanjaya Piliharaya supaya menetapkan bahawa PRU 13 hanya dua parti kompenan saja yang layak bertanding iaitu BN dan PR selain dari calun bebas dan pendaftar pertubuhan hendaklah meluluskan permohonan yang diminta oleh PAS, PKR dan DAP untuk menggunkan lambang PR, habis cerita dan nama Islam boleh dihapuskan.

Itulah semolek-moleknya untuk mengelak nama Islam diguna pakai dalam poster pilihanraya sekiranya orang UMNO takut sangat kepada nama Islam yang dipelopori oleh parti PAS. Jadi nama UMNO untuk melayu pun tak ada dan nama PAS untuk Islam pun tak ada.

Yang akan tinggal diperkatakan oleh pengundi ialah:

PAS FOR ALL
UMNO FOR NOTHING

Monday, June 13, 2011

Berita baik untuk tumbangkan BN.

Apakah sudah tidak ada MELAYU lain yang layak dilantik sebagai KSN?


Berita baik untuk 'kakitangan awam' terutamanya KSU disemua Kementerian yang usianya hampir tamat dalam perkhidmatan. Adalah dimaklumkan dalam tempoh 2tahun yang akan datang, semua Ketua Setiausaha Kementerian tidak akan diberi peluang untun dilantik sebagai 'Ketua Setiausaha Negara' kecualilah Kerajaan BN sudah tidak berkuasa lagi di Malaysia ini.

Sekiranya BN masih berkuasa, besar kemungkinan jawatan Ketua Setiausaha Negara akan ditamatkan perkhidmatan apabila umur sudah mencecah 99tahun.

Berita ini ditulis bukan rakyat tak suka kepada KSN tapi cara Kerajaan menyekat peluang kenaikan pangkat penjawat awam yang lain yang juga mempunyai kebolehan mentadbir. Apakah sudah tidak ada MELAYU lain yang layak untuk diberi tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara?.

Sunday, June 12, 2011

UMNO Bahagian Tanah Merah digantung?

Berapa ribu tiket pertandingan akhir piala FA antara Kelantan dengan Trengganu yang diberi kepada peminat bolasepak daripada UMNO Bahagian Tanah Merah, dan berapa jumlah wang dibelanjakan untuk urusan pengakutan. Tapi UMNO Bahagiaan Tanah Merah masih lagi berada dalam keadaan tenat.

Walau pun terdapat ada ahli-ahli UMNO yang digantung kerana tidak menjadi pak turut kepada pemimpin UMNO di Ibu Pejabat, tapi sehingga hari ini UMNO Bahagian Tanah Merah masih bergelut dengan krisis, terbaru berhubung dengan kesahihan keujudan cawangan-cawangan UMNO di Bahagian tersebut.

Sudah begitu lama isu ini menjadi penghalang kepada kestabilan politik UMNO Bahagian Tanah Merah tapi ianya tidak diselesaikan sehingga hari ini, yang menyebabkan akan berlaku kegagalan UMNO Bahagian Tanah Merah mengadakan Persidangn Perwakilan Bahagian yang dijangka akan dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Dato' Zaid Hamidi.

Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah kabarnya telah menfailkan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan supaya 'membatalkan' pendaftaran UMNO Bahagian Tanah Merah kerana keujudan cawangan-cawangan didalam Bahagian Tanah Merah adalah tidak sah dari segi undang-undang pertubuhan.

Sekiranya apa yang didengar itu benar, maka terbuktilah bahawa tidak ada usaha dan kemampuan dikalangan pemimpin UMNO Kelantan dan Ibu Pejabat UMNO Malaysia untuk menyelesai masalah yang telah lama berlarutan dan rakyat akan dapat menilai kemampuan UMNO sekarang untuk mentadbir. Adalah sudah sampai masanya rakyat menolak UMNO kerana hendak selesai masaalah dalam satu Bahagian pun sudah tidak mampu.

Jelas, Mustapha Mohamed adalah seorang pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan masaalah parti, sebab itulah mejoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kelantan bersunggut bahawa Mustapha Mohamed bukannya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Jeli.

Berjayakah UMNO Bahagian Tanah Merah mengadakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian pada minggu depan dan apa tindakan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan berhubung dengan lapuran yang telah dibuat oleh bekas ahli UMNO Bahagian tersebut. Dan mereka itu mahu Majlis Tertinggi mengambil alih pentadbiran UMNO Bahagian Tanah Merah kerana tidak percaya kepada kepimpinan Ikhmal Hisham yang menjadi kroni politik Mustapha Mohamed.

Saturday, June 11, 2011

Keberanian rakyat yang bernama Mat Zain..

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Mat Zain Ibrahim kini menulis surat terbuka lagi, kali ini dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkaitan penal Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM kerana membebaskan Peguan Negara Abdul Gani Patail daripada sebarang salahlaku ketika menunaikan ibadat haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

Mat Zain berkata, tindakan melepaskan Gani Patail itu membuat rakyat merasa bosan dengan SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan Peguan Negara dari didakwa. Surat terbuka Mat Zain itu agak pedas dan boleh mempengaruhi rakyat untuk mempertikaikan keboleh kepercayaan rakyat terhadap SPRM.

Mat Zain Ibrahim sebelum daripada ini telah menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara berhubung 'kes mata lebam' Anwar Ibrahim. Secara terperinci Mat Zain mengemukakan sejarah penahanan dan penyiasatan pihak polis terhadap Anwar Ibrahim. Jelas dari surat Mat Zain itu berlaku perkara yang tidak baik terhadap Anwar Ibrahim terutamanya lapuran beliau yang pada ketika itu ditugaskan untuk mengambil pernyataan dan penyiasatan.

Walau pun Mat Zain sudah berusaha untuk menceritakan apa yang berlaku dimasa beliau menjadi Pegawai Penyiasat kes 'mata lebam' Anwar ibrahim melalui pendedahan dan surat terbuka tapi tidak ada tindakan susulan daripada pihak polis. Ertinya pihak polis terus membisu.

Apakah yang Mat Zain cerita itu tidak benar, dan sekiranya tidak benar mengapa pula pihak polis berdiam diri dengan tidak mengambil tindakan apa-apa sedangkan yang Mat Zain tulis itu boleh menjejaskan nama baik Pasukan Polis D'Raja Malaysia. Atau apa yang Mat Zain tulis itu benar-benar berlaku dan sekiranya benar mengapa pula tidak diadakan penyiasatan terhadap dakwaan Mat Zain itu.

Rakyat tertanya-tanya, kenapa Mat Zain begitu berani mendedahkan segala peristiwa yang melibatkan kerakusan dipihak yang mahu melihat Anwar Ibrahim dipenjarakan sedangkan Anwar Ibrahim telah lama dihumbang ke penjara. Jawabnya mungkin Mat Zain mahu menegakkan kebenaran oleh itulah Mat Zain tidak takut untuk bercerita benar.

Ramai orang percaya cerita yang ditulis oleh Mat Zain itu melalui surat terbuka kerana sekiranya cerita Mat Zain itu tidak benar dan fitnah sudah tentu Mat Zain telah ditahan dan dituduh membuat cerita palsu.

Orang ramai sedang menunggu apa komen pihak polis terhadap tulisan Mat Zain berhubung dengan tindakan polis terhadap Anwar Ibrahim dalam kes 'mata lebam' dulu. Dan apa pula tindakan Gani Patail terhadap Mat Zain yang secara terang-terang mengaitkan namanya.

Friday, June 10, 2011

Apabila orang 'gila' berdoa.

Dulu-dulu akhbar dan tv yang pro Kerajaan digunakan untuk menerangkan sesuatu isu supaya rakyat faham dan mempercayainya. Rakyat menggangap berita yang disiarkan adalah betul dan boleh dipercayai. Itulah sebabnya Kerajaan selalu dihati rakyat.

Tidak seperti hari ini, apa saja berita yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak ada siapa yang mempercayainya terus. Rakyat melihat dan mendengar bersahaja dan kadang-kadang rakyat tertawa sambil 'menjebeh' bibir.

Kisah liwat Saiful, Video Lucah, Agen Amerika, membawa lari wang keluar negara dan bermacam-macam lagi 'fitnah' serta diaibkan terhadap Anwar Ibrahim semuanya tidak memudaratkan sokongan rakyat Kepada Pakatan Rakyat. Bahkan sudah terang lagi bersuluh sokongan rakyat terhadap BN semakin kurus dan cair seperti 'ais batu' ditengah panas.

Begitu juga soal keputusan Muktamar PAS apabila Timbalan Presiden dimenangi oleh Mohamed Sabu. Beranika berita dan komen dikeluarkan dalam suratkabar dan tv yang pro BN seakan-akan perwakilan PAS dianggap tidak cerdik kerana menolak Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan golongan Ulama.

Bila pula, suratkabar dan tv yang pro BN/UMNO bersetuju denga pimpinan PAS yang terdiri dari Ulama, tiba-tiba Ulama PAS dipertahankan sehingga ada orang kanan suratkabar yang pro UMNO berdoa supaya Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Itulah yang berlaku hari ini, Kerja PM Najib pun hendak diambil oleh orang suratkabar, sepertilah PM Najib itu bodoh sangat sehingga orang suratkabar memberi cadangan seperti budak sekolah tadika. Kerja orangsurat kabar itu nampak sangat nak bodek PM Najib kerana sekiranya berlakulah bahawa Nasharuddin Mat Isa keluar PAS dan masuk UMNO maka orang suratkabar itulah akan mendabik dada bahawa dialah yang membuat cadangan tersebut maka sebagai balasanya dia hendaklah dilantik menjadi Ketua Pengarang kepada suratkabar tersebut.

Pemimpin UMNO kena berhati-hati dengan telatah yang ditunjukkan oleh orang suratkabar itu adakah ianya baik kepada PM Najib atau akan menyebabkan rakyat semakiin muak. Dan apakah tujuan penulis pojok itu sebenarnya, adakah ianya berniat supaya PAS akan berpecah atau mahu mempercepatkan Kerajaan BN dan UMNO hancur.

Sunday, June 5, 2011

Itu dia punya hal.

"wajib ditukarganti"

Orang kampun, Penarik Beca, Nelayan, Petani, Penjual Kopi, Pekedai Runcit, Pemandu Teksi, Kerani, Guru, Penjawat awam yang beruniform dan tidak beruniform, warung-warung Tomyam, Penjalan Kaki dan berkenderaan semuanya tidak kisah apabila ditanya berhubung isu 'moral pemimpin' sama ada dari kalangan BN ataupun PR.

'Itu dia punya hal" kita kisah kita punya hal, mahu makan, mahu minum pun susah sekarang, barang hari-hari naik. Itulah runggutan yang didengar dari seluruh lapisan masyarakat Malaysia hari ini. Rakyat melahirkan tidak senang hati terhadap Kerajaan BN.

Rakyat tidak peduli apabila Mat Sabu dikaitkan dengan sejarah silam, tapi rakyat semakin bersemangat apabila Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Ramai minat cara Mat Sabu berceramah dan bertindak dan mereka percaya dengan jawatan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mampu mengerakkan PAS lebih hebat dari PRU 2008 bersama Husam Musa, Salehuddun Ayub dan Mahfuz Omar.

Tuan Guru Nik Ab. Aziz Nik Mat, Mursyidul Am dan Tuan Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS tentunya akan 'berpaut sila' menanti hasil atas kerja anak-anak buahnya nanti. Mereka hanya menunggu menunjuk jalan yang benar sebagaimana yang dituntut dalam Islam bagi meneruskan wadah perjuangan Membangun Bersama Islam melalui Kerajaan Berkebajikan.

Aktivis, Ulama dan Profesional yang digabungkan dalam Pimpinan PAS kini lebih menyakinkan rakyat untuk menyokong PAS dan PK mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA. Walau pun rakyat tahu rahsia Kerajaan BN yang akan pertahankan PUTRAJAYA hingga ketitisan terakhir tapi PAS, PKR, DAP serta NGO dan rakyat jelata sudah pun mempertajamkan minda bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dengan satu tekad, dengan satu suara, seluruh rakyat mahu sebuah Kerajaan yang bersih dari korupsi, kroni dan juak-juak yang mementingkan diri, yang tidak peduli terhadap masaalah rakyat. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk rakyat dan rakyat mahu tahu siapakah mereka yang terlibat dengan rasuah yang failnya telah disiapkan oleh pejabat peguam negara tapi tidak dibuat pendakwaan.

Kalau menteri, menteri mana, kalau bekas menteri siapakah geranganya. kalau orang kaya berniaga apa. Hanya dengan ubah Kerajaan BN kepada PR saja, nama nama tersebut baru dapat diketahui oleh rakyat jelata.

Saturday, June 4, 2011

ADIL & BERSIH Menuju PUTRAJAYA.


Untuk membersihkan gejala yang tidak sihat itu dari terus berlaku dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan BN. PRU 13 nanti boleh menguruskannya dengan seluruh rakyat jelata tidak mengundi calun BN. Kerajaan Adil & Bersih untuk rakyat melalui Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP sedang menanti tarikh pembubaran Parlimen bagi bersama rakyat memacu PUTRAJAYA kearah kesehajteraan seluruh rakyat.

Terpilihnya Mohamed Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru sudah pasti politik Malaysia akan terus berseri dengan bermacam-macam isu yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Pemerhati politik sekarang sedang menunggu tarikh 9 julai. Mampukah Mohamed sabu turun bersama rakyat bagi menjayakan slogan ADIL & BERSIH

Siapa selepas Husam?

Malaysia sudah terbukti hari ini menjadi sebuah negara yang 'bebas', rakyat boleh buat apa yang mereka suka, mengaibkan orang, menuduh orang, menanyang gambar vedio lucah, dan terbaru ada blogger menuduh YB. Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan membayar wang sebanyak RM300,ooo.oo kepada seorang blogger.

Ekoran cerita Husam Musa memberi wang kepada seorang blogger, Presiden PAS, Dato' Seri Haji Hadi Awang telah menjawab pertanyaan daripada pemberita dan menegaskan bahawa parti PAS mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat demi membersihkan parti itu daripada terlibat dengan rasuah.

Tapi Haji Hadi tidak mengarahkan PAS membuat lapuran polis terhadap tuduhan tersebut sama ada berita itu benar atau palsu kerana berita tersebut tersiar apabila menjelang pemilihan pimpinan PAS.

Tuduhan terhadap Husam Musa oleh blog yang pro BN yang mengatakan seorang blogger telah menerima wang di negara Cina kini telah dinafikan oleh Blogger yang dimaksudkan itu sepertimana yang dilapurkan oleh portal Malaysiakini. Jadi apa sebenarnya muslihat berita tersebut dan kenapa pula ada 'orang' dikalangan pimpinan PAS seperti melorong supaya wartawan perbesarkan isu tersebut sebelum pemilihan berjalan.

Kini timbul lagi tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, terbaru ditayang pula dengan pengedaran baru, pandangan baru yang dikatakan tayangan '4 penjuru' yang mana video tersebut semakin jelas mengelirukan. Video itu juga tersebar dihari menjelangnya Muktamar PAS 2011.

Pihak Kerajaan BN, Polis dan badan penguatkuasa yang ada kaitan dengan penyebaran video lucah semuanya membisu, seperti pengedaran video tersebut dirastui. Trio Datuk 'T' bebas membuat dan mengedar video tersebut. Anwar Ibrahim dihalalkan untuk dihina, dikeji dan diaibkan oleh Kerajaan dan inilah agaknya slogan 'rakyat didahulukan' apabila rakyat Malaysia dibenarkan melihat video lucah yang dikaitkan dengan nama Anwar ibrahim oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anak-anak sekolah.

Tapi tak mengapa. rakyat sudah boleh menerima bentuk fitnah begitu, rakyat melihat video licah itu hanya sebagai hiburan, rakyat boleh mendengar cerita Anwar Ibrahim sebagai mendengar lagu yang didendangkan oleh Tan Sri P.Ramlee dan rakyat tidak langsung terpengaruh dengan isu Liwat dan Zina yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Rakyat sudah buat keputusan akan bersama dengan PAS, PKR dan DAP untuk menguasai PUTRAJAYA pada PRU 13.

Kerana rakyat sudah yakin, sekiranya PR menguasai PUTRAJAYA maka banyaklah fail-fail penyelewengan oleh mereke-mereka yang rakus kuasa di PUTRAJAYA akan dapat diadili dan diambil tindakan termasuklah pembuat fitnah yang dapat dibaca di Facebook, Twitter dan Blog-Blog yang tidak bertanggongjawab, ada nama tapi tak ada rupa.

Friday, June 3, 2011

MUKTAMAR PAS melangkah ke PUTRAJAYA bermula hari ini.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Ab.Aziz. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Harun Taib, Dewan Ulama PAS, Ustaz Nasuridin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Siti Zailah Yusuf, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Semuanya menggalas peranan dan tanggongjawab mengubah PUTRAJAYA untuk rakyat Malaysia.




Thursday, June 2, 2011

Membangun Bersama Islam.

Tahniah untuk Nik Abduh Nik Ab.Aziz kerana dipilih menjawat jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru pada pemilihan muktamar DPPP 2011. Nik Abduh adalah anak kepada Tuan Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Besuk (3.6.2011) muktamar PAS pusat akan memilih pimpinan tertinggi selain daripada Presiden PAS yang dimenangi tanpa bertanding oleh Tuan Guru Haji Ab.Hadi Awang. Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu penyandang ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan ditentang oleh Mohamed Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala Naib Presiden PAS pula menyaksikan keterampilan enam orang tokoh PAS yang terdiri daripada Mahfus Omar, Salehuddin Ayub, Husam Musa, Nik Amar Nik Abdullah, Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Ahmad. Tiga orang daripada enam orang yang menawarkan diri akan memikul tanggongjawab dan amanah bagi memastikan PUTRAJAYA akan jadi milik Pakatan Rakyat pada PRU 13 kelak.

SELAMAT BERSIDANG.

Wednesday, June 1, 2011

Projek 100 juta Kerajaan BN?

Negara Kaya, Rakyat Miskin

Royalti sedang menanti, Mustapha harus pergi.

kelihatan Apandi Mohamed berlegar diruang menunggu pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan memorandum.

Anak Kelantan Perantuan menuntut ditunaikan janji hak royalti rakyat kelantan (Royalti Kelantan) supaya Kerajaan BN membayar Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Itulah bahasa yang terkandung dalam memorandum seperti yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 31hb, Mei 2011 yang ditandatangi oleh Tuan Haji Apandi Mohamed selaku Pengerusi Royalti Kelantan.

Gerakan bagi mempastikan Kerajaan BN membayar Royalti Minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan akan berterusan sehingga berjaya setelah Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan Perantuan menuntut ditunai janji hak royalti rakyat Kelantan melalui resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara yang telah termaktub dalam perjanjian.

Mengambil kira ucapan Tun Abdul Rahman Yaacob seperti yang terdapat dalam 'hansard' Dewan Rakyat bertarikh 24hb. November 1974 muka surat 2371 semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum yang mengatakan jadual undang-undang meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf, Rang Undang-Undang itu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan.

Manakala Almarhum Tun Abdul Razak Husein, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 2 telah menzahirkan bahawa mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai Patroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau diluar perairan negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektor.

Sekiranya sifat kejujuran dan keikhlasan yang ada pada Almarhum Tun Abdul Razak itu dapat diterjemahkan oleh PM Najib dalam soal royalti minyak ini sudah tidak timbul soal tuntutan ini ke mahkamah, tentunya Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerimanya dengan baik sepertimana yang dilakukan di Negeri Trengganu.

Apakah kerana dipaksa oleh pemimpin UMNO Kelantan maka PM Najib membelakang prinsip yang diperjuangkan oleh Almarhum Ayahndanya dan sekiranya itulah yang berlaku maka teramat 'jahatlah' kerana ada rakyat Kelantan sanggup menyekat hasil untuk kemajuan rakyat dan kerajaan negeri kelantan supaya tidak diberi.

Oleh itu sudah sampai masanya seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam di Malaysia ini sama-sama turut berjuang bagi mengembalikan 'hak' dari ditindas oleh sebuah Kerajaan yang telah lama menyekat kemajuan negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Tumbang BN dan bertukar Kerajaan di PUTRAJAYA pada PRU 13 nanti maka amanlah rakyat Negeri Kelantan dan seluruh umat Malaysia.