Tunjuk perasaan desak Anwar Ibrahim supaya membenarkan diri beliau diperalat untuk mengiakan supaya dapat disabitkan kesalahan tuduhan liwat terhadap dirinya yang telah dilapurkan oleh Saiful.
Kenapa nak didesak sekarang. Kenapa semasa namanya disebut oleh Saiful dari awal lagi tidak didesak supaya Anwar Ibrahim berbuat demikian? Kenapa terpaksa diadakan tunjuk peraaan dan adakah tunjuk perasan itu berlaku secara spontan yang keseluruhan rakyat mahu Anwar Ibrahim melakukan demikian.
Jawabnya tidak. Tunjuk perasaan itu dilakukan oleh puak puak tertentu. Puak puak yang mahu dilihat menyokong orang orang tertentu. Orang yang mahu melihat Anwar Ibrahim di aibkan.
Kini TS Muhyiddin Yasin pula desak Anwar Ibrahim supaya membenarkan DNA diberi kepada doktor untuk dianalisa sama ada air mani yang dikatakan terdapat didubur Saiful itu sama dengan Anwar Ibrahim punya.
Persoalannya bagaimana airmani yang banyak terdapat didubur Saiful. TANYA Saiful siapakah gerangan yang telah tutuh duburnya itu dan minta pihak pikak meminta tuan yang ampunya airmana itu tampil untuk membari DNA nak uji sama ada betulkah tidak dakwaan Saiful itu.
Bagaimana nak percaya apabila hanya tuduhan dibuat secara terpilih. Apakah sebigitu banyak airmani yang terdapat didaerah dubur Saiful itu berkemungkinan ada orang orang ternama lain menuntuh dubur Saiful?.
Published with Blogger-droid v1.6.5
2 comments:
Assalamualaikum Tuan,
Kenyataan & persoalan Tuan kali ini ternampak dangkal sekali seolah-olah tuan tidak pernah mengikuti proses perbicaraan dan seolah-olah hanya membuat imejen-imejen pemikiran yang kosong.Ikhlas
Salam Abang ..
Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya boleh dikatakan sebagai tindakan politik yang bacul dan tidak bermaruah. Mahkamah telah pun menolak isu DNA Anwar, yang dikemukakan oleh pendakwa raya. Sepatutnya juak-juak ini harus menghormati keputusan Mahkamah. Biarlah Mahkamah menyelesaikan isu itu di sisi undang-undang dan juak-juak lain tidak seharusnya masuk campurtangan dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA atau tidak. Kita sendiri boleh membuat andaian, setelah Mahkamah menolak DNA Anwar sebagaimana yang dicadangkan pendakwaraya, maka mereka lihat kes ini dapat memberi advantage kepada Anwar, justeru itu mereka adakan demostrasi untuk memohonkan Mahkamah menarik balik keputusan itu. Mungkin demostrasi ini pun ditaja dan didalangi oleh pemimpin-pemimpin Umno peringkat tertinggi. Jika tidak, kenapa polis biarkan perhimpunan itu diadakan.
Saya sendiri yakin kes liwat ini pun dongeng dan direka cipta hanya untuk menghalang Anwar dari terus unggul dalam politik negara. Sudah pasti untuk menghalang Anwar dari terus berada dikemuncak politik Negara, takutkan bayang-bayang Anwar yang karismatik terpaksa menciptakan sesuatu isu atau kes-kes yang boleh mengaibkan Anwar atau kes kes yang boleh Anwar didakwa, dituduh, dihukum dan di penjara, agar politik Anwar musnah dipertengahan jalan. Itu adalah realitinya...
Kes liwat terhadap Anwar dari era Mahathir hingga kini atau selamanya hanya dongeng, palsu, tipu helah poltik Umno yang takut kepada kematangan dan prinsip Anwar berpolitik. Itu yang sebenar-benarnya. Semenjak dari dulu lagi hingga kini, saya tidak pernah yakin dan percaya apa yang dituduh terhadap Anwar. Semuanya dongeng dan direka cipta hanya untuk menyekat Anwar dari terus merajui politik negara.
Abang yang dihotmati.. Takkanlah kerana takut kepada kematangan Anwar berpolitik, kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau mengekalkan kuasa? Apa pandangan abang? Rasioanal atau tidak puak-puak nii.. Sepatutnya biarkan pihak mahkamah yang membuat keputusannya. Mengadakan demostrasi dengan menjerit-jerit melolong membabi buta meminta Anwar menyerahkan DNA itu, satu tindakan bodoh dan politik murahan Umno yang memalukan untuk mendapat sokongan rakyat.Tak ada cerita lain untuk berdepan dengan Anwar, asyik-asyik cerita-cerita liwat, dubur, agen yahudi, agen Amerika, agen al-Qaeda yang memualkan.. Memang Umno tidak ada mileage politik untuk melawan Anwar .Hanya cerita-cerita karut, rekaan, sandiwara, penipuan, fitnah, sabotaj untuk dapatkah kuasa (sebagaimana PERAK). Untuk tutup suara-suara rakyat, terpaksa gunakan ISA, Akta rahsia rasmi, Akta Hasutan serta berbagai akta diwujudkan bukan untuk rakyat, segala-galanya hanya untuk menutup kelemahan mereka dan mengekalkan kuasa.
Abang ..Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar pun telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar belum didakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan perbicaraan kes ini. Saya bukan memihak kepada Anwar, sebagai seorang muslim saya cuma mencari kebenaran dan keadilan untuk Anwar sebagaimana yang dituntut dalam Al-Quran, surah al-Maa'idah, ayat 8.Janganlah kerana perbezaan ideologi dan naluri politik, kita biarkan pembicaraan ini berlaku tidak adil terhadap Anwar. Mungkin kerana politik dan campurtangan orang-orang politiklah menyebabkan perbicaraan Anwar tidak telus dan berniat jahat. Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan. Banyak lagi pembuktian Anwar dalam isu-isu ini ditolak. Begitu juga DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis setelah siasatan kes lamanya. Patern atau bentuk DNAnya tidak akan berubah. Justeru DNA baru Anwar tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalitkan kebadan pengadu.
Post a Comment