Wednesday, March 2, 2011

Nama Tan Sri Aseh masih 'glamour'.

Tan Sri Aseh Che Mat - Pengerusi POS Malaysia.

PUTRAJAYA sudah hampir dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Ini terjadi apabila ada ura-ura bahawa Dato' Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum Ke 13 diakhir tahun 2011. Zaman kegemilangan Kerajaan BN sudah hampir berakhir.

Siri jelajah DS Najib dan TS Muhyidden Yasin keseluruh negara bermula di Serawak pada awal Mac 2011 ini adalah tanda jelas bahawa BN sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen dan diadakan PRU ke 13, satu jangka masa yang pendek bagi Dato' Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sekiranya betul PRU akan diadakan akhir tahun ini adalah satu detik hitam dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri tak sempat merasai berkuasa sehingga tempoh penggal berakhir. Dan berjayalah para penasihat DS Najib untuk menyingkir beliau dengan cara yang halal mengikut amalan demokerasi.

Dalam keadaan rakyat masih belum yakin dengan kebersihan amalan Kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib tergamak pula BN nak adakan PRU, itu ertinya 'gantung diri' dalam perjuangan dan amatlah tidak cerdik kuasa yang ada hendak diserahkan kepada musuh dengan begitu cepat.

UMNO/BN nampaknya segar apabila Pilihanraya Kecil dimenangi dengan selesa, apakah mereka sedar daripada 14 pilihanraya kecil diadakan BN hanya baru menang 6 kerusi sedangkan PR menang 8, kalau pun PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau dimenangi oleh BN itu bererti baru seri 8 BN dan 8 PR.

Juga perlu diingat Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Kuala Lumpur adalah dimiliki oleh PR sedangkan BN hanya dapat memerintah di Trengganu, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis manakala Perak yang sahnya adalah dimenangi oleh PR tapi oleh kerana BN tidak ada maruah tergamak dimilikinya secara pondan.

Sabah dan Serawak adalah sebagai bonus yang politiknya mengikut retak dan cari makan dimana terdapat tawaran yang baik disitulah diurungnya. Politik semut.

Diantara banyak perkara yang belum selesai yang masih menjadi persoalan dan tanadatanya oleh kakitangan awam yang menjadi asas penentu undi dalam PRU ialah kenapa DS Najib sayang sangat kepada Tan Sri Sidek, Ketua Setiausaha Negara, yang patut dah pencen tapi disambung bagi menyekat peluang Tan Sri Aseh Che Mat dan kenaikkan pangkat orang lain.

Diakhir-akhir ini gelagak Ketua Setiausaha Negara seperti 'Kepala Koli' dalam satu-satu projek bangunan, kalau nak marah tidak bertempat dan kadang-kadang marahnya kepada pegawai bawahan tidak padan dengan salah, tidak layak langsung sebagai KSN. Ini semua boleh menghakiskan sokongan kakitangan awam kepada kerajaan BN.

Kepincangan dalam perkhidamatan awam disebabkan penjawatnya tidak yakin kepada ketua yang mengepalai organisasinya, sekiranya kepala tidak mempunyai sifat yang bagus maka intergriti boleh dipertikaikan oleh itu akan terjadilah perkhidamatan awam di Malaysia boleh di ketogerikan sebagai 'kelas ketiga' dan ini amat parah.

Kemalasan DS Najib melihat isu Ketua Setiausaha Negara akan membawa padah kepada kerajaan BN, pengundi kakitangan awam dan keluarganya akan memulangkan 'paku buah keras' kepada DS Najib pada PRU ke 13, undi mereka akan berpihak kepada PR sekiranya nama Sidek masih menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Nama Tan Sri Aseh masih jadi perbandingan dikalangan kakitangan awam.




No comments: