Monday, March 21, 2011

Siapa pemilik Video Lucah itu?

Tayangan Video Lucah telah pun berlangsung di Hotel Carcosa Negara, Khabarnya ramai wartawan dijemput hadir sepertilah Tayangan Perdana yang mana lazimnya sebelum ditayangkan kepada orangramai ianya ditayang kepada pembesar dan wartawan untuk publisiti.

Video lucah tersebut dikatakan dibintangi oleh orang politik dari parti pembangkang 'heronya' dan heroin pula adalah seorang gadis keturunan cina, tapi sehingga kini nama pelakunnya belum didedahkan lagi dan Vedio tersebut dikaitkan dengan ugutan kepada pemimpin politik yang dilibatkan supaya istihar mengundurkan diri dan melepaskan jawatan dalam masa satu minggu dan sekiranya tidak mengikut kehandak orang yang menayangkan Video tersebut maka filem=filem adegan lucah video tersebut akan disebarkan.

Ini adalah isu yang kedua melibatkan ahli politik yang dikaitkan dengan rakaman video yang mana individu tersebut sedang melakukan 'hubungan sex' dengan pasangan. Yang pertama dulu telah didedahkan bahawa orang yang terdapat dalam video tersebut adalah pemimpin MCA Chua Soi Lek dan yang kedua ini siapakah gerangannya?.

Sehingga kini pihak berkuasa tidak dapat menangkap siapakan tuan punya yang mengeluarkan product video lucah yang membabitkan Chua Soi Lek, sedangkan undang-undang telah jelas dan terang sesiapa saja yang mengeluar, memiliki dan mengedar gambar-gambar lucah sama ada melalui filem, vedio atau foto adalah menjadi satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum.

Yang terkini, sudah tahu jelas siapa yang memiliki video lucah itu kerana ada pihak yang telah melihat dan ada lapuran melalui media dan blog berhubung penayangan. Tidak kira siapa pelakunnya yang penting disini ada pihak telah mencabar pihak berkuasa. Ada orang mengaku memiliki vedio lucah dan telah menjemput orang-orang tertentu untuk menuntun dan tempat tayangan berlaku telah dihebohkan.

Bagaimana dengan pihak berkuasa, bertindak atas maklumat orang ramai atau mesti ada orang yang membuat lapuran dibalai polis dulu baru mahu bertindak. Bagaimana dengan pihak Polis Malaysia PDRM, rakyat mahu melihat perlaksanaan undang-undang berhubung dengan pemilik video lucah yang dikatakan ditayang di Hotel Carcosa Negara.

Sama ada pelakun itu benar-benar orang politik ataupun super impose tidak menjadi persoalan, yang rakyat mahu tahu siapakah pemilik video lucah tersebut dan mampukan pihak berkuasa bertindak?.

2 comments:

rakan said...

kalau carcosa boleh tayang video lucah seharusnya menteri dalam negeri membenarkan pawagam pawagam awam mengikut langkah tersebut kalau tidak macam mana nak terima teory 1 MALAYSIA.?kalau dia boleh ,saya pun boleh.barulah MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!

rakan said...

i sincerly urge our hon.prime minister to initiate an investigation into this episode or otherwise its going to hinder your efforts in GE 13.wonder what the police is waiting for.1 MALAYSIA semua sama ,semua boleh, MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!