Tak payah jadi pejuang untuk menyokong UMNO, tak payah panjat pokok yang tinggi-tinggi untuk menaikkan bendera BN, tak payah usung poster DS Najib dan TS Muhyidden Yassin untuk digantung semasa pilihanraya kecil atau pun pilihanraya umum, tak payah ada kedai showroom untuk jual kereta terpakai. AP Kenderaan terpakai boleh juga, bukan sepuluh tapi beratus-ratus.
Itulah keistimewaan orang yang rapat dengan Mahyuddin dan Mustapha Mohamed, jadi broker untuk membawa permohonan daripada syarikat penjual kereta terpakai dah dapat lebih daripada RM10 juta. Hidup penoh bergaya dan bermewah. Itulah kehebatan 1Malaysia rakyat didahulukan, siapa pandai, siapa rapat dengan pembesar yang pandai mengunakan kuasa dia akan jadi kayaraya dengan sekelip mata.
Rakyat kampung seperti ahli UMNO biasa yang sentiasa cintakan kepada perjuangan, habis tenaga dan harta benda kadang-kadang bergadai bergolok untuk memperkasakan UMNO dijadikan oleh pemimpin seperti kuncing kurap, holur kepala dikaki kanan pemimpin 'dikues' hulor kepala dikaki kiri dijirit-jirit dan dipijat, itu pun hanya meminta kepala ikan kering yang sudah busuk hendak dibuang, ertinya hanya minta surat sokongan untuk meringankan beban perbelanjaan anak bersekolah.
Inilah budaya yang terdapat dalam UMNO sekarang, sudah banyak para blogger yang pro UMNO bersuara bukan saja melalui tulisan tapi kadang-kadang secara berdepan, tapi para pemimpin UMNO menyambutnya seperti 'lembu kenyang' masuk teling kira keluar telinga kanan.
Sudah menjadi rahsia umum, sekiranya seseorang menteri hendak menolong seseorang itu dari menghadapi kesempitan hidup dalam masa seminggu semua masaalah dapat diselesaikan hanya jangan kes dadah dan kes bunuh, yang lain bisa diberes dengan kemahuan para menteri. Tapi tidak semua yang ditolong dan dibantu, para menteri juga memilih orang yang mahu ditolong, apakah keuntungan yang dapat kepadanya apabila beliau menolong seseorang. Dalam menolong kroni para menteri tidak memikirkan soal dosa dan pahala.
Para menteri inilah yang diminta oleh para pemimpin UMNO dan blogger pro UMNO supaya rakyat terus menyokong, supaya rakyat terus menyambung perkhidmatan penyalahangunaan kuasanya, supaya rakyat kampung yang tak ada hubungan peribadi denganya akan terus melihat bentuk kemungkaran yang lalu didepan matanya. Sokonglah UMNO untuk membiarkan keangkuhan para pemimpin dan menterinya (tidak semua) bermaharajalela meluluskan kertas bagi memberi kekayaan kepada orang yang tidak sedikitpun rasa sedih diatas kekalahan UMNO pada PRU ke 12 lalu. Itulah yang UMNO mahu.
Apakah rakyat masih tidak sedar sepenuhnya bentuk kemungkaran baru yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh Mustapha Mohamed, berapa banyak AP kenderaan terpakai dikeluarkan yang boleh memberi menafaat kepada rakyat kampung, kepada ahli-ahli UMNO yang sentiasa berjuang mempertahankan maruah parti dan berapa orang jutawan melayu yang baru dilahirkan hasil anugerah AP kenderaan terdiri daripada pejuang UMNO. Yang saya tahu seorang daripadanya adalah manusia yang paling 'hipokrit' dalam sejarah hidupnya menumpang kuasa para pemimpin negara.
Dizaman Musa Hitam dialah pencuci tangan Musa, dizaman Anwar Ibrahim dialah pemberus kasut Anwar, dizaman Tun Abadullah dialah penjaga pintu hotel Pak Lah dan kini dizaman TS Muhyiddin Yassin dialah pembawa kertas kerja. Percayalah apabila Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA muka inilah juga akan membuka pintu kereta dan mencium tangan Anwar Ibrahim.
Jadi buat apa sokong UMNO, buat apa jadi ahli UMNO, tidak ada sekuman nilai pun diiktiraf oleh pemimpin UMNO untuk ahli-ahli yang berjasa kepada parti, kalau ada yang diiktiraf pun bukan dengan suka rela dan suka hati tapi ada muslihat disebaliknya. bagaimana untuk memperbetulkan gelagat para pemimpin UMNO untuk bermuhasabah diri, royak tak chekap nak royak dah, tegur berbuih mulut-mulut, cara dan perangainya seperti itu juga.
Dato' Sri Mohd Najib kena buanglah pemimpin dan menteri yang boleh menjahnamkan UMNO, jangan beri tempat untuk bertanding dalam PRU 13 ini dan sekiranya DS Najib tidak menunaikan sumpah keramatnya semasa berucap di Serawak bahawa calun yang akan dipilih tidak semestinya terdiri daripada pemimpin atasan maka menjadi tanggongjawab para pengundi untuk tidak menyokong calun BN dalam piliharaya umum ke 13 nanti.
Tolak calun Parlimen BN dalam Pilihanraya umum ke 13 bererti memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Malaysia Baru. Berjayakah PR menunaikan janjinya dalam buka 'Jingga". Rakyat akan menentukan, tak cuba tak tahu.
No comments:
Post a Comment