Monday, March 28, 2011

Kepercayaan.


Apabila Ezam Md.Nor bercakap bahawa beliau akan memberi tumpaun bagi membantu kerajaan membasmi rasuah, saya mula bersemangat. Itulah yang patut diperjuangkan oleh Ezam yang dulunya terkenal dengan 'GERAK' yang diterajui oleh beliau.

Saya kira banyak lagi dokumen yang berada dalam simpanan beliau berhubung dengan mereka yang telah melakukan rasuah, era ini akan bergema lagilah isu-isu rasuah yang akan dibawa oleh Ezam Md.Noor. Kita tunggu siapakah orang yang mula mula akan didedahkan oleh Ezam, tak kiralah daripada Kerajaan BN atau pun Kerajaan PR, yang rasuah mesti dinyahkan.

Kerja mulia inilah yang sepatutnya Ezam Md.Noor teruskan daripada kehulu kehilir melalak untuk membunuh karier politik bekas bosnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang diibaratkan sebagai ibu iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Ezam boleh terus mejadi Senator dan Ezam juga boleh berucap bagi menjaja parti yang diwakilinya sekarang iaitu UMNO, tapi tak usahlah merosakkan diri sendiri dari terus dipuja oleh rakyat seperti sebelum daripada ini semasa menjadi pejuang reformasi. Apatah lagi setelah beliau secara jujurnya telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti walau pun diminta oleh pucuk pimpinan parti.

Bakat pemimpin yang ada pada Ezam harus dipertahankan kerana jarang anak-anak muda yang berani menegakkan kebenaran melawan kemungkaran seperti rasuah terdapat sekarang ini. Yang perlu dilihat apakah mampu Ezam bertindak adil dalam membongkarkan perlakuan rasuah dikalangan pemimpin dan pembesar negara, apakah tidak akan berlaku pilih kasih apabila Ezam mau membongkarnya kelak. Dia sendiri tahu, sekiranya ada pendedahan yang terpilih dilakukan bererti beliau sendiri akan membacul dirinya.

Saya tahu Ezam tidak akan membenar dirinya dipengaruhi oleh orang lain untuk menegakkan kebenaran, tapi sekiranya berlaku disebaliknya itu bererti Ezam telah menjual prinsipnya dan itu saya berharap tidak mungkin berlaku.

Reputasi Ezam akan terus kekal dihormati oleh rakyat seluruhnya apabila beliau tidak mencampurkan urusan rakyat memilih pemimpin dengan hanya membedal disebelah pihak saja dalam membasmi gejala rasuah yang sekarang ini semakin parah berlaku di negara kita ini. Sekiranya Ezam boleh tidak ghairah untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah secara serang peribadi, maka nama Ezam akan terus terpahat dibibir rakyat sebagai wira menentang Rasuah dan Kemungkaran. Terutamanya apabila pembongkaran rasuah itu menjurus kepada mereka yang menyalahguna kuasa dan memperabihkan harta dan khazanah negara.

click di sini :

No comments: