Monday, March 21, 2011

Gelombang yang sia-sia.

kekal disitu,tak ada gelombang.

Bukan kerana "gelombang biru" UMNO dapat mengambil balik Kerajaan Negeri Trengganu ditangan PAS dalam PRU 11. Yang pastinya kecekapan Idris Jusoh pada waktu itu pandai mengagihkan wang royalti minyak kepada Rakyat Trengganu yang mana Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi kepercayaan kepada Idris Jusoh.

Begitu juga di Kelantan, Kerajaan PAS hampir tumbang kerana rakyat menaruh kepercayaan kepada Mustapha Mohamed yang nampak berjurus pada waktu itu dan tidak ada apa-apa gelombang pun yang digerakkan oleh UMNO pada ketika itu. Yang ada hanyalah ahli-ahli UMNO dan pemimpin bersekutu melawan PAS.

Hari ini UMNO Kelantan telah hilang punca politik untuk merampas Negeri Kelantan dari PAS, ianya berlaku kerana Mustapha Mohamed tahu selain daripada UMNO Jeli yang beliau sendiri bekerja kuat untuk mempertahankan kemenangan tidak berlaku di Bahagian lain. Hanya Perlimen Jeli yang dikira selamat walaupun hari ini terdapat dua kerusi Parlimen dimenangi oleh UMNO termasuk kerusi Parlimen Gua Musang yang diwakali oleh Tengku Razaleigh.

Itulah dianjurkan 'gelombang merah' yang dilancarkan secara sederhana di Ibu Pejabat UMNO negeri bulan lepas, lesu, tidak bermaya sehingga hari ini. Gelombang merah hanya satu keadeh program bagi memohon peruntukan bagi membeli t-shirt untuk disedekah kepada pemuda kampung dan lain-lain pesegaran untuk memberi keuntungan kepada kroni yang membekalkan peralatan dan pesegaran.

Buatlah apa program pun, sebilangan besar rakyat Kelantan tidak akan berubah untuk menolak PAS selagi kepimpinan ulama Tok Guru Nik Aziz masih bernafas, cerita skandal sex, rogol, judi dan berbagai bentuk fitnah terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Aziz tidak akan luak sokongan rakyat kepada Tok Guru. Semakin diasak dengan kata-kata kesat terhadap Tok Guru Nik Aziz semakin kukuh dan utuh sokongan rakyat terbanyak terhadap Tok Guru termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri yang jiwanya tidak UMNO tapi menjadi ahli kerana terpaksa dan dipaksa.

Sehingga kini hanya UMNO Bahagian Pasir Puteh saja yang mengistiharkan terdapat beribu orang masuk UMNO (termasuk beberapa orang bekas ahli PAS) di Bahagian lain tidak kedengaran langsung terdapat ahli PAS menyertai UMNO kecuali di Pasir Mas yang mana terdapat seorang ahli wanita Parti Keadilan Rakyat PKR telah istihar keluar parti yang mendapat liputan TV1 menyertai UMNO.

Manakala lepas satu-satu pemimpin UMNO istihar keluar parti UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat PR kecuali saya yang tidak menyertai mana-mana parti dan akan memulakan jelajah Kelantan selepas Pilihanraya Serawak nanti.

Dalam tinjauan saya, pengundi muda di Kelantan tidak berminat dengan 'gelombang merah' termasuklah ahli-ahli pemuda UMNO sendiri kerana mereka berpendapat tidak ada apa-apa istimewa yang dapat dihayati dalam program gelombang merah. Aktibiti adalah seperti biasa, seperti dulu-dulu juga, berhimpun dengan pakai t-shirat merah, tunggu pemimpin datang dan pemimpin datang beri ucapan 'kita kena bersatu, dan mesti letak kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi' lepas itu minum dan makan kueh dan pemimpin pun balik.

Sedangkan pemimpin yang berucap itu tadi, tiap-tiap tahun tambah kereta baru, keluar negara dengan kuncu-kuncu, perjuangan tak tahu dimana, kepentingan untuk orang kampung nak kena tunggu peruntukan daripada JPP, Sekiranya nak harapkan kepada duit poket pemimpin itu sendiri, alamatnya kena kencing berdarah dululah kalau-kalau nak dapat.

Kepada ahli diminta berjuang untuk kepentingan parti tapi pemimpin pula berjuang untuk kepentingan diri. Cakap lain bikin lain itulah pemimpin UMNO kini dan selamanya.

No comments: