Wednesday, March 30, 2011

Rakyat turun dijalanan, Kenapa takut?

Akibat tindakan 'bodoh' Rahim Tamby Chik dan Eskay.

Penoh distadium Melawati Shah Alam, Penoh di Pejabat PKR Gombak orang ramai hadir untuk dengar ceramah Anwar Ibrahim, walau pun isu mengaibkan beliau dan keluarganya berhubung dengan berita video lucah disebar keseluruh dunia oleh Rahim dan Eskay. Anwar Ibrahim semakin kuat.

Sejak Pakatan Rakyat kalah dalam 3 pilihanraya kecil iaitu di Tenang, Merlimau dan Kerdau rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat mula gelisah dan setiap ceramah yang diadakan selepas daripada itu kehadiran rakyat tidak memberangsangkan. Tapi Rahim Tamby Chik dan Eskay membuka semangat kepada orangramai supaya terus menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Malang bagi PM Najib.

Sejak isu fitnah video lucah di jaja kepada rakyat jelata, ratusan ribu rakyat mula turun mendengar ceramah Anwar Ibrahim, mereka bersemangat untuk terus bersama Anwar Ibrahim sehingga ke PRU 13. Sekiranya ceramah atau rapat umum diadakan tiap-tiap malam, boleh dilihat puluhan ribu akan turut serta disatu-satu tempat, bayangkan sekiranya diseluruh negara diadakan 11 tempat pada setiap malam, maka negara kita ini akan gegak gempitalah rakyat menyokong parti Pakatan Rakyat.

Kenapa ada orang takut apabila rakyat bersama Anwar Ibrahim turun padang, kenapa dituduh Anwar Ibrahim memperalatkan rakyat untuk kepentingan politik peribadi beliau, sedangkan sejak dari memimpin belia lagi Anwar Ibrahim sudah menjadi ikutan anak-anak muda, bermula dari menjadi Presiden ABIM, Majlis Belia Malaysia (MBM) WAMY diperingkat antarabangsa beliau diangkat sebagai pemimpin.

Anwar Ibrahim jadi pemimpin sebelum beliau memasuki politik, terajunya telah diuji sejak beliau muda lagi, jadi tidak hairanlah setiap kali Anwar Ibrahim turun padang ratusan ribu manusia akan menyokong dan menyertainya, adakan majlis dimana saja untuk Anwar Ibrahim bersyarah sudah pasti gelora mula berkocak didada anak-anak muda dan semangat juang akan terus membara dikalangan orang-orang dewasa.

Yang pasti bukan Anwar Ibrahim mahu membawa rakyat dijalanraya, tapi tentu akhirnya apabila sampai masa bahawa fitnah telah bermaharajalela, rakyat yang tidak sengaja akan berkemah untuk berlabuh sementara dilorong-lorang dan jalan-jalan raya untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada idolanya.

Dan apabila rakyat mula bertanya, mana bukit akan ku daki, mana luruh akan ku turuni dan mana lautan akan ku harungi, pada waktu itu, air pacutan beracun sudah tidak berguna lagi. Jadi hukumlah pembuat fitnah sama ada dalam isu liwat ataupun video lucah kerana isu itu sebenarnya tidak menguntungkan untuk kestabilan negara dan memertabatkan bangsa melayu sebagai satu bangsa yang bermaruah.

Oleh kerana semua pemimpin ini melayu, baik Dato' Seri Mohd Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Anwar Ibrahim (yang satu ketika dulu, bergurau senda bersama), Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz yang tentunya ada hati dan perasaan adalah elok, cerita aib mengaib yang jijik dan keji itu wajib dipadamkan dalam arena kempen mengekalkan kuasa. Kerajaan hendaklah mula bertindak dengan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang mengambil kesempatan amalan demokrasi bagi mengeji, mencaci, mengaib dan mengunakan perkataan-perkataan yang terkeluar dari istilah budi bahasa budaya kita iaitu bahas jiwa bangsa.

Sekiranya itu dapat dikekang dan diambil tindakan sertamerta, tak usah bimbanglah tidak akan berlaku himpunan raksaksa dijalan-jalan raya, kerana rakyat tidak mahu itu semua terjadi dan berlaku, rakyat lebih suka mencari wang untuk membayar saman kerana rakyat memikirkan bahawa kerajaan sekarang kekurangan wang.



Habis semua wang telah 'dibahan' terbaru oleh bekas Setiausaha politik kepada seorang ternama.


No comments: