Thursday, March 10, 2011

Setiausaha Politik siapa?

Tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman bersalah. Tahniah kepada SPRM yang telah berjaya membendung kegiatan rasuah terutamanya dikalangan penjawat awam yang dekat dengan pejabat menteri.

Terbaru ada berita dan sosek sosek bahawa SPRM sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung dengan orang politik yang bertugas di PUTRAJAYA. Khabarnya orang itu dapat mengumpul wang dari tol yang dikenakan kepada orang yang ingin berjumpa dengan pembesar negara berjumlah berjuta ringgit sedangkan beliau bertugas tak sampai 3tahun

Sama adaa beliau didakwa ataupun tidak sehingga kini tidak dapat sahkan dan adalah dipercayai rahsia ini sudah diketahui oleh blogger yang anti Anwar Ibrahim dan pro UMNO. Adalah diharapkan berita ini tidak betul dan tidak ada pendakwaan sebelum PRU ke 13.

Kalaulah sungguh bagai dikata alangkah mahalnya harga untuk membendung isu ini dari diperdebatkan oleh rakyat bahawa orang UMNO dalam diam diam telah melakukan rasuah lagi dan lagi.

Siapa dikalangan Setiausaha politik yang sedang disiasat oleh SPRM?. Itulah soalan yang terpaksa dijawab apabila berjumpa dengan peminat politik tanahair dalam sehari dua ini. Bangkai gajah kalau dimamah bumi pun ganding dijumpai juga.

Berita ringkas pada dok saja.
Published with Blogger-droid v1.6.5

1 comment:

Unknown said...

sdr soberi,
maaf jika saya membuat cadangan ikhlas. saya sering membaca blog saudara. kebelakangan saya juga terbaca blog lain yg mengkritik kewibawaan saudara. bagi saya saudara berhak membuat apa-apa ulasan serta pandangan. dan saya juga agak lega bahawa saudara tidak menggunakan kata kesat serta caci nista seperti beberapa blog lain. etika itu penting bagi menjamin kredibiliti (lihat sahaja blog GGMM sbg contoh).

tapi saya juga merasa terkilan kerana kerap terdapat kesilapan ejaan dan kecenderongan menggunakan dialek (sehinggakan perkataan BM pun sering dieja mengikut citarasa dialek). saya faham sdr anak kelantan seperti saya juga tapi ada baiknya saudara 'proof' dahulu ejaan serta ungkapan sebelum 'upload'.

saya tidak mengenali saudara secara peribadi tetapi pernah mengenali isteri saudara semasa zaman persekolahan kanak-kanak dahulu (sama-sama menumpang kereta cikgu ramli ke sekolah - saya di sekolah rendah, materah/mahani tingkatan 2). saya tahu BM/BI materah sangat baik.

apapun, saya ucapkan selamat maju jaya terhadap saudara.

glasgow
10.03.2011