Sunday, March 27, 2011

Siapa punya blog ini?.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Para Blogger yang bijaksana terutamanya blog dari gambar diatas.

Saya akui, saya bukannya seperti blogger penyokong parti politik UMNO yang hebat-hebat dan saya akui saya tidak tersohor seperti para blogger yang anti Tun Faisal, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Sarifuddin Abdullah Timbalan Menteri. Tapi saya ada hak untuk menulis seperti Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua. (Untuk makluman, saya tidak kenal pun Tun Faisal dan YB. Sarifuddin Abdullah, beliau pun tidak kenal siapa saya).

Walaupun saya tidak sehebat bloggers seperti GAP, Parpukari, Papa GOMO, Gelombang Rakyat, The Unspinners, The Flying, Kick, Rbf, Pisau.net dan ramai lagi nama-nama yang "terbukti" sentiasa menduduki Top 20? carta bloggers terbaik negara ini. (itu kata dia). Tapi belum tentu dari pembaca seluruh tanahair.

Biarlah saya dikatakan, sesat, bodoh, bahalol, tolol, tak ada standard dan tak ada etika penulisan tapi penulisan saya diberi kesempatan disiarkan oleh media-media berpengaruh di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Malaysiakini, Sinar Harian, Siasah. Apa ertinya itu.

Saya tidak mahu Top seperti rakan-rakan bloggers yang lain, tapi saya mahu menyampaikan penulisan ikut selera saya, ikut acuan saya dan ikut kemampuan dan kepandaian saya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan ikutlah cara sendiri kerana Tuan-Tuan dan puan-Puan Bloggers yang hebat dan handal-handal, yang boleh meruntuhkan Kerajaan BN, seperti ternak musang dalam reban ayam.

Nak tahu kenapa saya katakan boleh meruntuhkan Kerajaan BN, sebabnya para bloggers yang hebat-hebat dan handal-handal inilah juga yang mengodam pemimpin UMNO. Contoh, bukankah Sariffudin Abdullah itu ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Tun Faisal itu Exco Pergerakan Pemuda UMNO, mengambarkan imej yang tidak baik kepada mereka itu bermakna mengheret rakyat mempertikaikan pemimpin UMNO yang menjadi teraju kepada BN.

Kenapa marah kepada akhbar yang memuatkan tulisan saya, kenapa terasa sangat soal istilah bloggers upahan sekiranya kita bukan dari kalangan itu, sepatutnya sekira ada hujah yang berlawanan kita tegakkan hujah kita dengan tidak memperlekehkan orang lain kerana isi tulisan kita itulah orang boleh menilai siapa kita, tak payah kita sendiri mempertikaikan tulisan orang lain itu tidak baik walhal tulisan kita itu sebenarnya tidak berisi yang boleh dijadikan ilmu.

Orang surat kabar dari Sinar Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan Siasah tahu menilai isi kandungan yang disiarkan itu dapat memberi bahan berita yang baik kepada pembacanya termasuklah tulisan GAP dan Rbf. Itu bermakna tulisan saya juga ada kualiti berita, bukan syok sendiri seperti depa.

Anda semua boleh baca tulisan dibawah ini untuk mengukur siapa yang lebih hebat dan terhebat antara saya dengan penulisnya.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/03/mohd-soberi-shafii-penulis-upahan-sinar.html

3 comments:

Martoiriat said...

Salam Abang .. Manusia di bumi ini hanya pandai bercakap. Jika melihat orang senang, mereka benci, fitnah, khianat dan sebagainya. Mereka nak kata pada abang , sesat ke, bodoh ke, bahalol ke, tolol ke, tak ada kualiti ke dan tak pandai menulis ke ..itu hak mereka. Biarkan mereka dengan cara mereka, abang dengan cara abang. Saya harap abang terus menulis.. dan menulis demi mencari kebenaran, biar pun mereka kata tak beretika ke atau formatnya tidak betul ke, cuma yang penting tulisan dan mesej abang sampai ke pengetahuan rakyat.

Maaf .. jika pandangan ini melukakan perasaan abang ..

Unknown said...

Salam perjuangan dari saya.

blogenstarz said...

Sabar tuan...
Allah maha mengetahui dengan apa yang ada didada kita.
Kebanyakkan bloggers hanya meluahkan isi hati mereka dengan cara berblog.
Blogger Kerajaan mahupun Pembangkang - mereka juga manusia dan ada perasaan yang mahu dikongsi bersama.

mohon linkkan blog saya:
blogenstarz.blogspot.com