YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Apakah itu satu perangkap atau satu konsperasi atau ciptaan manusia atau kegilaan semula jadi yang terdapat pada diri. Anwar Ibrahim adalah targetnya. Diantara percaya atau tidak, itulah yang berlari dibenak pemikiran rakyat Malaysia hari ini.
Percaya kerana persetubuhan itu adalah anugerah Tuhan kepada Adam dan Hawa selagi manusia itu ada perasaan dan nafsu. Tidak percaya kerana 'dalang' kepada video lucah yang disebut bahawa Anwar Ibrahim adalah pelakunnya bersama seorang wanita asing itu ialah Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA (hidup semula) yang satu ketika dulu dikaitkan dengan isu moral.
Tergamakkah seorang kawan merancang untuk menjatuhkan kawannya dengan tidak ada apa-apa motif dan tanpa balasan yang berbaloi. Persoalannya kenapa dicarinya Rahim Tamby Chik untuk dijadikan sebagai pengeluar dan pemilik video lucah tersebut sekiranya kawan itu mahu memalukan kawannya itu kerana sakit hati.
Banyak perkara yang perlu disiasat disebalik pengeluaran video lucah yang telah di tayangkan di Carcosa Negara dan tempat yang dirahsiakan semalam yang mana beberapa orang tertentu dibawa menunton termasuklah beberapa orang wakil rakyat dan blogger yang menyokong kuat UMNO dan BN.
Semua yang pergi menunton itu mengesahkan bahawa lelaki yang terdapat dalam video itu adalah serupa wajah Anwar Ibrahim, hanya yang tak boleh disahkan oleh mereka dan boleh disahkan oleh Datin Seri Wan Azizah ialah "Batu" yang tidak lanjut dan seperti tidak ada. Tapi cerita itu tidak boleh dipercayai kerana selain daripada orang yang dipilih saja yang diberi melihat tayangan, rakyat terbanyak belum melihatnya.
Sekiranya "Joshapein" tahu akan adanya rancangan untuk menerbitkan video lucah yang akan disimpan oleh Rahim Tamby Chik sudah tentu dia akan marah kerana peluang tidak diberi kepadanya untuk turut berlakun sama. Siapa tidak mahu berlakun dalam filem yang mengasyikan bersama bakal Perdana Menteri.
Mendengar cerita kisah yang terdapat dalam Video Lucah tersebut membuat hati telah goyang tapi apabila dikaji bentuk scene yang terdapat pada tayangan itu hati pun tertanya-tanya. Sekiranya CCTV itu dipasang static sepatutnya rakaman itu akan bermula dengan suasana dalam bilik itu kosong dan pelakunnya akan nampak masuk seorang demi seorang ke dalam bilik tersebut, tapi apa yang diceritakan kisah bermula seperti filem yang sudah diedit dimana bermula dengan wataknya mula bergerak, maka sahlah rakaman CCTV itu telah diedit.
Yang masih jadi tandatanya selain daripada Eskay (ahli perniagaan) Shuib Lazim (PERKASA) dan Rahim Tamby Chik (UMNO) ada lagikah orang dibelakang video lucah tersebut kerana tak mungkin Rahim Tamby Chik begitu berani mendedahkan diri beliau kerana beliau sebagai seorang bekas pentadbir tahu bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya memilik video lucah dan secara terang menanyangkan kepada orang awam (wartawan dan member terdekat) yang mana sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan akan dihukum dengan denda atau pun di penjara.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekarang ialah, siapakah yang akan ganti Anwar Ibrahim bagi mengepalai Pakatan Rakyat sekiranya Anwar Ibrahim di penjara sebelum Pilihanraya Umum ke 13 setelah Mahkamah menerima pakai berus gigi, taula good morning dan air mineral sebagai barang bukti untuk diperbandingan DNA diantara yang terdapat dibahan tersebut dengan yang terdapat dikatakan dalam dubur Saiful.
Dalam UMNO apabila ada calun yang layak bertanding, tapi oleh kerana tidak diingin oleh pemimpin maka orang itu akan dikenakan tindakan supaya tidak dapat bertanding. Begitu jugalah sedang berlaku hari ini, politik tidak perlu dilawan secara politik sekiranya terancam kedudukan yang memegang jawatan, cara yang paling mudah hapuskan lawan yang berpontasi dengan apa cara sekali pun supaya menang mudah.
Apakah itu yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim, tentu YBM Tengku Razaleigh Hamzah ada jawapannya.
2 comments:
Mungkin UMNO itu teruk tapi di Malaysia ni Pembangkang 10x lebih teruk perangainya dari parti memerintah..Berkuca wokyoh..DAP dgn perangainya, PKR lagilah bermasalah dgn pemimpin de factonya..PAS sedang menuju ke lubang masalah..setelah terlalu lama berkuasa di Kelantan..
Semua ini kerana berpaksi kepada politik kepartian yang nak menang pilihanraya..
Pak Nik, UMNO tak teruk ,tapi pemimpin UMNO tu yang tersangat teruk, simpan apa laginya.
Post a Comment