Thursday, March 3, 2011

Kita juga akan diusung.

Roslan Ahmad dan Yuhaizad Abdullah (calun PRK DUN Merlimau) sedang mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali Bashah.

Pilihanraya Kecil Marlimau Melaka menzahirkan bahawa masyakarat Islam boleh bersatu dan mengenepikan fahaman politik kepartian apabila soal 'persaudaraan' menjadi asas bantu membantu diantara satu sama lain.

Betapa Yuhaizad Abdullah (Calun PAS) dan Roslan Ahmad (Calun BN) begitu tekun dan bersungguh-sungguh mengusung jenazah Allahyarham Ali Bashah yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat mengundi. Al-Fatihah. (Saya percaya mereka melakukan itu kerana ada kesedaran dan keikhlasan).

Jelas bahawa Yuhaizad dan Roslan tidak bermusuh, yang gilanya orang yang bakar dan pecah kereta manakala kereta jadi mangsa orang gila. Lebih lagi gila apabila ada orang orang yang maki Tok Guru Nik Aziz yang sudah sahih mempunyai 'aura' dikalangan masyarakat Islam terutamanya di Negeri Kelantan.

Yang tak suka dan maki hamun Tok Guru Nik Aziz itu terdiri dari mereka yang belum berkesempatan bersemuka dengan beliau dan belum pernah mendengar hujah-hujah politik beliau secara berdepan. Apa orang lain nak kata kepada Tok Guru Nik Aziz katakanlah kerana kepada saya Tok Guru Nik Aziz adalah pemimpin politik (selain daripada Tan Sri Husein Ahmad) yang berjaya dan pemimpin Islam 'The Best' diwaktu ini.

Tan Sri Husein Ahmad berjaya merampas Kelantan daripada PAS dan Tok Guru Nik Aziz berjaya mentadbir Kerajaan PAS Kelantan lebih dari 20 tahun. Dalam usia sebegitu saya percaya sekiranya ada usaha mereka berdua mahu melihat orang melayu kelantan amnya bersatu dan boleh dilebarkan penyatuan melayu diseluruh negara.

Kepada orang melayu dan Islam, marilah sama-sama kita berdoa semuga usaha penyatuan melayu dapat dijuruskan dengan sedikit usaha yang akan bermula sedikit masa lagi. Buat apa kita melayu bergaduh kerana akhirnya kita juga akan berada diatas usungan seperti yang terdapat dalam gambar diatas.

Insaflah sementara nyawa masih ada.

1 comment:

Apai said...

As -Salam
Sy sangat2 setuju & suka membaca nurkilan bapak kali ni. Bagi sy Orang Islam di Malaysia mesti bersatu ! Tak usah lagi bersengketa dek perkara remeh temeh. Jom kita rapatkan saf kita dan perkukuh ukhwah antara. Buang yg keruh ambil yang jernih. Nasihat kepada politician, blogger2 dan penganalisis politik yang suka melakukan tugas Syaitan, dengan merapi apikan dan mengadu domba yg jelas suka menutup jalan perpaduan Islam silakan bertaubat.