Malaysia hari ini ditimpa bala bencana, tapi bukan tsunami seperti di Jepun ataupun di Myamar. Bala aib mengaib, cerita memalukan, boleh mengakibatkan suami isteri bercerai berai, anak yang tak berdosa menanggong malu. Ada yang tersenyum, ada yang puas dapat membalas dendam ada yang menjeling mengingatkan masa silam dan yang paling malangnya ada seorang perempuan yang sedang menangis hancur hatinya kerana menjadi isteri kepada seorang pejuang.
Selagi Pilihanraya UMUM 13 masih jauh, berapa banyak lagi cerita aib akan terdedah, benar atau tidak bukan menjadi perkiraan ukuran untuk menentukan siapa yang akan berkuasa kerana rakyat telah pun memutuskan haknya, hanya tunggu masa untuk diterjemahkan, kerana rakyat telah peka akan kekuatan, ketahanan para pejuang dan alim ulama yang boleh menyelamatkan Negara dan Ugama.
Sayang UMNO dirosakkan oleh orang yang bukan pun ahlinya. Siapa Eskay dalam UMNO ?
No comments:
Post a Comment