Rakyat Malaysia kena akui, apa yang Kerajaan BN, Menteri, dan Wakil Rakyat BN bercakap adalah benar tak kira isu apa sekali pun dari isu Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh semuanya diminta supaya rakyat mempercayainya.
Dan apa yang dikatakan oleh pemimpin parti Pakatan Rakyat atau Menteri Besar Pakatan Rakyat atau Wakil Rakyat Pakatan Rakyat semuanya tidak betul termasuk isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
Anwar Ibrahim dituduh main liwat, video lucah semuanya betul bagi mereka yang sokong BN walau pun mahkamah belum memutuskannya. Apa pemimpin Pakatan Rakyat buat semuanya tak betul. Itulah realiti politik Malaysia hari ini.
Apa lagi tuduhan dan sensasi akan dihebahkan terhadap Anwar Ibrahim, Liwat sudah hampir ke penghujungnya setelah hari ini mahkamah memutuskan, barang bukti yang diambil didalam sel penjara adalah sah dan kini video lucah 'permukahan' Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan diatas ranjang dihebahkan secara mistri dan mungkin selepas daripada ini ada pula pengakuan dari seorang bapok (pondan) yang mengatakan Anwar Ibrahim masukkan anunya kedalam mulut. dan lagi- dan lagi perkara perlakuan yang boleh mengaibkan Anwar Ibrahim.
Begitu juga diperbandingkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Tok Guru N.Ajis (Najis), kerana politik sudah hilang budaya, Tok Guru di permain-mainkan dengan gelaran yang mengaibkan. Supaya masyarakat bukan Islam melihat perbelahan sesama Islam sudah sampai keperingakat tidak meghormati para alim ulama.
Yang peliknya, orang yang mengeluarkan perkataan kesat kepada Tok Guru Nik Aziz itu, moral dan ilmu ugamanya seperti air car yang hanyir dan busuk sekiranya hendak dibandingkan ilmu ugama yang dimiliki oleh Tok Guru Nik Aziz dan orang yang bercakap pasal moral terhadap Anwar Ibrahim orang itu sendiri moralnya hina lebih daripada kutu-kutu malam yang mencari pelanggang disekitar jalan P.Ramlee.
Itu semua gara-gara mahu mempertahankan kuasa untuk memerintah negara, semua dihalalkan cara supaya Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz tidak disokong oleh rakyat jelata kerana apabila rakyat sokong Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz maka alamatlah kerajaan BN akan hilang kuasa pada PRU 13 nanti.
Kini cuba kita perhatikan kenyataan Nazri Aziz dan Ketua Polis Negera berhubung dengan isu Video Lucah iaitu diantara menteri yang jaga undang-undang kata tidak salah tayanagan video lucah dibilik hotel manakala KPN telah menubuhkan pasukan penyiasatan kerana memiliki video lucah adalah salah. Dah berlaga diantara mereka itu.
No comments:
Post a Comment