Seminggu berada di Negeri tanah tumpah darahku Kelantan Darul Naim tak ada banyak waktu untuk mengikuti tulisan dari sahabat blogger. Hanya ada beberapa rakan blogger telepon memberitahu bahawa ada tulisan yang mengkritik berhubung dengan tulisan saya terutamanya berhubung dengan UMB yang diketuai oleh Tun Faisal, Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Mujur saya tulis, sekurang-kurangnya saya dapat tahu siapa yang suka dan tak suka kepada Tun Faisal dan UMB yang 100% menyokong UBN setiap kali Pilihanraya Kecil diadakan dan dapat juga info berhubung dengan kewangan bagi mengerakkan UMB itu. Sehingga ada orang yang memberi komen meminta saya siarkan komennya itu sekiranya saya ikhlas dan bertanya apakah blogger bebas mahu sebenarnya. hahahaha.
Jawabnya senang, blogger bebas mahu bebas dan ada kepuasan berblogger.
Ada juga diterjahnya saya soal DNA Anwar Ibrahim, katanya saya tidak mengikuti sepenuh perbincaraan. Sedangkan apa yang saya tulis bukan soal siri perbicaraan di mahkamah, yang hendak saya debatkan ialah bagaimana ada kumpulan orang yang secara tiba-tiba sanggup mengadakan tunjuk perasaan mendesak Anwar Ibrahim supaya secara sukarela membenarkan DNA diambil oleh pihak pendakwa yang telah terang ingin memenjarakan Anwar Ibrahim.
Dan ingin saya merakamkan ucapan terima kasih atas nasihat rakan isteri saya semasa sekolah Kota, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan yang meminta saya membetulkan tulisan dan ayat-ayat dalam penulisan saya ini. Jawabnya mudah -malas.
Yang paling menarik seminggu berada di Kelantan ialah sempat hadir semua dimajlis jemputan kenduri kahwin (belaga pusat) walau pun dalam keadaan 'kenyang buyah' kerana ingin menghormati jemputan dari sahabat dan rakyat jelata. Terutama dirumah Cik Bak Che Noh yang berkebetulan kenduri dirumahnya jatuh pada 15hb. Mac bersama dengan sambutan hari lahir saya.
Saya kini berada di Kuala Lumpur sedangkan di Bahagian UMNO Ketereh terutamanya dalam DUN Kadok, topik siapa yang akan menjadi calun BN dalam PRU 13 nanti masih dibahaskan dikalangan penyokong Basri Awang dengan penyokong Cik Gu Ghazali Yusof, yang anihnya penyokong mereka berdua masing-masing akui bahawa sama ada Basri atau pun Cik Gu Ghazali yang akan jadi calun mereka itu akan kalah dalam PRU nanti. Jadi buat apa nak pilih dan sokong mereka untuk bertanding? pelik sungguh UMNO Ketereh lo ni.
No comments:
Post a Comment