Monday, April 25, 2011

Monyet pun gila perempaun.



Monyet, Beruk, Kera adalah perkataan yang 'sikir' didengar, kadang-kadang orang Kelantan boleh 'bertetak' apabila perkataan itu digunakan bagi menghina seseorang, laki bini pun boleh bercerai. Tapi lain pula apa yang berlaku di Kapar Selangor.

TV3 dalam program Aduan Rakyat semalam mendedahkan bagaimana orangramai didearah tersebut berada dalam keadaan kegelisahan apabila monyet-monyet mengacam kedamaian hidup mereka sehari-harian.

Seorang perempaun menampilkan kegelisahan kerana monyet-monyet tersebut terlalu minat kepadanya, "Monyet disini tak boleh melihat perempuan, diterkam kepada perempuan kerana monyet tersebut minta kepada orang perempuan", saya pun diterkamnya juga, tegas perempuan itu. 'Seriau' bulu roma dibuatnya.

Manakalah seorang penternak ayam telur mengeloh kerana monyet-monyet itu serbu reban ayam tempat berterlur dan habis telur dimakan oleh monyet. Yang lucunya, monyet itu bertindak sebagai bidan apabila melihat ayam yang sedang mahu bertelur.

Monyet sanggup menunggu ayam yang mahu mengeluarkan telor dengan mengangkat ekor ayam dan apabila telur keluar monyet tersebut terus memakan telur tersebut, rakusnya monyet sekarang.

Monyet sekarang sudah tidak senang hidup dihutan, kerana kampung halamannya telah diterokai oleh manusia, hutan dah ditebang tebas kerana mengeluarkan balak untuk mendapat keuntungan wang yang banyak, kawasan hutan dibersihkan untuk diadakan projek-projek pembangunan. Monyet, Kera dan Beruk telah berhijrah dan kini sedang menguasai pinggir bandar Kapar. Selangor. Masaalah baru mengacam penduduk disitu.

Jelas disini bahawa monyet itu gilakan kepada perempuan dan telur, tak boleh 'kelibat' didepan mata, monyet mahu sapu, ada perempuan diterkam untuk dicium dan didakap manakala telur habis dimakan. Cerdik juga moyet itu. Samalah seperti dengan sesetengah ahli parti politik.

Banyak kita dengar skandal ahli-ahli politik terlibat dengan perempuan sama ada disimpan atau ditelanjang untuk sementara waktu, perangainya sepertilah monyet di Kapar, Selangor itu.

Begitulah juga berlaku dalam pemilihan kepimpinan dalam UMNO. Calun yang tak seberapa pun boleh menang dalam pertandingan kerana disogokkan dengan wang. Hari ini berjanji untuk menyokong satu-satu calun tapi apabila disaat akhir ditaburkan dengan wang maka sokonganpun beralih. Soal prinsip dan janji hilang dalam sekelip mata.

Sepertilah Monyet, Kera dan Beruk, 'setara' mana 'benkeng' pun apabila diberi telur akan 'kuyup'lah bulu 'benkeng' itu dan boleh dibuat permainan untuk kesukaan anak-anak, jadilah macam monyek serkas.

Cik Bak pun beerkata, Dalam politik sekiranya tak ada wang jangan percaya sangat orang akan sokong kita, kerana banyak orang yang kata nak sokong itu perangainya seperti Monyet, Kera dan Beruk dengan telur.

Monyet, Beruk dan Kera apabila melihat telur lalu didepan, mata pun 'juling'. Begitulah manusia dengan pitih.


No comments: